You are on page 1of 9

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2015/2017

SK AMBANGAN HEIGHTS

1. PN. FAUZIAH BT OTHMAN - PENASIHAT


2. EN. ABDUL LATTIF BIN ISMAIL - YANG DIPERTUA
3. EN. MOHD ZAMANI BIN MD NOR - NAIB YANG DIPERTUA
4. EN. MOHAMMAD NASIR BIN SAAD - PK PENTADBIRAN
5. EN. ZAKARIAH BIN HARUN - PK HEM
6. EN. ZANUDDIN BIN HUSSAIN - PK KOKURIKULUM
7. PN.NORIZA BT AZIZ - PK PETANG
8. PN. MAZNEE BT OTHMAN - PK PENDIDIKAN KHAS
9. PN. SITI SALWA BT AZMI - SETIAUSAHA
10. PN. NURUL 'AINI BT AHMAD - PEN. SETIAUSAHA
11. PN. ROHAIDA BT TAJUDIN - BENDAHARI
12. PN. SITI ROHANI BT YUSOFF - PEN. BENDAHARI
13. PN. SABARIYAH BT YUSUFF - AJK
14. PN. ZUNAIDAH BT SAAD - AJK
15. TN. HJ. MOHD FAZIR BIN YAHAYA - AJK
16. EN. AMANAR BIN ISMAIL - AJK
17. EN. MOHD FAZLY BIN ABDUL RAHIM - AJK
18. EN. HARIS BIN MUSA - AJK

JURU AUDIT DALAMAN

1. EN. FAISA RIZAL BIN KORNAIN


2. PN. HUSMAYAZAT BT ROSLAN
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-6
SK AMBANGAN HEIGHTS

1. Ucapan Penasihat (Guru Besar)


2. Ucapan Pengerusi (Yang Dipertua PIBG)
3. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu
4. Perkara-perkara berbangkit
5. Membentang dan menerima Laporan Tahunan
6. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir pada 31
Disember tahun sebelumnya.
7. Membahas dan menerima usul-usul
8. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan
9. Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang)
10. Hal-hal lain
11. Ucapan penangguhan
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK AMBANGAN HEIGHTS
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 5

Tarikh : 8 MAC 2016


Hari : Ahad
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Ambangan Heights
Kehadiran : 160 orang

I. UCAPAN PENGERUSI
1. Encik Abdul Lattif Bin Ismail mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru dan staf
kerana menjayakan Hari Anugerah Cemerlang SKAH Kali Ke 5.
2. Beliau turut merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada YB Dato Azmi Bin Che
Husain merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah DUN Bayu kerana sudi
hadir merasmikan majlis sekolah pada hari ini.
3. Beliau turut memaklumkan mengenai permohonan membuat bumbung tambahan di antara
bangunan dan sudah pun mendapat maklum balas yang baik dari Dato Speaker dan akan dibuat
surat susulan.

II. UCAPAN PENASIHAT


4. Puan Penasihat mengucapkan terima kasih kepada warga sekolah kerana bertungkus lumus
memastikan program sekolah berjalan dengan lancar dan sempurna.
5. Beliau memaklumkan bahawa sekolah akan menerima guru besar yang baharu pada tahun ini
dan beliau meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada barisan Penolong Kanan dan
semua guru untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan tanpa kehadiran
beliau kelak.
6. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua waris yang hadir kerana memberikan komitmen
yang baik dan kagum dengan jumlah kehadiran pada tahun ini.
7. Beliau berharap agar pihak waris dapat menyumbangkan idea yang boleh meningkatkan
prestasi anak-anak dan sekolah.
8. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada waris yang tanpa jemu memberi sokongan dan
sumbangan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah.
9. Beliau berharap agar semua dapat menjadi yang terbaik.

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


10. Puan Siti Salwa Binti Azmi selaku Setiausaha PIBG bagi sesi 2015/2016 membentangkan
Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-5 untuk disahkan.
11. Encik Zulkifli Bin Hasan mencadangkan minit tersebut disahkan dan disokong oleh Encik
Khalid Bin Said.

