You are on page 1of 1

Kaunti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Rencana ini memerlukan rujukan tambahan
untuk pengesahan. Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh
didapati di dalam laman perbincangan. Sila bantu memperbaiki rencana
ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh
dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai
dan dipadam. (Mei 2011)

Kaunti (Inggeris: county) adalah subunit pentadbiran kerajaan tempatan yang mempunyai
bidang kuasa tersendiri di sesetengah negara moden tertentu. Di Eropah pada zaman
dahulu, county berasal daripada perkataan bahasa Perancis iaitu comt (juga mempunyai
perkataan yang setara dalam bahasa lain
seperti contea, contado, comtat, condado, Grafschaft, Gau dan sebagainya) yang merupakan
wilayah pemerintahan dibawah kuasa seorang count.

Penggunaan "kaunti"[sunting | sunting sumber]


Kanada[sunting | sunting sumber]

Di Kanada, lima daripada sepuluh wilayahnya menggunakan "kaunti" sebagai subbahagian


kawasan. Ini termasuk semua empat wilayah asal iaitu New Brunswick, Nova
Scotia, Ontario, dan Quebec serta wilayah ketujuh, Pulau Prince Edward.
China[sunting | sunting sumber]

Perkataan "kaunti" digunakan untuk menterjemah perkataan bahasa Cina, xin ( atau ).
Di Tanah Besar China yang diperintah oleh Republik Rakyat China, kaunti merupakan tahap
ketiga bagi pentadbiran tempatan selepas pentadbiran wilayah dan pentadbiran prefektur.

You might also like