You are on page 1of 2

Contoh Penulisan Kertas Cadangan ( Proposal ) Kajian Tindakan

1. Tajuk Kajian
Pembelajaran Kendiri: Meningkatkan Prestasi Mata Pelajaran Pengajian Am
Dalam Kalangan 20 Orang Pelajar Tingkatan 6R1.

2. Nama Penyelidik
Encik Chai Yee Wah

3. Nama dan Alamat Sekolah


SMJK Heng Ee,
99, Jalan Hamilton, 11600 Pulau Pinang.

4. Refleksi Situasi / Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu


Pada bulan Mei 2010, 80% pelajar 6R1 masih belum menyesuaikan diri dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6.

Pelajar banyak bergantung kepada guru untuk mendapatkan maklumat


terutamanya dalam Kertas 2 Bahagian B iaitu Esei Laras Sains.

Semasa ujian prestasi yang pertama, 16 orang pelajar telah gagal kerana tidak
memiliki maklumat yang secukupnya terutamanya dalam penulisan Esei Laras
Sains.

5. Isu Keperihatian / Fokus Kajian


Fokus kajian ini ialah memastikan pelajar untuk mencari maklumat tanpa bantuan
guru. Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator.

6. Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai
objektif berikut:

i. Objektif Umum
Diharapkan pelajar dapat mengubah cara pembelajaran dengan lebih fokus
kepada pembelajaran kendiri.

ii. Objektif Khusus


Diharapkan 100% pelajar memperoleh 15 markah dan ke atas daripada 25
markah bagi Bahagian B iaitu Bahagian Esei Laras Sains

Pelajar dapat berkongsi bahan maklumat yang diperoleh bersama dengan


rakan- rakan.

7. Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 6R1 yang terdiri daripada 2
orang pelajar Melayu, 10 orang pelajar Cina dan 8 orang pelajar India.
8. Tindakan Yang Dicadangkan
i. Tinjauan Masalah
Apabila pelajar diberi soalan Bahagian B, pelajar tidak dapat memberikan
idea-idea sains. Hal ini menyebabkan pelajar kehilangan markah untuk
bahagian ini.

Selepas sebulan pengajaran dan pembelajaran berjalan, satu ujian pra


dilaksanankan dan didapati tiga orang pelajar langsung tidak menjawab
soalan berkenaan manakala selebihnya telah kehilangan markah kerana
tidak dapat mengutarakan idea- idea sains dalam Esei Laras Sains.

ii. Majalahku
Pelajar diwajibkan membeli Majalah Dewan Kosmik pada setiap bulan.

iii. My Akses
Membawa pelajar ke bilik akses sekurang- kurangnya dua kali seminggu.

iv. Mujami
Pelajar perlu membuat catatan maksud perkataan Laras Sains.

v. Ujian Post
Data perubahan tingkah laku pelajar.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian


Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Ujian Pra 15 Jun
2. Mengenal pasti masalah dan mengumpul 20 30 Julai
data
3. Menulis Kertas Cadangan 1 3 Ogos
4. Merancang Aktiviti 15 20 Ogos
5. Majalah KU
Ogos - November
Refleksi Majalahku
6. My Akses
Ogos - November
Refleksi My Akses
7. Mujami
Ogos - November
Refleksi Mujami
8. Ujian Post
Ogos - November
Refleksi Kajian Keseluruhan
9. Menulis Laporan Disember 2010
10. Pembentangan

10. Kos Kajian ( jika berkenaan )

You might also like