IV. PERKARA BERBANGKIT


12. Tiada perkara berbangkit.

V. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG TAHUN


2015/2016
13. Puan Siti Salwa Binti Azmi selaku Setiausaha PIBG bagi sesi 2015/2016 membentangkan
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bagi Tahun 2015/2016 untuk disahkan.
14. Encik Khairul Bin Hamdan mencadangkan laporan tersebut disahkan dan disokong oleh
Encik Khairil Bin Mahamad.
VI. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG
15. Puan Rohaida Binti Tajudin selaku Bendahari PIBG bagi sesi 2015/2016 membentangkan
penyata kewangan untuk disahkan.
16. Puan Sobarina Binti Md Hussin mencadangkan penyata kewangan tersebut disahkan dan
disokong oleh Puan Norhana Binti Baharom.
17. Encik Zakaria Bin Md. Lazim mengajukan soalan mengenai wang hadiah Paddle Pop yang
pada pendapat beliau tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun PIBG.
18. Puan Penasihat memberi maklum balas dengan menyatakan bahawa syarikat Paddle Pop
telah menyampaikan wang kemenangan tersebut yang berjumlah RM2000 di dalam bentuk
cek dan pihak sekolah tidak boleh mencampurkan wang kemenangan tersebut ke dalam
akaun sekolah. Oleh yang demikian, wang tersebut di'tumpang'kan ke dalam akaun PIBG dan
keluar masuk wang tersebut ada dinyatakan di dalam penyata kewangan PIBG.
19. Yang DiPertua turut menyatakan bahawa perkara ini telah pun dibincangkan bersama pihak
PIBG dan jumlah RM200 yang diberikan kepada setiap pemenang (lima pemenang) adalah
berpatutan. Pihak sekolah juga telah menguruskan segala yang terbaik dalam menjayakan
program Paddle Pop tersebut.

VII. MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL


20. Pengusul 1 (En. Azmi Bin Ishak)
- tidak dibacakan kerana tidak hadir

21. Pengusul 2 (En. Mohd Khairul Haizam Bin Yahaya)


- memohon kelas KAFA diadakan di sekolah
- Yang DiPertua memaklumkan bahawa KAFA adalah di luar kewajipan sekolah dan ia
sebenarnya di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) dan juga
Jabatan Agama
Islam Malaysia (JAKIM). Maklum balas yang diterima adalah JAKIM tidak mempunyai
peruntukan untuk membayar elaun guru-guru KAFA. Tuan YDP turut menyeru agar para waris
atau guru yang mempunyai kenalan di JAKIM agar memohon bantuan daripada mereka.
- Guru Besar turut mengulas bahawa beliau sudah pun memohon kepada JAKIM untuk
mewujudkan kelas KAFA di sekolah tetapi permohonan tersebut tidak diluluskan kerana
sekolah mempunyai sesi petang. Menurut JAKIM, sekolah satu sesi sahaja yang dibenarkan
untuk diadakan kelas KAFA.
- Encik Zakaria Bin Md. Lazim berpendapat bahawa jika kelas KAFA tidak dapat diwujudkan di
sekolah, sebagai alternatifnya surau Al Muhtadin mungkin boleh dijadikan sebagai tempat
untuk membuka kelas KAFA.
- Yang DiPertua memaklumkan bahawa beliau sudah pun memohon termasuk di masjid yang
akan dibina di Ambangan Heights dan akan berbincang sekali lagi dengan pihak yang
berkenaan.

22. Pengusul 3 (En. Noor Azlan Bin Hashim)


- Penguatkuasaan keselamatan murid-murid di sekolah
- Peranan pengawal keselamatan di pintu pagar sekolah
- Berniaga di luar kawasan sekolah
- Guru Besar menyentuh isu keselamatan murid-murid di sekolah di mana satu pondok
menunggu
sudah pun dibina di dalam kawasan sekolah. Murid-murid menjadikan ia sebagai pondok
menunggu van atau bas. Longkang juga sudah ditutup untuk memastikan tiada murid yang
bermain
di kawasan longkang selepas habis waktu persekolahan. Garisan kuning juga dibuat di dalam
kawasan sekolah untuk memastikan guru-guru memperlahankan kenderaan masing-masing.
Pihak
sekolah juga telah membaiki pintu pagar belakang supaya kenderaan bermotor tidak dapat
memasuki kawasan sekolah. Selain itu, sekolah turut bercadang untuk membuat pintu pagar
utama
yang baharu supaya lebih efisien dan selamat.
Mengenai peranan pengawal keselamatan, cadangan supaya diminta pengawal keselamatan
menunggu murid pada waktu pulang akan dibincangkan bersama dengan pihak pengawal.
Mengenai isu jualan di luar sekolah, penjaja sudah pun mendapat arahan daripada Majlis
Perbandaran Sungai Petani supaya menghentikan aktiviti jualan tetapi arahan tidak
diendahkan.
Pihak sekolah juga sudah pun menasihati dan memberi amaran kepada murid-murid supaya
tidak
membeli di luar.
- Yang DiPertua turut mengulas mengenai isu berniaga di luar kawasan sekolah. Beliau
menasihatkan agar waris menasihati anak-anak supaya tidak membeli makanan di luar sekolah
sebaliknya membeli makanan di kantin yang memang terpelihara kebersihannya.

