You are on page 1of 20

Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

KATA KERJA 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Pemburu itu cuba ________________kera dengan menggunakan perangkap


yang diperbuat daripada buluh.

A menangkap
B menangkapi
C memerangkap
D memerangkapi

2. Biola itu ________________ oleh Pak Dollah untuk menghiburkan tetamu yang
menghadiri majlis persaraan guru besar sekolah itu.

A digesek
B digesel
C dipetik
D dipalu

3. Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk


__________________ para penunjuk perasaan itu.

A meredakan
B menamatkan
C menyuraikan
D menghalau

75
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Jamil __________________ Pak Alang kerana kakinya cedera setelah terjatuh


di dalam longkang.

A memimpin
B mendukung
C memapah
D memaut

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Baginda Sultan sedang ____________________ pingat kebesaran ke dada


ayah.

A melabelkan
B menampalkan
C menyematkan
D menggantungkan
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Nek Piah _____________________ daun pisang di atas bara api untuk


dijadikan pembungkus kuih koci.

A melayur
B menjemur
C membakar
D memanggang

76
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

7. Cikgu Aina sempat _________________ senyuman kepada murid-muridnya


sebelum meninggalkan kelas.

A melepaskan
B meluahkan
C menghalakan
D melemparkan

8. Sebelum menumis, ibu __________________ dua biji bawang untuk


dimasukkan ke dalam masakannya.

A mencincang
B memotong
C merincih
D mengerat

77
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Puan Jamilah __________________ anak perempuan kesayangannya.

A melambung
B menggalas
C menimang
D mengelek

10. Seorang lelaki warga emas telah _______________ terapung di sungai itu.

A ditemui
B bertemu
C menemui
D ditemukan

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11. Wak Seman _________________dua bakul sayur dari kebunnya dengan


sebatang kayu.

A memikul
B menjinjing
C mengandar
D mengangkat

Soalan 12 berdasarkan di bawah gambar.


78
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

12. Budak-budak itu sangat gembira __________________ layang-layang mereka


di padang.

A menaiki
B menaikkan
C kenaikan
D naikkan
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Kakak ___________________ baju sekolah yang dibasuhnya sebelum


menjemurnya di ampaian.

A merendam
B membilas
C mencelup
D memerah

14. Aiman ____________________ api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih.

A mengipas
B menyembur
C menghembus
D menyedut

79
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15. Budin __________________ anak ikan di dalam parit di belakang rumahnya.

A menyauk
B mencedok
C mengambil
D menangkap

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Ayam jantan ________________ kepaknya sambil berkokok di atas tunggul


kayu pada waktu pagi.

A menyuraikan
B mendepakan
C mengiraikan
D melibaskan

17. Mak Wan _________________ buyung yang berisi air lalu meletakkannya di
bendul dapur.

A mengelek
B membimbit
C menatang
D menjinjing

18. Api dari bangunan yang terbakar itu ________________ sehingga ke


bumbungnya.
A menjilat
B menjulang
C menderu
D menaik

19. Pihak Kastam Malaysia berjaya _________________ berkotak-kotak rokok


kretek yang cuba diseludup ke negara jiran.

80
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

A mendapat
B merampas
C menawan
D merenggut

20. Semua penjual makanan diarah agar _________________ penggunaan bahan


pengawet yang tidak dibenarkan untuk mengelakkan keracunan makanan.
A menghentikan
B memberhenti
C hentikan
D berhenti

21. Salim berjaya _________ peserta lain sebelum tiba di garisan penamat.
A. melintasi
B. memintas
C. mengetuai
D. melalui

22. Kain songket yang telah siap _________itu dibungkus dengan plastik dan
disusun ke dalam kotak khas sebelum dieksport.
A. dianyam
B. dijahit
C. ditekat
D. ditenun

23. Beruk yang jinak itu_________kacang yang kami berikan dengan erat.
A. mengepit
B. mengepal
C. menggenggam
D. memerah

24. Dalam ucapannya, Cikgu Ahmad meminta kami___________ peraturan sekolah.


A. mengikuti
B. menuruti
C. memenuhi
D. mematuhi

25. Minyak yang meresap pada pisang goreng itu _________terlebih dahulu
sebelum dihidangkan
A. dikeringkan
B. dibilas
C. dituskan
D. dianginkan

26. Puan Rahmah___________pintu bilik guru besar beberapa kali.


A. mengetuk
B. memukul
C. melutu
D. memalu

81
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

27. Semua maklumat yang _________akan diserahkan mereka kepada guru


disiplin.
A. terkumpul
B. berkumpul
C. dikumpul
D. mengumpulkan

28. Untuk mengekalkan zatnya, sayur ulaman hanya perlu__________seketika di


dalam air panas.

