You are on page 1of 2

MINIT MAJLIS RASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22

TARIKH : 20 FEBRUARI 2014


HARI : KHAMIS
MASA : 2.30 PTG HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SEMENTARA SMKPP

1.0 UCAPAN PERASMI MAJLIS (YB DATUK SERI HJ. NOH B. HJ. OMAR, AHLI PARLIMEN
TANJONG KARANG)

1.1 Beliau mengucapkan salam 1 Malaysia dan berterima kasih kepada Pengerusi
Majlis, Tuan Pengetua, Yang Di Pertua PIBG, barisan ahli jawatankuasa PIBG, guru-
guru, ibu bapa dan semua yang hadir kerana sanggup meluangkan masa untuk
menunaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli PIBG SMKPP dan menerima
bantuan awal persekolahan.
1.2 Beliau meminta untuk diberi ruang berucap dahulu kerana mahu menziarahi jenazah
ibu saudaranya yang baru meninggal dunia di Sungai Burong. Walaupun begitu
keadaannya, beliau tetap hadir juga sebagai penghargaan dan tanda sayang beliau
kepada semua yang hadir kerana masih mengekalkan beliau sebagai Ahli Parlimen
Tanjong Karang.
1.3 Beliau menyampaikan salam takzim daripada YB Sulaiman Razak yang tidak dapat
hadir kerana menghadiri satu mesyuarat penting ( SELCAT ).
1.4 Meneruskan majlis, beliau ada menyentuh beberapa isu semasa yang berlaku di
dalam negeri Selangor. Antaranya ialah krisis kekurangan bekalan air yang semakin
serius. Di dalam ucapannya, beliau menekankan betapa pentingnya pembinaan
sebuah lagi loji air yang dinamakan Loji Air Langat 2.
1.5 Di samping itu, di dalam ucapannya beliau mengulas berkenaan kemajuan yang
dicapai oleh negara membolehkan rakyat menikmati pendidikan percuma.
Pendidikan percuma ini diterjemahkan dengan yuran persekolahan percuma yang
dinikmati oleh sekolah bantuan kerajaan, bantuan awal persekolahan yang bernilai
RM100 untuk seorang murid, bantuan di peringkat unversiti (RM250 untuk baucer
pembelian buku) dan pelbagai bantuan lagi.

1.6 Di samping itu, beliau memberitahu bahawa pada tahun lepas (2013) bantuan yang
telah disalurkan adalah berjumlah RM 15, 000. Namun begitu, pada tahun 2014
beliau bermurah hati untuk menambah jumlah sumbangan berdasarkan penelitian
beliau berkaitan peningkatan mendadak keputusan PMR 2013 berbanding tahun
sebelumnya di sekolah ini dan juga jumlah kedatangan ibu bapa yang hadir di majlis
PIBG.
1.7 Beliau mengumumkan jumlah sumbangan yang diluluskan dan wang tersebut
disalurkan terus kepada PIBG SMKPP bagi tahun 2014 adalah sebanyak
RM 125, 000.
1.8 Berikut merupakan pecahan sumbangan yang akan disalurkan mengikut keperluan
sekolah :

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1. Kehadiran ibu bapa (RM 20 x 950 orang) 19 000
2. Bantuan asas sekolah menengah 3 000
3. Sumbangan untuk Kelab Guru 3 000
4. Membina tandas surau (lelaki & perempuan) 30 000
5. Baikpulih pagar sekolah 60 000
6. Cat tembok (tidak diluluskan) -
7. Kerusi Berkualiti (Anggaran dalam 300 biji) 10 000
Jumlah Keseluruhan 125 000

1.9 Beliau merasmikan majlis mesyuarat agung PIBG kali ke22, dan berharap agar
bantuan awal persekolahan serta bantuan yang disampaikan dapat dimanfaatkan
sepenuhnya secara yang berfaedah oleh para ibu bapa dan warga pendidik.

Disediakan oleh :

...
(Fatimah Bt Mustaffa @ Ahmad)

You might also like