You are on page 1of 2

adangan strategi bagi memperkasakan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam

Malaysia(PKPIM).
1)Mewujudkan kumpulan penyelidik-pemikir(Think tank) PKPIM
Kumpulan pemikir ini boleh merangka strategi gerak kerja PKPIM untuk
menggerakkan anak muda Malaysia dengan lebih berkesan.Tumpuan utama
kumpulan pemikir ini ialah bertindak sebagai pasukan penyelidik yang mengkaji
tentang cita rasa anak muda Malaysia di peringkat bawah (grass-root).Hasil
penyelidikan tersebut kemudiannya dibukukan dan disusun dengan lebih sistematik
sebagai rujukan kepada semua pimpinan PKPIM.Kumpulan pemikir ini juga boleh
mengkaji idea,gagasan besar tokoh-tokoh berwibawa dalam pelbagai bidang,buku-
buku dan gerakan utama yang boleh dijadikan rujukan untuk perjuangan anak muda
Malaysia.

2)Mewujudkan kumpulan seniman PKPIM


Kumpulan seniman ini boleh memperjuangkan aspek kesenian,kesasteraan dan
kebudayaan di kalangan anak muda.Antara bentuk gerak kerja yang boleh dilakukan
ialah seperti mengadakan persembahan teater,lakonan,pentomen,deklamasi
puisi,band muzik,dan sebagainya.Kumpulan seniman PKPIM ini boleh mengisi
program-program santai yang melibatkan anak muda dan menyampaikan mesej
dakwah dengan cara yang kreatif dan mudah difahami oleh anak muda.
3)Mewujudkan kumpulan Pemidato PKPIM
Kumpulan pemidato PKPIM ini boleh diwujudkan dengan mengadakan lebih kerap
siri bengkel pidato.Alumni bengkel pidato tersebut boleh diserapkan dalam
kumpulan pemidato PKPIM ini dan mereka boleh ditugaskan untuk menyampaikan
pidato mereka berdasarkan topik-topik tertentu khususnya di pentas pidato
kampus-kampus universiti atau sudut pidato umum.Kumpulan pemidato ini juga
boleh mengumpulkan lebih ramai ahli PKPIM yang berminat untuk mendalami ilmu
pidato dan mereka boleh dilatih dengan serius untuk menjadi pemidato terbaik
yang bersedia memberi komitmen penuh untuk menyampaikan pidato dimana
sahaja yang diminta oleh pimpinan PKPIM.
4)Mewujudkan kumpulan Penulis PKPIM
Kumpulan penulis PKPIM ini juga boleh diwujudkan dengan mengadakan dengan
lebih kerap siri bengkel penulisan.Penulis-penulis muda di kalangan ahli PKPIM
perlu dikumpulkan dan diminta untuk memberi fokus utama untuk menulis dalam
pelbagai genre penulisan seperti cerpen,novel,puisi,artikel-artikel ilmiah,surat
pembaca dalam suratkhabar, dan sebagainya.Mereka juga boleh bertindak sebagai
wartawan PKPIM yang menulis dan melaporkan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh
PKPIM.Semua tulisan kumpulan penulis ini kemudiaannya boleh dikumpulkan
samada dalam bentuk buku-majalah atau dalam laman web khusus.Tulisan-tulisan
kumpulan penulis ini perlu disebarluas kepada khalayak umum.

You might also like