A. dilecur
B. dicelur
C. dilebur
D. dilulur

29. Puan Aminah telah________Anita untuk anak lelakinya, Ramlan.

A. menawan
B. memikat
C. melamar
D. memohon

30. Sidek telah _________lubang untuk menanam anak pokok manggis.

A menggali
B menambak
C melombong
D menimbus

31. Perlawanan bola baling itu terpaksa__________pada hari lain kerana cuaca
buruk .

A. ditamatkan
B. dianjakkan
C. ditunda
D. dipinda

82
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

32. Anak ayam yang kehilangan ibu itu _________sepanjang malam.

A. mengaum
B. menciap
C. mengiau
D. menyalak

33. Adik Karim menangis ketakutan apabila mendengar bunyi katak_________di


belakang rumah.
A. berdecit
B. mengetuk
C. berdengkang
D. menguak

34. Pengadil perlawanan bola sepak itu_________wisel sebagai isyarat bahawa


perlawanan tersebut telah tamat.
A. menghembus
B. meniup
C. memukul
D. mengangkat

35. Sesiapa pun tidak __________akan kesusahannya akibat sikapnya yang seperti
kera sumbang.
A. ambil
B. peduli
C. timbul
D. terbit

36. Setiap petang, Puan Sorajah____________dengan jirannya.


A. bermadah-madah
B. berkata-kata
C. berbisik-bisik
D. berbual-bual

37. Pak Kaduk telah _____________layar pada lancangnya sebaik-baik sahaja


angin bertiup.
A. meluncurkan
B. menaikkan
C. menghamparkan
D. melayangkan

38. Kuasa untuk__________Parlimen terletak pada Yang di Pertuan Agong setelah


baginda dinasihati oleh Perdana Menteri.
A. membatalkan
B. menghapuskan
C. membubarkan
D. menghilangkan

39. Kamil selalu ________internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan
pelajarannya.

83
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

A. mencari
B. melayari
C. menerokai
D. menjalani

40. “Patik ___________kasih atas kurniaan persalinan ini,” ujar Hang Jebat kepada
Sultan Mansor Syah.
A. meletak
B. memikul
C. menjunjung
D. memegang

41. Biduanita tersohor itu sedang ___________sebuah lagu dalam Konsert Diraja
yang dihadiri oleh Tuanku Sultan dan permaisuri baginda.
A. melaungkan
B. menyatakan
C. mendendangkan
D. mengeluarkan

42. Sekolah Kebangsaan Sungai Cempaka akan ___________Hari Keluarga


bersempena dengan sambutan Hari guru.
A. diadakan
B. adakan
C. mengadakan
D. mengada-ada

43. Rina sedang________ ikan keli dengan menggunakan pisau yang amat tajam.
A. melapah
B. menyiang
C. mengerat
D. membuka

44. Anjing kepunyaan Ah Seng terus __________apabila ternampak seseorang


cuba memanjat pagar rumah.
A. menyalak
B. mengaum
C. menciap
D. menguak

45. Semua borang yang telah diisi mestilah__________dengan bayaran sebanyak


RM10 sebagai yuran pemprosesan.
A. diberikan
B. disusun
C. ditekankan
D. disertakan

46. Pak Seman akan_________kenduri ringkas bersempena dengan kejayaan


anaknya menjadi johan dalam pertandingan syarahan agama.
A. mewujudkan
B. menganjurkan
C. mengadakan

84
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

D. melancarkan

47. Johana__________pakaian yang baru dibasuh ibunya di ampaian.


A. melipat
B. menyidai
C. mencuci
D. membilas

48. Salmah___________barang kemas yang dipakainya lalu menyimpannya di


dalam sebuah peti besi.
A. menanggalkan
B. membuang
C. meletakkan
D. menjatuhkan

49.Syahmin sedang __________ dengan adiknya.

