You are on page 1of 2

ART MANAGEMENT KERTAS KERJA PROJEK MEREKABENTUK BILIK SENI TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN PROTON CITY, TANJONG MALIM TARIKH: 15 HINGGA 19 MEI


2014 ANJURAN: ART MANAGEMENT DENGAN KERJASAMA: PERSATUAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL SEKOLAH KEBANGSAAN PROTON CITY 1. TUJUAN Kertas kerja ini
dikemukakan untuk mendapatkan kebenaran, kelulusan dan sumbangan yang pihak berkenaan
untuk menjalankan program ini berdasarkan tujuan berikut: i. Untuk mendapatkan kelulusan
penajaan daripada pihak berkenaan ii. Mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak serta
mendapatkan kebenaran untuk menggunakan perkhidmatan di sekolah dan bilik darjah 1.
PENGENALAN 1. DEFINISI Seni seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok,
kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah. Reka Bentuk Bilik Seni
menyusun dan mereka bahagian dalaman bilik supaya lebih selesa, harmoni dan sesuai dengan
cita rasa pemiliknya. Rekabentuk Bilik Seni Membuat dekorasi ruang yang
melibatkan dan bertemakan unsur seni. Reka bentuk bilik seni ini mestilah mempunyai ciri-ciri
ruang yang kondusif agar mewujudkan keselesaan, ketenangan serta memudahkan para pelajar
dalam menggunakan bilik seni tersebut. Oleh itu bilik seni ini mestilah dilengkapkan dengan
pelbagai aspek yang berkaitan dengan seni seperti karya-karya, ruang-ruang seni serta
kemudahan seni. 1. OBJEKTIF Program MEREKABENTUK BILIK SENI dilaksanakan
untuk memberi pendedahan dalam melaksanakan kajian di bilik darjah dalam menyiapkan Projek
pada syarikat kami serta memberi kesedaran kepada pelajar sekolah rendah. 1. Untuk mencari
peluang menempa nama dalam dunia pendidikan 1. Untuk memberi pendedahan kepada pelajar
dan warga sekolah tentang seni 1. Sebagai memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
berkaitan seni visual 1. Mempamerkan hasil karya seni kepada warga sekolah 1. Mengubah
persepsi warga sekolah dan pelajar terhadap kepentingan seni 1. JUSTIFIKASI Melihat betapa
pentingnya pelajar sekolah rendah mengenali dan memahami konsep seni serta nilai kreativiti
pada bilik seni. membolehkan mereka menyampaikan kepada warga sekolah dengan lebih jelas
dan diamalkan oleh generasi baru. Generasi baru sekarang kurang memahami nilai-nilai estetika
seni yang bersangkut paut dengan diri mereka. Bilik seni yang di reka yang dibuat dan dapat
dilihat dengan lebih dekat akan dapat memupuk semangat cintakan keunikan yang terdapat di
dalam bilik seni. 1. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh : 15 hingga 19 MEI 2014
Tempat : 35900 Tanjong Malim Lokasi :Sekolah Kebangsaan Proton City 1. GOLONGAN
SASARAN : 6.1 Syarikat Art Management seramai 10 orang, 20 orang pelajar seni tahun 5 dan 6
1. Khusus kepada pelajar pendidikan seni tahun 5 dan 6 1. Warga sekolah 1. Masyarakat 1.
TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA ATURCARA 15 MEI 2014 (khamis) 7.00 am Bertolak ke
Sekolah Kebangsaan proton city 8.00 am Memunggah barang, peralatan 12.00 pm Berhenti
rehat, solat 2.30 pm Sambung mengemas bilik darjah 3.00 pm rehat 8.00 pm Mengemas bilik
darjah 9.00 pm bersurai 16 MEI 2014 ( Jumaat) 8.00am Mengecat bilik darjah 11.00 am Berhenti
minum 3.00 pm Proses penambahbaikan bilik 7.00 pm rehat 8.00 pm Post mortem 15 JUN 2014
( Sabtu ) 8.00 am Sarapan pagi bersama pelajar dan berjumpa pelajar 8.30 am Bekerja bersama
pelajar yang hadir membantu 12.30 pm 10.45 pm rehat 16 JUN 2014 (ahad) Mengemas bilik
darjah. Membuat penilaian terakhir terhadap bilik darjah 17 JUN 2014 (Isnin) Perasmian
Pameran 1. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA DAN SENARAI TUGAS 1. Ahli
Jawatankuasa Penganjur Pengarah Mohd Hafizi B. Hashim Penolong Pengarah Mohammad
Syukri B. Sohaime Setiausaha Azlan Azwan B. Mohamad Bendahari Tuan M. Aliff B. Sannusy
Ahli Jawatankuasa Kecil AJK Perhubungan Antarabangsa :M. Adam Azahari B. Ramli AJK
Protokol :Rozaidie Haikal Jasmine Fakrul B. Ali AJK Rekabentuk Dan Publisiti :Mohd Zulkifli B.
Ya azid AJK Pengangkutan :Wong Sew Tan AJK Keselamatan :Badrul Hassan B. Latiff AJK
Fotografi :Lingam A/L Maniam 1. Ahli Jawatankuasa Pihak Sekolah Penasihat En. Aizam Shah
Rizal B. Arshad Ahli jawatankuasa kecil Mohd Ismail B. Rosli (Ketua) Ramlan B. Mazlan
Sarahvanan A/L Suppayah Nur Alia Bt. Kamarul Ahli biasa 20 orang pelajar seni tahun 5 dan 6
1. ANGGARAN KEWANGAN 1. Pendapatan Bil Penaja - Penaja Jumlah (RM) 1. Lembaga
Pembangunan Seni Visual Negara 150 2. Nestle Malaysia Berhad 150 3. Petroliam Nasional
Berhad (PETRONAS) 700 4. Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) 800 5.
Persatuan Pendidikan Seni SK Proton City 100 6. PIBG SK Proton City 100 JUMLAH 2 000 1.
Perbelanjaan Bil Perkara Perkara Jumlah (RM) 1. Peralatan dan bahan 600 2.
Pengangkutan 200 3. Makanan dan minuman 300 4. Cenderahati 100 5. Promosi 300 JUMLAH
1 500 1. Pendapatan Perbelanjaan = Lebihan Pendapatan / Perbelanjaan 1. RM 2 000
RM 1 500 = RM 500 1. Lebihan Pendapatan = RM 500 1. PENUTUP besarlah harapan kami
agar kertas kerja ini diluluskan oleh pihak berkenaan kerana program ini adalah merupakan
program penting bagi memastikan kami mendapat ilmu dan pengalaman yang berguna untuk
syarikat kami. Disamping itu, program ini dapat mendedahkan kami kepada realiti sebenar
Merekabentuk bilik seni yang kreatif dan unik. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan
mat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

You might also like