You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam


Falsafah Pendidikan Negara ( FPN) bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi,
dan jasmani. Selaras dengan saranan ini, maka Kemahiran Berfikir telah dijadikan satu
daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha meningkatkan
perkembangan intelek pelajar tidak mengira umur samaada di sekolah mahupun di peringkat
IPT.

Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif tentang
penguasaan kemahiran berfikir ini telah didokumentasikan dalam kurikulum sekolah
Umpamanya dalam kurikulum Bersepadu, satu daripada `objektifnya ialah untuk
membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir, dan mengembangkan bakat serta
kreativitinya. Manakala Kurikulum Bersepadu IPT pula antara objektif yang diberikan
penekanan ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta
pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.

Alat berfikit dapat Membantu meningkatkan kemahiran berfikir seperti


menyampaikan idea dgn lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Antara alat yang
terdapat dalam kemahiran belajar ialah pengurusan grafik (GO), peta minda dan CoRT.
Hasil daripda kajian,penggunaan alat ini terbukti berkesan dalam sesi pembelajaran
khususnya.

1
MENYELARAS
PERMINTAAN
DATA
DARIPADA
PPD, JPN DAN
KPM

TUGAS
TANGGUNGJA TAMBAHAN MENJANA DAN
WAB DALAM UNTUK GURU MENYEBARKA
AKTIVITI YANG N LAPORAN
PENGURUDAN MENYUMBANG STATISTIK
DATA DI KEPADA DAN DATA
SEKOLAH MASALAH PENDIDIKAN
KAJIAN

MEMASTIKAN
KEKEMASKINIAN
DAN KESASIHAN
DATA
DISEKOLAH

RAJAH 1: Tugas Tambahan Untuk Guru Yang Menyumbang Kepada


Masalah Kajian

2
2.0 PERINCIAN RAJAH 1:

Dalam rajah 1, rajah ini menerangkan tentang tugasan tambahan untuk guru yang
menyumbang kepada masalah kajian tentang sistem pengurusan maklumat pendidiakn di
negara. Melalui peta ini, tajuk utama iaitu tugas utama yang menjadi masalah kajian
dipecahkan kepada empat bahagian yang bermaksud empat perkara utama tentang tugas-
tugas para guru selain menguruskan sistem maklumat pendidikan di sekolah. Rajah ini
menerangkan bebanan yang ditanggung oleh para guru di sekolah sehingga menyebabkan
guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada sistem maklumat pendidikan yang
harus dijalankan oleh mereka. Antara tugas-tugas tersebut ialah guru perlu menyelaras
permintaan data daripada pihak lain selain daripada pihak sekolah iaitu PPD, JPN dan KPM
dan perlu bertanggungjawab memastikan data sentiasa dikemskinikan dan kesasihan data
mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah tersebut.

3
GURU GAGAL MENJALANKAN
DUA TUGAS SERENTAK
DENGAN BAIK

GURU TIDAK DAPAT


MEMBEKALKAN MAKLMAT KESAN
YANG SAHIH DAN TEPAT DARIPADA
TAMBAHAN
PADA MASA YANG
TUGAS YANG
DIKEHENDAKI
DIBERIKAN
KEPADA GURU

GURU TIDAK DAPAT


MENJALANKAN TUGAS
MENGAJAR DENGAN
SEMPURNA

RAJAH 2: KESAN DARIPADA TAMBAHAN TUGAS YANG DIBERIKAN

3.0 PERINCIAN RAJAH 2

Rajah 2 menerangkan tentang kesan daripada rajah 1. Melalui rajah 2, kandungan


maklumat tentang tugas-tugas guru selain menguruskan sistem maklumat pendidkan di
sekolah dijelaskan lagi dengan menyatakan kesan-kesannya terhadap pengajaran yang
dilakukan oleh guru serta implikasinya yang turut terjadi dalam kehidupan seorang insan
yang bergelar guru. Kesan-kesan ini menerangkan bahawa melalui tugas-tugas dan
bebanan yang diberikan kepada guru tersebut, kehidupan para guru menjadi kurang terurus
kerana sibuk melakukan tugas sehingga menjejaskan kualiti pengajaran. Kesan-kesan
seperti guru tidak dapat melaksanakan tugas mengajar dengan baik jelas menunjukkan
bahawa bebanan yang ditanggung oleh guru bukan sahaja memberi kesan kepada diri
mereka sendiri, malah memberi kesan kepada sistem pendidikan di sekolah.

