You are on page 1of 12

Badminton

Persatuan Badminton Malaysia ialah badan pentadbiran sukan badminton di Malaysia.


Persatuan ini ditubuhkan pada tarikh 11 November 1934 di Perak, Pulau Pinang,
Selangor, Johor, dan Singapura.

Sejarah
Pada tahun 1809, sukan badminton dibawa ke Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai
daripada Syarikat Hindia Timur. Pada 1900, sukan ini dibawa melalui misi sekolah di
Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Singapura. Maka, pada tahun 1925,
ditubuhkan Persatuan Badminton Pulau Pinang. Dan pada tahun 1929, ditubuhkan
Persatuan Badminton Perak. Presiden pertama BAM ialah John L. Woods.

Pencapaian
Badminton Terbuka Malaysia merupakan kejohanan badminton yang biasanya diadakan
di Kuala Lumpur, Malaysia. Kejohanan ini telah diadakan sejak 1937 dan telah
berlangsung di beberapa venue berlainan seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching,
Penang, Selangor.

Kejohanan ini tidak diadakan dua kali: dari 1942 hingga 1946 disebabkan oleh Perang
Dunia II dan 1967 ke 1982. Ia menjadi salah satu daripada Kejohanan BWF Super Series
mulai 2007, dan dikenali sebagai Kejohanan Super Series Terbuka Malaysia.

Ia ditaja oleh Maybank & Benson & Hedges.

Perseorangan Perseorangan Beregu


Tahun Beregu lelaki Beregu wanita
lelaki wanita campuran

Lee Chong
2016
Wei

2014 Goh V
Shem
Lim Khim
Wah
Koo Kien
2010 Keat
Tan Boon
Heong

Koo Kien
2007 Keat
Tan Boon
Heong

Koo Kien
2006 Keat
Chan
Chong Ming

Lee Chong
2005
Wei

Choong
2004 Tan Fook
Lee Wan
Wah

2002 James Chua

Ong Ewe
2001
Hock

Cheah
Ong Ewe Soon Kit
1996
Hock Yap Kim
Hock

Cheah
Rashid Soon Kit
1992
Sidek Soo Beng
Kiang

Rashid
1991
Sidek

Rashid
1990
Sidek
Jalani
1987 Sidek
Razif
Sidek

Jalani
1986 Sidek
Razif
Sidek

Razif
Misbun Sidek
1985 -
Sidek Jalani
Sidek

1967 Tiada pertandingan

Eddie Tiada
Tan Aik Choong pertandingan
1966
Huang Tan Aik
Huang

Tan Yee Teoh Siew


Tan Aik Rosalind Khan Yong
1965
Huang Singha Ang Ng Boon Rosalind
Bee Singha Ang

Tan Yee Teoh Siew


Billy Ng Khan Yong
1964 Slyvia
Seow Meng Ng Boon Rosalind
Bee Singha Ang

Tan Yee
Yew Cheng Tan Giak Khan Tan Giak Bee
1963
Hoe Bee Ng Boon Ng Mei Ling
Bee

Teh Kew
Tan Giak San Tan Giak Bee
1962
Bee George Ng Mei Ling
Yap

1961 Jin Poole Tan Giak Tan Yee Tan Giak Bee
Bee Khan Cecelia
Ng Boon
Bee Samuel

Teh Kew
Tan Giak Bee
Choong Ewe San
1960 Cecelia
Beng Lim Say
Samuel
Hup

Teh Kew
Tan Giak Bee
1959 San
Cecelia
Lim Say
Samuel
Hup

Tan Giak Bee


1958
Lim Kit Lin

Teh Kew
Choong Ewe Tan Giak San Tan Giak Bee
1957
Beng Bee Lim Say Lim Kit Lin
Hup

Yang Weng
1956 Chin
Goei Nio

Ong Poh Cecelia


1955 Cecelia Tan Lim Samuel
Ooi Teck Phua Yoke
Hock Chin

Chan Kon Cecelia


1954 Cecelia Tan Leong Samuel
Lee Kee Phua Yoke
Fong Chin

Cecelia
1953 Cecelia Tan Samuel
Phua Yoke
Chin

1952 Cecelia Tan Chan Kon Amy Chong


Leong Cheah Kooi
Lee Kee San
Fong
Chan Lim Cecelia Tan
1951 Cecelia Tan
Lim Kit Lin

