You are on page 1of 2

4 Julai 2016

MOHAMAD AZMI BIN OMARUDDIN

No 25 jalan 3/64 Seksyen 3

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel: 019-6621664

No cukai pendapatan: SG 6094928070

PENGARAH

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Cawangan Cheras

Tingkat 8-12 Menara PGRM

No 8, Jalan Pudu Ulu

56100 Kuala Lumpur

Tuan,

CUKAI TAHUN TAKSIRAN 2015

Merujuk perkara diatas, surat yang bertarikh 19 Mei 2016, No rujukan, 630126085617, dan no cukai
pendapatan, SG 6094928070 ada kaitan.

2. Mohon pertimbangkan daripada pihak Tuan, mengstrukturkan bayaran semula untuk taksiran
2015 dalam tempoh 3 tahun, iaitu 36 bulan. Ini adalah berdasarkan kemampuan saya untuk
menjelaskan RM 31,546.80 di luar kemampuan saya disebabkan komitmen saya setiap bulan adalah
terlalu tinggi.

3. Untuk maluman Tuan, saya perlu menjelaskan bayaran Bualanan , Anggaran sperti berikut;

1) Rumah kediaman RM1300.00

2) Sewa beli kenderaan WQC 2004 RM1700.00

3) Sewa beli kenderaan AJS 2004 RM900.00

4) Kos anak Kurang Upaya Autisme RM1500.00

5) Kos anak belajar Mohammad Azri (KPTM BANGI) Praktikal RM720.00

6) Kos anak belajar Mohamad Azizi (UNITAR) RM1200.00

7) Kos anak belajar Nur Athirah SEKOLAH SRI ABIM BANGI RM440.00

8) Minyak untuk kenderaan urusan anak-anak ke sekolah RM500.00

RM8260.00
Berdasarkan jumlah yang terlalu tinggi untuk saya tanggung pada setiap bulan dan tidak termasuk
kos perbelanjaan lain seperti makan minum dan lain-lain bayaran termasuk hutang persendirian
yang perlu ditanggung oleh saya. Tambahan pula isteri tidak bekerja.

4. Pendapatan bulanan saya tidaklah tetap, kedudukan saya sebagai lembaga pengarah koperasi
dan syarikat di bayar mengikut bilangan mesyuarat setiap bulan.

5. Sehubungan dengan itu, bayaran tahun Taksiran 2014, masih lagi tertunggak seperti yang
dinyatakan dalam surat tuan yang bertarikh dan rujukan yang dinyatakan diatas. Saya ada membuat
permohonan untuk mengstrukturkan bayaran taksiran 2014, tetapi masih lagi tidak mendapat
kelulusan daripada pihak tuan, dan saya ada membuat pembayaran setiap bulan sebanyak
RM500.00 seperti yang ada rekod dalam pembayran LHDN tunai di bank. Sementara menunggu
kelulusan dari LHDN.

6. Sebelum ini ada pegawai LHDN meminta saya menyediakan aliran tunai pendapatan dan
komitmen saya setiap bulan dan telah pun dikemukan kepada LHDN pada tahun lepas lagi, tetapi
masih lagi belum mendapat jawapan daripada pihak tuan.

7. Oleh itu, saya memohon jasa baik daripada pihak tuan untuk mempertimbangkan rayuan saya
ini supaya dapat menjelaskan cukai Taksiran yang terkini sudahpun berjumlah RM74,214.19.

8. Bersama ini disertakan Salinan dokumen sebahagian komitmen saya untuk rujukan tuan. Saya
bersedia berbincang dengan pihak tuan pada bila-bila masa untuk menyelesaikan isu ini.

Sekian terima kasih

Yang benar

(MOHAMAD AZMI BIN OMARUDDIN)

You might also like