4
KUALITI DATA DARI ASPEK PENINGKATAN BEBAN
KETEPATAN DAN KESASIHAN TUGAS KEPADA GURU
KURANG DITITIKBERATKAN

KESAN
PENGURUSAN
SISTEM MAKLUMAT
PENGURUSAN
PENDIDIKAN
KEMENTERIAN
PELAJARAN

TAHAP PERKONGSIAN GURU TIDAK DAPAT


MAKLUMAT MENJADI MENJANA MAKLUMAT YANG
RENDAH RELEVAN BAGI MEMENUHI
KEPERLUAN MAKLUMAT
PPD, JPN, KPM

RAJAH 3: KESAN PENGURUSAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PELAJARAN

5
4.0 PERINCIAN RAJAH 3

Rajah 3 menerangkan tentang kesan pengurusan sistem maklumat pendidkan Kementerian


Pelajaran Malaysia terhadap guru dan juga sistem pendidikan di negara kita. Walaupun
sistem ini menjurus kepada peningkatan kualiti pengumpulan data pendidikan tetapi
kepelbagaian cara melaksanakannya menyebabkan masalah kepada pelbagai pihak
terutamanya guru dalam mengendalikan dan menguruskannya. Tahap perkongsian
maklumat di sekolah menjadi rendah kerana kurangnya kecekapan dan kemahiran ketika
guru harus mengedalikan sistem maklumat pendidikan di sekolah. Melalui rajah 3 ini
terdapat kenyataan yang menerangkan guru juga tidak dapat memenuhi kehendak pilihan
lain akibat jangka masa panjang yang ada digunakan untuk melakukan tugas-tugas lain.

6
5.0 JUSTIFIKASI DIRI

Dalam rajah 1, saya mengunakan pengurusan grafik peta buih tentang tugasan dan
bebanan yang ditanggung oleh guru selain perlu menguruskan sistem maklumat pendidikan
di sekolah. Melalui pengurusan grafik peta buih ini, dapat membantu saya mengurus dan
menyusun pemikiran saya supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan dalam mencari
maklumat yang lebih terperinci tentang tugasan lain yang diberikan kepada para guru dalam
artikel dan mengklasifisikan dalam pengurusan grafik.

Dalam rajah 2, saya menggunakan pengurusan grafik jenis mencirikan artikel


dengan cara menyatakan kesan yang berlaku apabila guru mendapat banyak tugas dan
memegang banyak tanggungjawab di sekolah. Melalui peta pengurusan grafik ini juga, saya
dapat menghubungkan semua maklumat yang berkaitan dengan kesan dan menvariasikan
cara penghubungan maklmat tersebut dengan menyatakan terlebih dahulu punca yang
menyebabkan kesan tersebut wujud. Apabila saya dapat menyatakan punca sistem
maklumat pendidikan yang kurang memuaskan secara tidak langsung saya dapat
menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami dengan menyatakan
kesannya terhadap guru dan sistem pendidikan di sekolah.

Dalam rajah 3, saya dapat menyatakan kesan pengurusan sistem maklumat


pengurusan pendidikan kementerian pelajaran terhadap, pihak yang berkaitan dan sistem
itu sendiri dengan menggunakan pengurusan grafik berbentuk tulang ikan untuk
mengklasifisikan kesan-kesan tersebut. Melalui pengurusan grafik yang berbentuk tulang
ikan ini, saya dapat memberikan empat kesan yang utama apabila pengurusan sistem
maklumat pendidikan kementerian pelajaran diuruskan oleh para guru. Apabila saya
mengklasifisikan kesan-kesan ini, saya dapat menilai bahawa pengurusan sistem maklumat
banyak memberi bebanan terhadap guru sehingga guru tidak dapat menumpukan perhatian
terhadap sistem pengurusan ini sehingga memberi impak kepada sistem pemgurusan
maklumat tersebut.

