You are on page 1of 3

Ciri-ciri pentadbir sekolah mentransformasikan kerja berpasukan secara kreatif dan

inovatif
Pengetua atau Guru Besar dalam kerja berpasukan perlu mempunyai cirri-ciri tertentu dalam
melaksanakan perubahan dengan berkesan. Ini kerana, tugas pengetua dan guru besar dalam
pasukan bagi mencorakkan ahli yang dipimpinnya adalah berat. Pengetua dan pasukan kerja
perlu memiliki ciri-ciri yang baik dan positif kerana kepada mereka menjadi contoh ikutan
kepada orang bawahan. Antara ciri-ciri pengetua dalam mentransformasikan kepimpinan
yang kreatif dan inovatif adalah :
1) Mempunyai matlamat yang jelas
Pengetua yang mentransformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih
dahulu perlu membentuk matlamat yang jelas. Matlamat ini perlu diterangkan
kepada ahli pasukan supaya semuanya memahami apa yang ingin dicapai melalui
kerja berpasukan itu. Matlamat adalah kekuatan yang mendorong pengetua untuk
mewujudkan pasukan yang kreatif dan inovatif. Matlamat ini perlu mempunyai
gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat serta komitmen setiap
ahli pasukan.
2) Komited kepada tugas
Pengetua perlu mempunyai dan menunjukkan sikap komited pada tugasnya.
Adalah bercanggah sekiranya pengetua meminta ahli pasukan melakukan tugas
sedangkan beliau sendiri tidak menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi
dalam melaksanakan tugas itu. Beliau perlu menjadi contoh dan teladan yang baik
kepada ahli yang pasukan yang lain.
3) Ketahanan mental, emosi dan fizikal yang tinggi
Sebagai penjana perubahan, pengetua perlu mempunyai ketahanan mental, emosi
dan fizikal yang tinggi bagi menjalankan tugas sebagai warga sekolah dengan
berkesan. Sekiranya pengetua tidak mempunyai daya ketahanan ini, warga sekolah
tidak mampu mmenghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang mendatang baik
daripada pasukan itu sendiri ataupun daripada faktor luaran. Dari segi fizikal,
pengetua perlu mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas. Kecergasan fizikal
dan ketidakstabilan emosi mempengaruhi sikap dan tingkah laku guru pada tugas
dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional lebih mudah
mengalami tekanan dan sukar diajak berunding dan mereka lebih cenderung
mengamalkan gaya kepimpinan autokratik.
4) Kemahiran berfikir secara dinamik
Bagi membolehkan pengetua merealisasikan matlamat, warga sekolah perlu
sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif. Melalui cara ini, masalah kurang hubungan,
sokongan dan komitmen daripada ahli pasukan dapat ditangani dengan mudah dan
berkesan. Selain itu, kemahiran ini juga penting kepada pengetua bagi membuat
ramalan dan jangkaan berkenaan cabaran dan masalah yang bakal dihadapi dalam
pasukannya. Paling penting adalah membuat perancangan berkenaan agenda yang
hendak dilaksanakan dlam kumpulan itu.
5) Ilmu dan tahap kognitif yang tinggi
Pengetua perlu mempunyai ilmu dna tahap kognitif yang tinggi. Beliau sebaik-
baiknya memiliki tahap keupayaan kognitif yang tinggi bagi memikir, memahami
dan mengenal pasti setiap agenda yang hendak dilaksanakan. Dengan itu,
pengetua dapat merancang, membuat jangkaan dan ramalan, mengenal pasti
sektiap keperluan, menyusun strategi dan seeterusnya melaksanakannya. Biasanya
pengetua yang Berjaya mempunyai tahap ilmu pengetahuan atau IQ yang tinggi
berbanding ahli bawahannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua
menangani setiap masalah secara rasional.
6) Kemahiran diagnostik yang efektif
Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri
yang perlu dimiliki oleh pengetua dalam menangani masalah pasukannya.
Sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli pasukan memerlukan penyelesaian
yang cepat dan betul. Dalam erti kata lain, pengetua perlu mempunyai kemahiran
diagnostik dalam mmenjalankan peranannya sebagai ketua pasukan. Ketua
pasukan perlu bijak mengenal pasti dan menyelesaikan setiap masalah.
7) Kemahiran komunikasi yang berkesan
Pengetua perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam melaksanakan
setiap tugas dan program. Pengetua perlu menerangkan dengan jelas berkenaan
matlamat, kenapa, mengapa dan bagaimana tugas ataupun program itu hendak
dilaksanakan. Jika pengetua tidak dapat berkomunikasi dengan baik, visi dan
wawasan organisasi sekolahtidak dapat diperjelaskan. Ketua perlu memahami
proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya matlamat dapat
disampaikan dan diterima oleh ahli-ahli yang lain. Melalui cara ini jurang
komunikasi antara ketua dan ahli-ahli kumpulan dapat dikurangkan.
8) Akhlak dan personaliti yang baik
Ciri-ciri pengetua yang berkesan tidak lengkap jika tidak mengambil kira dari
sudut ketinggian moral, akhlak dan personaliti. Pengetua yang tidak menunjukkan
kahlak dan personaliti yang baik, tidak diterima oleh warga sekolahnya dengan
ikhlas. Hal ini tentu menyulitkan agenda yang hendak dilaksanakan melalui
kumpulan kerana pengetua sukar mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang
terlibat.
9) Cekap mentadbir dan mengurus
Pengetua perlu berupaya mengurus dan mentadbir dengan cekap dan berkesan.
Setiap agenda, perkara dan program yang dirancang mengalami perubahan dan
menimbulkan pelbagai konflik dan ketegangan. Kebolehan mengurus dan
mentadbir pasukan dengan bijak adalah dituntut.

Pasukan kerja yang berkesan akan menambahbaikan lagi pengurusan yang berkesan, dinamik
serta dapat beri kepuasan dan motivasi kepada guru. Dengan kefahaman dan kesedaran yang
tinggi ini akan menghasilkan suasana budaya kerja cemerlang dan seterusnya berjaya
mencapai objektif, visi dan misi sekolah dan membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia. Kerja berpasukan mampu meningkatkan tahap pengetahuan,
kemahiran dan keupayaan guru-guru yang melakukan kerja secara kolaboratif. Ia mampu
juga meningkatkan produktiviti mereka. Kerjasama antara para pendidik dan pihak
pengurusan sekolah akan merealisasikan pencapaian matlamat sekolah, seterusnya Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Kerjasama secara berpasukan di kalangan pihak pengurusan dan
guru serta seluruh organisasi sekolah bukanlah mudah untuk dicapai dan keadaan sedemikian
memerlukan pengorbanan kepentingan individu demi keutamaan matlamat dan kepentingan
organisasi. Oleh itu, amatlah wajar diberi perhatian terhadap kerja berpasukan dalam
organisasi sekolah dan keberkesanan pengaplikasian kerja berpasukan oleh pihak yang
terlibat terutamanya di sekolah

You might also like