You are on page 1of 1

7 langkah mudah untuk tuntutan pelepasan cukai

1.Memaksimunkan potongan untuk buku majalah, insurans dan komputer

Buku dan majalah Rm1000 bagi setiap tahun untuk pembelian buku dan majalah. Ini termasuk buku-
buku elektronik yang dibeli online.

Insurans Rm6000 di mana jika potongan kwsp tidak sampai rm6000 setahun, kita boleh menambah
jumlah yang tidak cukup ini dengan insurans.

Komputer Rm3000- layak dituntut 3 tahun sekali..khas untuk komputer sahaja sama ada riba macbook
atau notebook..tablet dan ipad tidak termasuk dalam senarai komputer

2. Anak RM 1000 bagi setiap orang anak potongan yang layak diterima

3. Peralatan sukan

Sebanyak rm300 bagi peralatan sukan sahaja. Ini tidak termasuk dengan kos bayaran bulanan pusat
kecergasan ataupun jurulatih peribadi.

4. Failkan cukai berasingan bagi yang sudah berkahwin kerana ini dapat mengurangkan kesan cukai.

5. Pembantu rumah bagi penjagaan khas ibu bapa

Kita layak mendapat potongan sehingga RM5000. (di bawah kos perubatan) bagi mengupah pembantu
rumah bagi membuat penjagaan khas kepada ibu bapa yang sakit. Mahupun begitu, pengesahan doktor
diperlukan bagi mengesahkan bahawa ibu bapa kita memerlukan penjagaan khas.

6. Elaun Petrol Tugas Rasmi

Sebanyak rm6000 maksimun potongan bagi penggunaan petrol untuk tujuan rasmi.

7. Isytiharkan pendapatan sewa

Jika tidak isytiharkan pendapatan sewa, dikhuatiri akan menjejaskan semakan dan potongan cukai
terhadap diri sendiri jika pihak LHDN mendapati kita tidak jujur ketika mengisi e-filing.

Pesanan- setiap resit pembelian bagi barangan yang dinyatakan perlu disimpan sehingga 7 tahun dari
tahun taksiran.

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan
laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com /
sumberpendidikanguru@gmail.com]

You might also like