7
6.0 RUMUSAN

Artikel ini mengandungi maklumat tentang kesan terhadap pengajaran apabila


kaedah pengautomasian dan kebolehgunaan data dilakukan pleh para guru dalam
pengurusan sistem maklumat pendidikan. Artikel ini mencatatkan persoalan terhadap
bebanan guru-guru ketika menguruskan sistem maklumat pendidikan di sekolah. Kemahiran
guru juga turut menjadi persoalan dalam pengurusan sistem maklumat pendidikan dan ini
menjelaskan bahawa kelemahan pengurusan sistem maklumat pendidkan dan ini
menjelaskan bahawa kelemahan pengurusan sistem maklumat di sekolah bukan hanya
pada sistem tersebut malah keupayaan dan kemahiran guru juga dikategorikan dalam
kelemahan pengurusan sistem maklumat pendidikan.

Melalui artikel ini, terdapat beberapa kajian telah dilakukan mengenai bebaban guru
ketika mengurusakan sistem maklumat pendidikan di peringkat sekolah. Catatan yang
dilakukan dalam kajian ini menunjukkan bahawa guru yang terlibat dengan sistem maklumat
pengurusan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia mengalami beban tugas yang
tinggi dan telah memberi kesan kepada mutu pengajaran mereka di peringkat sekolah.
Kemahiran guru dalam menggunakan computer yang dicatatkan menunjukkan bahwa
mereka mempunyai kemahiran yang sederhana dan bagi pandangan mereka pula, mereka
menyatakan kursus yang diberi tidak mencukupi kerana dalam sistem pengurusan
pendidkan kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang guru bukan hanya kemahiran asas
menggunakan computer malah mementingkan aspek manipulasi data dan pengendalian
data.

Kajian yang dicatatkan dalam artikel ini juga menjelaskan faktor-faktor guru tidak
dapat melakukan pengurusan sistem maklumat pendidikan dengan baik. Faktor-faktor ini
merangkumi tugas tambahan yang perlu dilakukan oleh para guru selain melakukan
pengurusan sistem maklumat pendidikan. Melalui kajian ini jelas menunjukkan bahawa
tanggunhjawab yang banyak diberikan kepada guru mengakibatkan guru tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas menguruskan sistem maklumat pendidikan
di sekolah. Tugas tambahan yang cukup banyak ini banyak memberi tekanan kepada guru
kerana perlu menguruskan banyak tugasan dalam satu masa yang sama. Walaupun begitu,
keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia jelas ditunjukkan apabila terdapat kajian yang
menunjukkan statistic guru yang mempunyai banyak tugasan dikurangkan mengambilo
bahagian dalam sebarang jawatan kerana bimbang akan menambahkan tekanan kepada
guru tersebut.

Kelemahan ketika mereka melakukan pengurusan sistem maklumat pendidikan di


sekolah dapat dikenalpasti dan dijelaskan dalam artikel ini bahawa tugasan yang banyak

8
memerlukan masa yang panjang untuk satu tugasan antara tugasan-tugasan tersebut. Oleh
itu, kualiti data yang terdapat dalam sistem maklumat pendidikan sekolah kurang
memberangsangkan atas factor masa dan ruang guru tersebut. Kesimpulannya guru perlu
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menguruskan kerja bagi mencapai hasrat kerajaan
untuk membudayakan penggunaan maklumat berkualiti dalam perancangan dan
pembuatan keputusan yang cepat, tepat dan bermaklumat dalam sector pendidikan di
negara kita.

Secara umum sistem maklumat pendidikan dapat menukarkan data-data mentah


yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya
diproses, disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan
menggunakan pelbagai perisian computer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah
diproses ini sudah tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan yang tepat
dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh dengan
menggunakan sistem maklumat berasaskan computer, maklumat mengenai pencapaian
pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta pai,
carta bar dan jadual-jadual statistic yang mudah membantu pentadbiran sekolah mengesan
kekuatan dan kelemahan yang ada dan seterusnya memudahkan mereka membuat
perancangan dan program susulan yang sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang
diambil akan menjadi relevan dengan isu dan masalah yang berbangkit di sekolah.