23. Pengusul 4 (En. Mohd Zamani Bin Md Nor)


- Pihak sekolah menganjurkan “ Jualan Dari But Kereta / Car Boot Sale”.
- Yang DiPertua berpendapat itu merupakan usul yang baik dan meminta kerjasama waris
untuk
melaksanakannya.

VIII. HAL-HAL LAIN


24. Puan Siti Khadijah Bt Said memohon supaya nama singkatan matapelajaran di dalam jadual
waktu diperincikan dengan lebih jelas. Selain itu, beliau memohon pihak sekolah untuk
memberi penerangan kepada waris mengenai aktiviti yang akan dijalankan bagi murid Tahun
1.
- Puan Penasihat memaklumkan bahawa nama singkatan bagi matapelajaran tersebut merupakan
kod yang digunakan di dalam sistem berkomputer yang digunakan untuk membuat jadual
waktu
sekolah. Manakala untuk aktiviti Tahun 1, pihak sekolah sudah pun memaklumkan kepada
semua
waris (semasa Hari Pendaftaran Tahun 1) mengenai program transisi Tahun 1 yang
berjalan selama 3 minggu.
25. Encik Muhd Aidi Bin Yusuf mencadangkan agar diwujudkan BUKU KOMUNIKASI di mana
semua maklumat surat menyurat dari pihak sekolah ditampal pada buku tersebut.
- Puan Penasihat memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah membuat buku
tersebut pada harga RM3.50 tetapi sekolah tidak mengambil pesanan kerana berpendapat
semua
murid tidak boleh menulis di dalam buku tersebut. Sebagai alternatif, Guru Besar
mencadangkan
agar digunakan buku tulis untuk menampal segala maklumat yang diberikan oleh pihak
sekolah.
26. Encik Muhd Aidi Bin Yusuf turut mencadangkan agar digunakan tali leher yang berzip supaya
mudah dipakai.
- Puan Penasihat memaklumkan akan berbincang dengan bahagian pentadbiran iaitu bahagian
Hal
Ehwal Murid.
27. Encik Muhd Aidi Bin Yusuf memberi maklum balas mengenai jualan dari but kereta. Beliau
berpendapat ianya tidak sesuai berniaga di dalam kereta dengan cuaca sekarang yang agak
panas.
Beliau mencadangkan agar sekolah melaksanakan Hari Kantin dan wang hasil dari sewa tapak
bolehlah disalurkan kepada PIBG.
- Puan Penasihat memaklumkan bahawa setiap tahun sekolah melaksanakan Hari Kantin dan
Keusahawanan. Hasil dari keuntungan dapat dilihat seperti berikut:

BIL TAHUN UNTUNG PERKARA


1 2014 RM4000 Membuat simen di antara kawasan kantin dan dewan
2 2015 RM6000 Wang masih ada untuk perancangan pembangunan sekolah.
Antaranya ialah:
- pembelian TV LCD di dewan terbuka
- keceriaan sekolah seperti kawasan sekitar dan tandas
- pembelian LCD di dalam makmal untuk penggunaan PdP

28. Puan Rohashima Bt Muhd Taib memaklumkan bahawa beliau masih belum mempunyai
nombor
WhatsApps Waris SKAH.
- Naib Yang Dipertua mengulas sekiranya mahu mendapatkan apa sahaja maklumat mengenai
sekolah, waris bolehlah melayari akaun Facebook di atas nama PIBG SK AMBANGAN
HEIGHTS atau melalui aplikasi WhatsApps yang diterajui sendiri oleh Naib Yang Dipertua
dan
beberapa ahli jawatankuasa PIBG SKAH yang lain. Beliau turut mengucapkan ribuan terima
kasih
kepada Puan Penasihat kerana memberi maklum balas kepada soalan yang diajukan oleh waris.
Beliau turut berpesan agar menggunakan aplikasi WhatsApps tersebut secara berhemah.

IX. UCAPAN PENANGGUHAN


3. Pn Hjh Rodziah Bt Othman (Guru Besar)
 mengucapkan terima kasih dia atas sumbangan waris sebentar tadi yang berjumlah
RM500.00. Wang sumbangan tersebut akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak sekolah.
 mengucapkan terima kasih juga kepada semua waris yang hadir menjayakan majlis pada
hari ini.
 menjemput semua waris untuk memeriahkan Hari Sukan sekolah yang dijangka diadakan
pada bulan April.
30. En Abdul Lattif Bin Ismail (Yang DiPertua)
12. merakamkan penghargaan di atas kesudian semua untuk meluangkan masa hadir pada
majlis hari ini.
13. mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang telah menjayakan majlis pada hari ini.
14. memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang majlis berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.35 petang