Cecelia Tan
1950 Cecelia Tan
Hoi Sai Ying

Chan Kon
Amy Chong
1949 Helen Heng Leong
Cheah Kooi
Lee Kee
San
Fong

Ooi Teck
Ooi Teck Hock Pennefarther
1948 Helen Heng
Hock Tan Kim Helen Heng
Hong

Ooi Teck
Hock Cecelia Tan
1947 Cecelia Tan
Tan Kim Molly Chin
Hong

1946
Tiada pertandingan
1942

Lee Chee Wong Lee Chee Neo Tiada


1941 pertandingan
Neo Peng Soon Lee Kim Leo

Wong Lee Chee Neo


1940 Cecelia Tan
Peng Soon Lee Kim Leo

Chan Kon
Seah Eng
1939 Cecelia Tan Leong
Hee
Ida Lim

A. S.
Chan Kon
Tan Chong Moey Chwee Samuel
1938 Leong
Tee Lan Chan Kon
Ida Lim
Leong

1937 A. S. A. S.
Samuel Samuel
Chan Kon
Leong

Gambar
Atlet Negara
1. DATO WIRA LEE CHONG WEI
Datuk Wira Lee Chong Wei lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai
Perak , Malaysia)ialah seorang pemain badminton professional dari
Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. Beliau merangkul pingat
perak di temasya Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016, maka menjadi
rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara
perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik
Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk
kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri
Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Beliau menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki


perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos
2008 hingga 14 Jun 2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga
yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim
semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an, dan juga satu-satunya
jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan
teratasnya selama lebih dua minggu.

2. ABDUL RASHID DATO HAJI MOHD SIDEK


Abdul Rashid Dato' Haji Mohd Sidek, lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat,
Banting, Selangor merupakan bekas pemain badminton lelaki dari
Malaysia serta pemain perseorangan bertaraf dunia sewaktu era 1990-
an. Beliau merupakan anak bongsu adalah yang bongsu di kalangan lima
adik - beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton
kebangsaan. Abang beliau Razif Sidek dan Jalani Sidek merangkul pingat
gangsa Sukan Olimpik bagi beregu lelaki pada 1992. Beliau menjadi
pemain termuda yang memenangi Kejohanan Badminton Junior
kebangsaan pada tahun 1980 ketika berumur 12 tahun.
Rashid Sidek memenangi pingat gangsa untuk acara perseorangan lelaki
pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta setelah menewaskan Juara Dunia
dari Indonesia, Heryanto Arbi. Beliau menjadi pemain nombor satu dunia
buat julung kalinya pada tahun 1997. Beliau kini berkhidmat sebagai
jurulatih kepada pemain pelapis dalam pasukan badminton kebangsaan
Malaysia.

3. DATUK DR MOHMED MISBUN BIN DATO HAJI MOHD SIDEK


Datuk Dr Mohmed Misbun bin Dato' Haji Mohd Sidek lahir pada 17
Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor merupakan bekas
dan jurulatih badminton profesional dari Malaysia. Beliau merupakan
anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya. Beliau dan kesemua
adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton
antarabangsa.

Pada usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam


Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong berikutan kejayaannya muncul
juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM). Selain kejohanan itu, anak sulung daripada lima itu juga terpilih
ke Terbuka Australia atau lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.

Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan


melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun pada 1978, diikuti kategori bawah
21, setahun kemudian.

Selepas beberapa tahun menimba pengalaman di pentas antarabangsa,


Misbun merangkul kejuaraan pertamanya di Terbuka Jerman diikuti
dengan kemenangannya ke atas Liem Swie King di Sukan Sea 1981, selain
bergelar juara kebangsaan. Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar
Olahragawan Kebangsaan 1981.

Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas
kepada bintang Indonesia, Lim Siew King. Walhal dia ada peluang
memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun
bangkit untuk menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set
penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi cemerlang. Dalam
laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti
Luis Pongoh dari Indonesia, Morten Frost Hansen dari Denmark dan
Prakash Padukone dari India. Pada awal September 1982, ketika
persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba
mengejutkan pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan
peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan
Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul
naib juara dunia, Misbun juga memenangi Terbuka Sweden dan
mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.

Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada,


separuh akhir Piala Dunia dan tempat ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia.
Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun tewas kepada pemain Indonesia,
Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian peminat
membanjiri Stadium Negara. Malah penampilan warna warni Misbun
sedikit sebanyak membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket luar dugaan. Pada 19
Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens Peter Nierhoff dari Denmark,
dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya
bertemu pemain China, Chen Changjie (RM117,000) manakala ketika
tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah RM128,840.

Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian


masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober 1983, Misbun menempa
sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas
jaguh India.

