You are on page 1of 2

Penyerahan tugasan

Anda boleh menghantar pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun semua tugasan

mesti dihantar selewat-lewatnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir. Sila hantar tugasan

anda kepada IDEAL dan pastikan anda menyerahkan tugasan anda melalui saluran yang betul

untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Peringatan

Tugasan yang lambat tidak akan diambil kira dalam penggredan

Bilangan halaman tugasan : 15 20 halaman A4 ( boleh ditambah jika bersesuaian)

Peratus agihan markah : 30%

Panduan bagi ujian objektif

Soalan bagi ujian objektif adalah didasarkan kepada unit-unit dan bacaan yang

ditetapkan bagi unit-unit. Soalan lazimnya berbentuk multiple choice.

Anda harus ingat bahawa menjawab soalan objektif tidak seperti menjawab ujian

subjektif. Dalam ujian objektif tidak wajar bagi anda menjawab mengikut idea/pengalaman

anda sendiri. Jawapan soalan objektif adalah khusus seperti terdapat dalam teks dan bacaan

rujukan. Anda perlu memahami teks modul dengan baik kerana soalan-soalan akan menguji

kefahaman anda, bukan kemahiran anda menghafal fakta.


Panduan perancangan pembelajaran

Minggu Tajuk-tajuk Jam pembelajaran


1 Pengenalan kepada pengurusan program 4

pembangunan sumber manusia


2 Ide-ide utama perencanaan program 4
3 Perencanaan program 4
4 Perancangan program 8
5 Perlaksanaan program 8
6 Penilaian program 8
7 Laporan program 4
8 Tindakan susulan 4
9 Isu, masalah dan cabaran 4

You might also like