You are on page 1of 6

SEMINAR SPM – TINGKATAN 5

Naufal Hajjaj
MATEMATIK TINGKATAN 5

Kemahiran yang perlu ada untuk skor A:

1) Senarai semak (Checklist)

2) Cakna format peperiksaan (Formula sedia / x Tersedia)

3) Terdedah pada latih tubi (myLesson)

4) Asas Arithmetik, Asas Algebra, Asas Geometrik dsb

5) Mahir/Cekap menggunakan kalkulator (Kenal Fungsi)

Format Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

BIL PERKARA KERTAS 1 (1449/1) KERTAS 2 (1449/2)


1 Jenis Instrumen Ujian Bertulis
2 Jenis Item Objektif Aneka Pilihan • Subjektif Respons Terhad

• Subjektif Berstruktur
3 Bilangan Soalan 40 soalan (40 markah) Bahagian A
(Jawab semua soalan) 10 soalan (40 markah) (Jawab semua soalan)

Bahagian B
5 soalan (45 markah) (Jawab semua soalan)

Bahagian C
2 soalan (15 markah) (Jawab satu soalan)
4 Jumlah Markah 40 markah 100 markah
5 Konstruk
• Mengingat dan Memahami • Mengingat dan Memahami

• Mengaplikasi • Mengaplikasi

• Menganalisis • Menganalisis

• Menilai

• Mencipta

6 Tempoh Ujian 1 jam 30 min 2 jam 30 minit


7 Cakupan Konteks Standard kandungan dan standard pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) KSSM
8 Aras Kesukaran Rendah : Sderhana : Tinggi
5:3:2
9 Kaedah Penskoran DIkotomus Analitik
10 Alat Tambahan Kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram • Kalkulator saintifik yang tidak boleh
diprogram

• Alatan Geometri

Prepared by: Naufal 10th September 2021


MATEMATIK TINGKATAN 5

Senarai Semak
Checklist

Topik Subtopik Senarai Semak

Ubahan Langsung / Songsang / Bergabung

Matriks Matriks / Operasi Asas

Matematik Pengguna (3) Insurans: Risiko dan Perlindungan

Matematik Pengguna (4) Percukaian

Kekongruenan, Pembesaran, Gabungan Transformasi Teselasi

Nisbah dan Graf Fungsi Trigonometri Sinus, Kosinus, Tangen dan Graf

Sukatan Serakan Data Terkumpul Serakan / Sukatan Serakan

Pemodelan Matematik Pemodelan Matematik

myLesson (myGuru)

1) Layari: myguru.com.my untuk melihat pilihan matapelajaran.

2) Hubungi Education Counselor anda untuk maklumat lanjut mengenai myLesson.

3) Setelah mendapatkan maklumat akaun, log masuk dan cuba bahan tersedia.

4) Selamat Mencuba!

Prepared by: Naufal 10th September 2021


MATEMATIK TINGKATAN 5

Pemodelan Matematik
Mathematical Modelling
Model matematik ialah suatu perwakilan bagi satu sistem atau senario yang digunakan untuk
memperoleh kefahaman secara kualitatif dan/atau kuantitatif bagi masalah dunia sebenar serta
meramalkan perlakuan masa depan.

A mathematical model is a representation of a system or scenario that is used to gain qualitative


and/or quantitative understanding of some real-world problems and to predict future behaviour.

Proses Pemodelan Matematik


Mathematical Modelling Process

Prepared by: Naufal 10th September 2021


MATEMATIK TINGKATAN 5

Contoh:

Faedah kompaun adalah faedah yang dihitung berdasarkan prinsipal asal dan juga faedah yang
terkumpul daripada tempoh menyimpanan sebelumnya. Pada awal tahun, Encik Gomez menyimpan
RM 20,000.00 dalam akuan simpanan yang memberikan faedah 4% setahun dan dikompaun setiap
tahun. Terbitkan satu model matematik bagi jumlah simpanan Encik Gomez selepas 𝑡 tahun
penyimpanan. Selesaikan masalah ini melalui pemodelan matematik:

Penyelesaian:

Mengenal pasti dan mendefinisikan masalah

• Prinsipal Encik Gomez ialah RM 20,000.00


• Kadar faedah tahunan ialah 4%
• Terbitkan satu model matematik bagi jumlah simpanan akhir tahun 𝑡.

Membuat andaian dan mengenal pasti pemboleh ubah

• Encik Razak tidak mengeluarkan atau menambah wang simpanan


• Pemboleh ubah yang terlibat ialah prinsipal 𝑅𝑀 𝑃, kadar faedah tahunan 𝑟, bilangan kali
faedah terkompaun 𝑛 dan masa 𝑡 tahun.

Mengaplikasi matematik untuk menyelesaikan masalah

Prepared by: Naufal 10th September 2021


MATEMATIK TINGKATAN 5

Menentusahkan dan mentafsir penyelesaian dalam konteks masalah berkenaan

Didapati bahawa pada penghujung setiap tahun, hasil simpanan ialah suatu kuasa 1.04 didarab
dengan prinsipal simpanan sebanyak RM 20, 000.00, dan kuasa itu sepadan dengan bilangan tahun
simpanan. Pola tersebut dapat digeneralisasikan sebagai:

𝐴(𝑡) = 𝑃(1 + 𝑟)𝑡

Dapat divisualisasikan dalam bentuk graf:

Memurnikan model matematik

Model matematik 𝐴(𝑡) = 𝑃(1 + 𝑟)𝑡 merupakan pengiraan untuk faedah kompaun dengan
kekerapan sekali setahun.

Dalam situasi sebenar, faedah kompaun boleh dikompaunkan dengan lebih kerap, misalnya
setengah tahun sekali atau tiga bulan sekali dan sebagainya.

Jika faedah dikompaunkan sebulan sekali, kadar faedah 𝑟 dibahagikan dengan 12 bulan:
𝑟 12𝑡
𝐴(𝑡) = 𝑃(1 + )
12
Secara umum, jika faedah dikompaunkan 𝑛 kali setahun, model matematik ialah:
𝑟
𝐴(𝑡) = 𝑃(1 + )𝑛𝑡
𝑛
Melaporkan dapatan

Laporan penuh dibuat berdasarkan struktur kerja pemodelan di atas.

Prepared by: Naufal 10th September 2021

You might also like