4. FOO KOK KEONG


Foo Kok Keong dilahirkan pada 8 Januari 1963 di Gombak , Selangor
adalah bekas pemain badminton dari Malaysia yang menganggotai
pemain perseorangan terbaik dunia dari akhir 1980-an hingga
pertengahan 1990-an. Bukan pemain yang bergaya, dia terkenal kerana
kelincahannya, stamina, dan ketabahan tidak pernah mati. Kok Keong
bermain untuk pasukan Thomas Cup Malaysia (lelaki antarabangsa) yang
menduduki tempat kedua di China pada tahun 1990 , dan untuk pasukan
yang mengalahkan Indonesia untuk kejohanan dunia pada tahun 1992 .
Kemenangannya dalam pertandingan individu termasuk Terbuka
Singapura dan Terbuka Perancis serta kejuaraan perseorangan pada
tahun 1990, dan Kejohanan Asia kejuaraan pada tahun 1994. Beliau
merupakan naib juara di Terbuka Malaysia pada tahun 1990 dan 1991,
Sukan Komanwel British 1990, dan World Grand Prix Final 1989 serta
Kejohanan All-England 1991.

Pada tahun 1991, Foo Kok Keong menjadi rakyat Malaysia pertama yang
menduduki ranking nombor 1 dunia sejak sistem ranking dilaksanakan
oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) pada tahun 80-an.

DATO WIRA LEE CHONG WEI ABDUL RASHID DATO HAJI


MOHD SIDEK

DATUK DR MOHMED MISBUN BIN FOO KOK KEONG


DATO HAJI MOHD SIDEK

Penganjuran Sukan Antarabangsa


1. PIALA THOMAS
Kejohanan Piala Thomas ialah sebuah kejohanan utama badminton
peringkat antarabangsa bagi berpasukan lelaki. Kejohanan ini
berlangsung setiap dua tahun. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas
bersempena dengan nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas
yang menderma piala ini pada tahun 1939. Pertandingan pertama
berlangsung pada tahun 1948-1949. Pertandingan bagi berpasukan
wanita pula diadakan pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Piala Uber.

Pusingan kalah mati menentukan juara, lima perlawanan (3 perseorangan


dan 2 beregu) pada setiap satu peringkat. Pasukan pertama yang berjaya
memenangi 3 perlawanan pertama mara ke pusingan berikutnya.

Juara bertahan Piala Thomas sekarang ialah China.

Pemegang gelaran terbanyak Piala Thomas sekarang ialah Indonesia.

Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk Piala Thomas sebanyak 6 kali
iaitu pada tahun 1970, 1984, 1988, 1992, 2000 dan 2010.

2. SUKAN KOMANWEL 1998


Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan
di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang
merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel
terakhir untuk abad ke-20. Temasya Sukan Komanwel ke-16 dibuka rasmi
oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul
Rahman pada 11 September, dan ditutup rasmi oleh Ratu Elizabeth II.
Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga
kebangsaan Malaysia, bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning
digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah
digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.

Maskot rasmi bagi Sukan Komanwel di Kuala Lumpur ialah Wira, seekor
Orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu,
Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 13 April 1994.

Sejumlah RM 561 juta dibelanjakan untuk membina infrastruktur bagi


menjayakan acara sukan termasuk pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil,
21 gelanggang sukan, dan Pusat Penyiaran Antarabangsa.

Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan


tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium
ini boleh menempatkan sehingga 100 000 penonton dan juga
mempunyai trek balapan.

Perkampungan sukan pula merangkumi pembinaan 30 buah blok


pangsapuri yang boleh menempatkan lebih kurang 6000 atlet dan
pegawai sukan. Perkampungan sukan ini hanya terletak 500 meter dari
stadium utama dengan dilengkapi sistem pengangkutan awam iaitu LRT.

Setelah dipersetujui oleh beberapa pihak untuk mengadakan majlis besar


Sukan Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil, mereka akhirnya
berminat dan bersetuju untuk memilih Artis Rock Nombor Satu Negara
iaitu Ella sebagai artis tema Sukan Komanwel. Ia sekaligus menjadikan
Ella sebagai satu-satunya artis Malaysia yang menjadi penyanyi lagu tema
tersebut. Paling membanggakan, Ella bukan sahaja menjadi penyanyi
tema Sukan Komanwel Malaysia, beliau juga merupakan artis pertama
Asia yang menjadi Duta Sukan Komanwel Asia.

Jadual Kutipan Pingat Sukan Komanwel 1998

Ked. Negara Emas Perak Gangsa Jumlah

4 Malaysia (MAS)* 10 14 12 36

You might also like