Pencatat minit:
19. Noraini Bt Mohd Jaeh
20. Nurul Hasmiza Bt Hassan
21. Suria Bt Haron
22. Yusoff Bin Ismail

Disediakan oleh,
…...........................................
( SITI SALWA BINTI AZMI)
Setiausaha
Persatuan Ibubapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Ambangan Heights
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman.

sk
- Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman
- Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan
- Fail PIBG sekolah
PEMBENTANGAN USUL-USUL

BIL USUL CATATAN


Pengusul : En. Azmi Bin Ishak
- Larangan menjaja (menjual makanan ringan) di kawasan menunggu
1
murid pulang ke sekolah kerana makanan tidak berkhasiat dan
menganggu lalu lintas.
Pengusul : En. Mohd Khairul Haizam Bin Yahaya
- Mengadakan kelas KAFA di SK Ambangan Heights kerana saya
merancang untuk menghantar anak saya ke sekolah berasrama penuh
2 di masa hadapan dan salah satu syarat ke asrama, perlu ada KAFA.
Saya juga telah mencari kelas KAFA tetapi pendaftaran kelas KAFA
di luar penuh dan terlalu padat. Sekiranya tidak keberatan, saya
memohon kelas KAFA diadakan di sekolah.
Pengusul : En. Noor Azlan Bin Hashim
- Kuatkuasakan keselamatan murid-murid sekolah bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku.
- Peranan pengawal sekolah untuk menjaga pintu bahagian belakang
dan pintu hadapan (pintu kecil) sewaktu loceng tamat persekolahan
dibunyikan. Luangkan 15 minit di pintu bahagian belakang dan 30
3 minit di pintu kecil bahagian hadapan untuk para waris mengambil
anak.
- Demi untuk keselamatan anak-anak didik SKAH kerana sistem
keselamatan tidak terjaga kerana anak-anak SKAH bebas keluar
masuk membeli makanan tanpa kawalan.
- Sekarang apa yang nampak peranan pengawal keselamatan tidak
berfungsi.
Pengusul : En. Mohd Zamani Bin Md Nor
- Pihak sekolah menganjurkan “ Jualan Dari But Kereta / Car Boot
Sale”.
- Cara : Ibu bapa/guru menyewa tapak dan menjual barangan
contohnya barangan terpakai yang masih elok kepada pengunjung.
4
Program dibuat secara berkala contohnya minggu ke 2 dan 4 setiap
bulan.
- Kelebihan : dapat mengelakkan pembaziran dan dapat menambah
tabung kewangan PIBG selain dapat menanam semangat berniaga di
kalangan murid, ibu bapa dan guru.
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN JAWATANKUASA PIBG
SESI 2015/2016
SK AMBANGAN HEIGHTS

BIL PERKARA / AKTIVITI TARIKH


1 Program Sarana PIBG – Jayawaris Tahun 6 12 Januari 2015
2 Kem Bestari Solat Fasa 1 23 Januari 2015
3 Larian Merentas Desa 7 April 2015
4 Pelancaran Program NILAM 12 April 2015
5 Majlis Persaraan En. Azanan Bin Ahmad (guru SKAH) 15 April 2015
6 Bantuan Zakat Bagi Murid Bermasalah 18 April 2015
7 Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke -5 Tahun 2015 06 Mei 2015
8 Majlis Sambutan Isra' Mikraj 14 Mei 2015
9 Kem Bestari Solat Fasa 2 15 Mei 2015
10 Program Sarana PIBG – Jayawaris Tahun 6 (mengikut kelas) 28 Jun 2015
11 Majlis Iftar Mahabbah 2015 09 Julai 2015
(Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Dan Miskin SKAH)
12 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 30 Julai 2015
13 Program Jayawaris LINUS 2015 10 Ogos 2015
14 Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan 2015 16 Ogos 2015
15 Majlis Bacaan Yaasin Perdana Dan Solat Hajat 30 Ogos 2015
16 Majlis Mohon Restu UPSR 2015 06 September 2015
17 Program Hari Sukan Negara 2015 10 Oktober 2015
18 Hari Kantin dan Keusahawanan SKAH 11 Oktober 2015
19 Majlis Jayawaris & Dialog Prestasi Murid Tahun 5 Pra UPSR 2016 27 Oktober 2015
20 Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform 12 & 13 Oktober 2015
21 Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Nur Syawal 15 November 2015
22 Hari Pendaftaran Tahun 1- Tahun 6 sesi 2016 31 Disember 2015
23 Hari Transisi Murid Tahun 1 3-21 Januari 2016

You might also like