You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAAN AMBANGAN HEIGHTS


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARULAMAN
TEL : 04-4412311 FAKS: 04-4412314
Email : skbandarbaru2.ppdkmy@gmail.com

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : SKAH /50/006/1(48)


Tarikh : 08 SEPTEMBER 2016

Kepada :
Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani,
Jalan Petri,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON JENTERA UNTUK PEMBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Hari Gotong Royong Perdana
SKAH 2016 untuk membersihkan serta menceriakan kawasan sekolah seterusnya
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

3. Hari Gotong Royong Perdana SKAH 2016 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 12 Oktober 2016 (RABU)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : SEKOLAH KEBANGSAAAN AMBANGAN HEIGHTS.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon jentera untuk melancarkan lagi gotong
royong ini. Jentera yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
4.1 sebuah jentera bomba

5. Dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput Tuan/Puan untuk bersama hadir bagi
memeriahkan lagi majlis gotong-royong yang akan berlansung. Segala perhatian dan
kerjasama dari pihak Tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

6. Di sini, disertakan nama dan nombor telefon guru yang boleh dihubungi bagi tujuan tersebut.
Puan Siti Salwa / 019 – 557 5709

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

….................................
(ABDUL LATIF BIN ISMAIL)
Yang DiPertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights,
08000 Sungai Petani, Kedah.

You might also like