You are on page 1of 5

KUNGFU PANDA

How the content ( script, action,song and story telling ) of the movie can influence the
children and in what way?

Cognitive Way

Filem Kungfu panda ini merupakan filem animasi yang mengfokuskan kepada golongan
sasaran iaitu penonton yang berumur 18 tahun kebawah. Skrip yang dihasilkan lebih mudah
difahami oleh golongan sasaran pada masa kini, di samping banyak di selitkan elemen-
elemen lucu yang dapat meningkatkan daya pemikiran golongan sasaran yang ditetapkan.

Attitude Way

Melalui pembelajaran pemerhatian kanak-kanak melihat orang-orang di sekeliling mereka


berkelakuan dalam pelbagai cara (Bandura, 1961). Ini digambarkan melalui sikap yang
dibawakan oleh watak semasa mereka melihat filem Kungfu Panda. Contohnya Po (panda)
seekor panda yang berbadan gempal dan mempunyai keyakinan diri yang rendah tetapi Po
rajin menolong ayahnya. Po juga mempunyai sikap yang berusaha. Melalui sikap yang
dibawa oleh watak Po ini penonton mampu mencontohi sikapnya secara tidak langsung
melalui tontonan tanpa di pengaruhi oleh anasir luar.

Behavior Way

Seperti watak tigress dan tai lung didalam filem kungfu panda ini tingkah lakunya
berpewatakan ganas dan agresif sekaligus akan membuatkan penonton beranggapan bahawa
kehidupan seekor harimau seperti yang digambarkan didalam filem tersebut. Sama juga
seperti Po ( Panda ) berperwatakan comel dan lucu dan penonton beranggapan seekor panda
merupakan haiwan yang jinak dan tidak agresif. Elemen elemen ini dapat mempengaruhi
pemikiran kanak-kanak yang menganggap filem itu sesuai untuk pembelajaran kendiri.
2. Method Survey

Kaedah kaji selidik kajian tinjauan atau biasa disebut kajian survey merupakan salah satu
kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular digunakan dalam
pelbagai bidang khususnya dalam bidang sains sosial. Kajian tinjauan digunakan untuk
mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan ataupun ribuan
responden (Marican, 2016). Alat yang digunakan dalam kaedah tinjauan ini ialah borang soal
selidik. Kami akan memberikan borang soal selidik kepada penonton selepas mereka
menonton filem Kungfu Panda ini. Mereka akan mengisi beberapa maklumat didalam borang
tersebut supaya kami dapat memperolehi tindak balas daripada penonton untuk menilai tahap
filem kungfu panda.

3. Three Suggestion

- Menambahkan nilai-nilai murni dalam filem yang diterbitkan.

Dengan penambahan nilai- nilai murni dalam filem mampu memberi pengajaran dan teladan
kepada penonton khususnya golongan kanak-kanak agar mereka dapat sesuatu dalam
tontonan filem. Menurut Albert Bandura dalam Teori Social Learning

- Memerhati gaya hidup sebenar sesebuah watak.

Membawa sesuatu kehidupan yang bernyawa dalam bentuk animasi bukanya satu perkara
yang mudah tetapi ia adalah unsur yang halus yang dapat membantu menggambarkan emosi
dan memberi perasaan pemikiran dan pertimbangan yang benar di belakang setiap
pergerakan. Contohnya, gaya kehidupan seekor panda yang memakan buluh dan
mengekalkan gaya hidup seekor panda itu sendiri dalam animation. Mengamati watak, cara
mereka berinteraksi, bagaimana mereka menyatakan diri mereka dan bahkan bagaimana
mereka bergerak adalah sangat penting dalam membantu anda memperoleh pemahaman yang
baik, bukan hanya gerakan tetapi juga masa dan berat badan.

-Pastikan watak anda seimbang

Salah satu perkara pertama yang kita pelajari sebagai kanak-kanak adalah bagaimana untuk
memanjat kaki kita dan mengambil langkah pertama kita. Untuk melakukan ini bukanlah
usaha mudah kerana ia memerlukan kekuatan dan yang paling penting keseimbangan.Dengan
setiap langkah anda belajar untuk mengalihkan pusat graviti anda untuk memastikan anda
tidak jatuh. Pusat graviti adalah unsur penting untuk membawa ke dalam animasi juga.Cuba
berdiri dengan kaki anda dan angkat kaki kanan anda dari lantai, tetapi lakukan ini sambil
mengekalkan pinggang anda. Sukar untuk menahan keinginan untuk menggerakkan pinggang
anda ke atas kaki kiri anda, supaya anda tidak jatuh. Apabila anda melakukan ini, anda
mengalihkan pusat graviti anda untuk mengekalkan keseimbangan. Dan tentu saja, jika anda
perlu melakukannya dalam kehidupan sebenar anda perlu memastikan watak anda
melakukannya juga.Seperti watak-watak yang dibawa dalam kungfu panda ini, perwatakan
mereka perlu direalisasikan daripada kehidupan sebenar kedalam animasi. Contohnya (viper)
ular yang menjalar ketika bergerak. Tigress, dan Tai Lung ( Harimau) walaupun watak
mereka berjalan menggunakan dua kaki tetapi ada masa mereka mengekalkan kedudukan
dengan keempat empat kaki mereka seperti dalam kehidupan sebenar seekor harimau.
MEDIA PSYCHOLOGY (B)

SCCT 3033
NAMA AHLI KUMPULAN :

MUHAMAD IKMAL HAKIMI B. MUSTAPA 238659


MUHAMMAD SYAFIQ IKMAL B. MOHD NISRAN 238236

FAKHRUL NIZAM B. ABDUL RAZAK 241105

MOHD. SYARIFUDDIN B. LAUPA 238100

DASRIZAL ELIFFA ASHRIA 701053

NAMA PENSYARAH : DR. NORSIAH BT ABDUL HAMID

You might also like