You are on page 1of 5

EDU3102 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Terdapat dua faktor yang utama atau dipanggil sebagai dominan yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak iaitu faktor baka dan faktor
persekitaran.

FAKTOR BAKA

Baka atau dikenali juga sebagai keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan


yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak.Ciri-ciri yang ada adalah
seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Ini dibuktikan melalui
kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold Gesell bahawa tidak ada dua orang
individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Kesemua ciri-ciri ini
melengkapkan kesempurnaan seseorang individu itu.Ibu bapa menurunkan
baka ini kepada anak-anak mereka melalui gen-gen.

Pengaruh genetik atau faktor baka dikenali sebagai gen dimana ianya terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ianya
terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni yang
berbentuk panjang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel
ovum (betina).Mengikut kajian para pengkaji, kromosom ini mengandungi
bahan DNA dan RNA kemudian masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka.Bagi individu yang normal, kebiasaannya
mempunyai 23 pasangan kromosom. Kemudian, semasa proses
persenyawaan iaitu percantuman sel, sperma (gamet jantan) dengan sel
ovum (gamet betina) bercantum membentuk zigot yang mula mendapat 23
kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Untuk itu, proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapa berlaku hingga menjadi ciri-ciri baka
tersendiri yang akan diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.

Menurut Sheldon (1985),ciri personaliti seseorang adalah berkaitan rapat


dengan bentuk tubuh badannya.Beliau menggolongkan bentuk tubuh badan
manusia dalam tiga kategori,iaitu endomorf,mesomorfdan ektomorf,yang
berkaitan dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

Jenis Rupa Bentuk Badan Ciri-Ciri Personaliti


Bentuk
Badan
Endomorf Bulat dan lembut TraitViscerotonia:suka
bergaul,cepat
mesra,berlega,mengendur
Mesomorf Otot-otot Trait
kuat,berkemahiran,psikomot Somatotonia:tegas,agresif,suk
or a riadah,sedia menghadapi
cabaran
Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia:tidak suka
bergaul,introvert,tidak suka
aktiviti fizikal

Saiz badan adalah penetu keupayaan seseorang untuk melakukan sesuatu


kerja.Keupayaan seseorang melakukan kerja akan membawa nilai prestij
kepada diri seseorang.

Kebiasaannya baka yang baik adalah bermula daripada kesihatan ibu dan
bapa yang sihat dan baik.Menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi seperti
Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldon (1962) setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.Kajian
ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibu bapa mereka.

Oleh itu, kesihatan ibu bapa sama ada dari segi mental mahupun fizikal amat
penting bagi menjamin perkembangan bayi yang normal dan sihat. Sebagai
contoh, ibu yang sedang mengandung hendaklah menjaga pemakanan serta
mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Hal ini kerana ibu akan berkongsi
makanan tersebut dengan bayi yang masih di peringkat prenatal.
Sehubungan dengan itu, ibu ditegah untuk melakukan perkara yang boleh
menjejaskan kandungan dan digalakkan minum minuman yang menyihatkan
seperti susu dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kadang- kadang umur ibu juga merupakan salah satu
faktor pertumbuhan dan pekembangan kanak-kanak itu mengalami
masalah.Contoh ini juga merangkumi kepada faktor baka. Bagi ibu yang
mengandung berusia lebih daripada 40 tahun berkemungkinan besar akan
melahirkan bayi Sindrown Down. Hal ini kerana, penyakit ibu turut akan
mempengaruhi anak yang bakal dilahirkan. Bayi yang mereka lahirkan itu
akan berpotensi untuk abnormal berbanding ibu yang sihat. Usia ibu yang
lanjut akan menyebabkan mengalami keguguran akibat pembentukan janin
yang kurang sempurna.

Tambahan pula, gen bapa juga memainkan peranan penting dalam


perkembangan kanak-kanak. Sperma yang sihat akan bergabung dengan
ovum sekiranya kesihatan bapa itu terjamin. Jika didapati sperma yang
disenyawakan itu mempunyai penyakit atau kuman seperti HIV, maka anak
yang dilahirkan adalah berisiko untuk menghidap penyakit berbahaya seperti
itu.Maka, faktor baka daripada ibu dan bapa amat penting dalam menjamin
kesihatan anak yang baik kelak.

FAKTOR PERSEKITARAN

Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk
kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas
lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap
pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem.
Menurut Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak.

Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih


banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam
persekitaran itu.Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara
kanak-kanak dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.Orang-orang dalam
mikrosistem ini memainkan peranan yang tidak kurang penting di dalam
perkembangan kanak-kanak.

Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2


mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi
interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di
rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan
sebaliknya.Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan
galakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini
menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-kanak yang
kekurangan peluang.

Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak


melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil
dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak
tersebut.Misalnya sekolah dengan pasar raya.Kaedah pengurusan,
kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli
belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-
kanak tersebut.

Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-


norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah
negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.Kronosistem pula
melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa.Sebagai
contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-
permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu
kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi


antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan
individu, maka setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang
berbeza-beza.

Rujukan: http://cikguhafiz18.blogspot.my/2014/05/edu3102-perkembangan-
kanak-kanak-faktor.html

You might also like