You are on page 1of 1

Meramal Permintaan Tenaga Kerja

Terdapat dua pendekatan yang digunakan dalam meramal permintaan tenaga kerja

dalam organisasi. Dua pendekatan yang digunakan ialah pendekatan kuantitatif dan

juga pendekatan kualitatif. Pendekatan kuantitatif merupakan pendekatan secara

kuantitatif untuk meramal keperluan tenaga kerja atau tenaga buruh berdasarkan

suatu indeks organisasi seperti hasil jualan. Pendekatan kualitatif pula terdiri

daripada dua iaitu ramalan pengurusan dan teknik Delphi. Ramalan pengurusan

merupakan pendapat atau pertimbangan penyelia, pengurus jabatan, pakar atau

mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai keperluan tenaga kerja organisasi

pada masa akan datang. Teknik Delphi pula merupakan satu proses meramalkan

dengan cara mendapat dan meringkaskan cadangan serta pertimbangan dari pakar-

pakar yang terpilih mengenai keperluan tenaga kerja dalam organisasi.

Meramal Penawaran Tenaga Kerja

Melibatkan dua analisis iaitu analisis penawaran sumber manusia dalaman dan
analisis sumber tenaga kerja luaran. Analisis penawaran sumber dalaman terbahagi
kepada lima iaitu jadual penstafan, analisis Markov, iventori kemahiran, carta gantian
dan rancangan penggantian. Jadual penstafan merujuk kepada persembahan
secara grafik semua pekerjaan dalamorganisasi. Ia juga melibatkan jumlah semasa
pekerja yang terlibat dengan pekerjaan serta keperluan kepada pekerja pada masa
akan datang. Analisis Markov pula melibatkan kaedah mengesan corak pekerjaan
pekerja melalui berbagai-bagai jenis pekerjaan. Iventori kemahiran merujuk kepada
fail peribadi

You might also like