A berbual-bual C dibual-bual
B membual-bual D terbual-bual

50.Emak sedang __________ margerin, telur, gula dan tepung untuk dibuat kuih.
A mengadun C membasuh
B mengacau D memasak

51.Siti Nurhaliza mendendangkan lagu ‘Kuch Kuch Hota Hai’ sambil ________
di atas pentas.

A bermadah C menari
B berseloka D berpantun

52.Para pemandu diingatkan supaya _________ kereta dengan berhati-hati.


A terpandu C berpandu
B dipandukan D memandu

53.Pemuda-pemuda kampung itu memukul hingga mati ular sawa yang telah
___________ seekor anak kambing.

A menggigit C mematuk
B memamah D melulur
54.Ibu ayam itu _________ tanah untuk mencari cacing.
A mencakar C mematuk
B mengais D mengorek
85
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

55.Askar-askar itu ________ pada setiap pagi di padang.


A berlatih C bersenam
B berkawad D berjoging

56.Setiap pagi kakak _________ daun kering yang bertaburan di halaman rumah.
A disapu C bersapu
B tersapu D menyapu

57.Farid begitu ________ filem ‘Spiderman’ hinggakan dia sanggup menonton filem itu
buat kali ketiga.
A meminati C diminati
B berminat D terminat

58.Puan Zulaiha _________ tiga pasang baju kurung untuk anak-anaknya.


A berjahit C terjahit
B menjahit D penjahit

59.Ayah sedang _________ tanah di belakang rumah.


A dicangkul C mencangkulkan
B bercangkul D mencangkul

60.Gadis itu tersenyum sambil ___________ mata ke arah pemuda yang menyapanya.

A melirikkan C mengenyitkan
B merenung D mengedipkan

61.Ismail dimarahi oleh guru kerana _________ beberapa kali semasa guru mengajar di
dalam kelas.
A tertidur C terlena
B terlelap D tersandar

62.Pada musim dingin penduduk di negara barat akan ________ untuk memanaskan
badan.
A melayur C mengasap
B berdiang D berwap

86
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

63.Shahril __________ isterinya seutas rantai emas.


A menghadiah C menghadiahkan
B menghadiahi D hadiahkan

64.Setiap pagi, ibu ___________ dan mengikat rambut adik yang panjang sebelum dia
pergi ke sekolah.
A menyanggul C menyisir
B merawat D mendandan

65.Pekerja-pekerja majlis bandaran itu diarahkan __________ pokok bunga di


sepanjang jalan itu untuk mencantikkan bandar.
A memotong C menggunting

B menarah D mencantas

66.Relau yang besar dengan suhu yang tersangat panas digunakan untuk _________

bijih besi.

A melebur C mendidih
B mencair D memasak

67.Doktor _________ luka pada kaki Razi.

A dibalutkan C membalut
B berbalut D terbalutkan

68.Kerja-kerja __________ bukit dalam pembinaan lebuh raya itu kini menyebabkan
kejadian tanah runtuh.
A menggondol C memotong
B mengerat D menarah

69. Segala pengalaman yang diperolehi ketika mengikuti kursus


itu____________kepada anak-anaknya.

A. digambarkan
B. dinyatakan
C. dihebohkan
D. diceritakan

87
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

70. Pakaian yang kotor itu_________oleh Siti, kemudian dia menjemurnya di


ampaian.

A. dicuci
B. digosok
C. dijemur
D. dibilas

71. Kakak________cermin tingkap yang kotor itu dengan sehelai kain.

A. menjemur
B. mengelap
C. mengesat
D. mencuci

72. Mak Cik Ramlah__________ubi keledek untuk dihidangkan kepada


tetamu-tetamunya.

A. menanak
B. mengukus
C. menjerang
D. merebus

73. Walaupun sibuk, abang sempat_________ sebuah sajak untuk buah hatinya.

A. membuat
B. mengarang
C. mengilham
D. mencetus
74. Bahunya berasa sakit kerana________ beberapa baldi air yang diambil dari
sungai untuk menyiram sayur-sayurannya.
A. menjinjing
B. menjunjung
C. mengandar
D. mendukung

