You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN

PIBG/SKTI60/002/4(3)118
TARIKH: 31 Januari 2011

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sungai Petani,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN MEMBINA BONGGOL DI PINTU MASUK HADAPAN SEKOLAH


KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa PIBG sekolah ini ingin memohon pihak
tuan untuk membina bonggol di hadapan pintu masuk sekolah. Matlamat permohonan ini
adalah salah satu langkah berjaga-jaga demi keselamatan murid-murid sekolah ini dan
daripada pemerhatian, didapati kebanyakan kenderaan yang lalu lalang di hadapan sekolah ini
laju dan boleh mengundang bahaya kepada murid-murid .

3. Sehubungan itu, pihak PIBG sekolah amat berharap pihat tuan dapat meluluskan
permohonan kami ini dengan segera.

4. Kerjasama serta perhatian dari pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

PERMUAFAKATAN ASAS KECEMERLANGAN

Saya yang menjalankan tugas,

(SHRINA BINTI AB RAZAK)


Setiausaha

You might also like