9
7.0 REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah, berkat keizinan daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing, En Pozi bin Zaki atas tunjuk ajar dan bimbingan
beliau banyak membantu saya dalam proses menghasilkan tugasan ini. Tidak lupa juga
ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan
ada masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan. Penghasilan
tugasan saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya
telah mendapat jalan penyelesaian dalam menghadapinya.

Antaranya adalah pemilihan isu yang sesuai dan mudah untuk diulas. Hal ini kerana
tugasan ini memerlukan ulasan isu yang memerlukan banyak rujukan untuk menyokongnya.
Justeru pemilihan isu perlu lebih teliti supaya isu tersebut mempunyai banyak rujukan untuk
diulas kemudiannya. Saya telah meneliti beberapa isu yang dimuat turun daripada
beberapa laman sesawang rasmi. Saya merasakan ia tidak kena dengan saya kerana saya
tahu masih banyak maklumat mengenai tajukini dapat diulas dengan lebih tepat

Selain daripada itu, saya juga menghadapi masalah untuk mengulas isu berkenaan
di mana saya tidak tahu apa yang patut diulas daripadanya. Setelah berjumpa dan
berbincang dengan pensyarah pembimbing mengenainya, saya mendapat gambaran
tentang apa yang perlu ditulis. Saya telah menulis beberapa cadangan untuk pengulasan
isu dan berbincang kembali dengan pensyarah pembimbing mengenai cadangan itu. Ia
adalah untuk memudahkan saya mencari bahan rujukan yang mempunyai kesahan sebagai
sokongan terhadap ulasan yang saya lakukan.

Setelah mendapat rujukan yang boleh dipercayai, saya memulakan proses


penulisan. Sepanjang proses penulisan dijalankan, saya menghadapi masalah untuk
menyerapkan bahan rujukan tersebut sebagai sokong terhadap ulasan isu yang dilakukan.
Saya merasakan ia tiada perkaitan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, saya tetap
meneruskan proses tersebut mengikut apa yang saya tahu. Kemudian, saya merujuk
pensyarah pembimbing untuk memastikan penulisan saya itu menepati kehendak tugasan
dan kehendak beliau ataupun tidak. Alhamdulillah, selepas perbincangan itu dilakukan saya
dapat memahami dengan lebih jelas apa yang perlu ditambah dan dikurankan dalam
penulisan ulasan tersebut.

10
Tugasan ini juga memberikan banyak cabaran kepada saya untuk menyiapkan.
Antaranya adalah cabaran untuk menganalisis isu dan bahan-bahan rujukan sebagai
sokongan sebelum ulasan dibuat. Ini adalah kerana pengulasan ini memerlukan kefahaman
yang tinggi terhadap isi penting artikel tersebut. Pensyarah pembimbing saya juga
mengatakan bahawa analisis artikel ini memerlukan pemikiran yang kritis mengenainya.
Setelah merujuk dan melakukan perbincangan bersama rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing, saya berjaya untuk menganalisis artikel tersebut sebaik mungkin dan
seterusnya menghasilkan tugasan ini.

Saya juga mendapat pelbagai kemahiran baru sepanjang melakukan tugasan ini.
Satu daripadanya adalah kemahiran menganalisis maklumat yang diperolehi untuk
disuaikan dengan tugasan. Ia memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan
penganalisaan yang baik agar dapat menentukan sama ada maklumat tersebut boleh
digunakan atau tidak di dalam tugasan yang dilakukan. Ini adalah kerana tanpa
penganalisaan maklumat, ia tidak dapat menjadi bahan sokongan yang baik kepada isu
yang diulas ini.

Selain daripada itu, pengalaman penulisan ilmiah ini juga merupakan satu
pendedahan kepada saya mengenai kaedah penulisan tesis sewaktu menyambung belajar
ke tahap yang lebih tinggi. Sememangnya menyambung belajar merupakan satu daripada
perancangan masa hadapan saya. Justeru, saya berharap pengalaman-pengalaman ini
dapat membantu saya kelak di masa hadapan.

11

You might also like