88
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

75. Segala salah laku murid itu akan__________dalam Mesyuarat Hal Ehwal murid
pada bulan hadapan.

A. dikaji
B. dibahaskan
C. didebatkan
D. dibincangkan

76. Jambangan bunga yang menghiasi meja para jemputan itu ___________oleh
Puan Vasanthi.

A. direka
B. dicipta
C. digubah
D. diadun

77. Rahim ________basikal itu dengan laju.


A. mengangkat
B. menjinjing
C. mengayuh
D. memberhentikan

78. Intan __________ mata pertama pasukan bola jaring sekolahnya.


A. menendang
B. menjaringkan
C. melontar
D. dijaring

89
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

79. Senarai nama kemasukan murid ke sekolah itu __________oleh guru besar.

A. dipilih
B. memilih
C. dipenuhi
D. dimasukkan

80. Mereka __________pencuri itu dan ___________kepada pihak polis.

A. menangkap… menangkap
B. menangkap…menyerahkan
C. menyerahkan…menolong
D. menyerahkan…melepaskan

81. Kakak________pokok bunga di halaman pada setiap petang.

A. merenjis
B. menuang
C. menyiram
D. menyimbah

82. Ruang legar bangunan itu________lukisan yang indah.

A. dipenuhi
B. dihiasi
C. dibuat
D. dilukis

83. Kami_________tentang isu-isu semasa di tepi tasik.

A. berbual
B. bermadah
C. bertitah
D. berlafaz
84. “Apakah faedah yang kamu_______daripada program ini?” tanya Hafiz kepada
Lim.
A. nikmati
90
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

B. ambil
C. peroleh
D. rebut

85. Ibu__________ pucuk beruas untuk dicicah dengan sambal belacan.


A. merebus
B. merendam
C. mengukus
D. mencelur

86. Bapa Santana _______sebagai anggota polis.


A. bergerak
B. berfungsi
C. bertugas
D. berjasa

87. Kes kanak-kanak__________membimbangkan banyak pihak.


A. lenyap
B. hilang
C. pupus
D. kandas

88. Keberaniannya menyelamatkan mangsa lemas itu patut________.


A. dipuja
B. disebut
C. dipuji
D. dinilai

91
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

Pilih ayat yang betul.

89. A Rajanlah yang menjumpa kunci basikal saya.


B Saya gemar melihat pemandangan sawah yang sedang menguning.
C Abang menonton basikalnya yang pancit ke kedai basikal.
D Puan Lina bersetuju untuk menjagakan anak Puan Suria sementara dia
bekerja.

90. A Lina senyum sendiri mengenangkan peristiwa itu.


B Kerja-kerja membesarkan jalan itu telah tergendala.
C Novel inilah yang ku tercari selama ini.
D Kami tidur beralas kertas di dalam khemah ini.

91. Pak Bakar mahir _________ keris dan banyak menerima tempahan daripada
pembesar-pembesar istana.

A. melarik
B. menempa
C. mengukir
D. mengetuk

92. Nek Mah mahir _________ sarung bantal dengan benang emas dan banyak
menerima tempahan.
A. menampal
B. menjahit
C. menenun
D. menekat

93. Ibu menyuruh kakak_________nasi yang telah ditanak agar lembut dan tidak
berketul.
A. mengacau
B. mengaul
C. mengarih
D. menyenduk

94. Pak Mat mahir_________ gasing maka gasing buatannya terkenal dan diminati
ramai.

A. menempa
B. mengukir
C. mencanai
D. melarik

92
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

95. Nelayan-nelayan di pantai timur akan_________sotong pada musim bulan


terang.

A. memancing
B. menjala
C. mencandat
D. membubu

96. Nakhoda kapal itu mengarahkan kelasi kapalnya___________sauh untuk


meneruskan pelayaran.

A. membongkar
B. melabuhkan
C. menarik
D. mengangkat

97. Ibu _________beberapa bantang serai lalu dimasukkan ke dalam tom yam.

A. memotong
B. menghiris
C. menitik
D. merincih

93
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian

98 Untuk memastikan ikan goreng lebih garing dan enak, ibu menyuruh
kakak__________ikan itu sebelum melumurkannya dengan kunyit dan garam.
panas.
A. menyiang
B. mengelar
C. menghiris
D. memotong

99. Pak Mat mahir sekali________burung dan tidak takut bermalam di dalam hutan.

A. menawan
B. mendekut
C. menjerat
D. memerangkap

100. Sidek telah _________ kepingan papan itu untuk memastikan permukaannya
halus dan licin.

A. mengetam
B. mengikis
C. melarik
D. mengukir

94

You might also like