You are on page 1of 6

1.

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2. PSIKOMETRIK Teori Tipologi Kerjaya Holland Asas yang digunakan dalam teori ini ialah: 1. pemilihan
kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping kesesuaian persekitaran pekerjaan.
2. minat seseorang itu lahir daripada personalitinya 3. individu daripada jenis pekerjaan yang sama
mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya. 4. keselarasan antara personaliti dan persekitaran
akan meningkatkan prestasi kerja, pencapaian, kestabilan dan kepuasan kerja.

3. PSIKOMETRIK Realistik Investigatif Artistik6 Personaliti Sosial Enterprising Konvensional

4. PSIKOMETRIK Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan
didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu : Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E), Konvensional (K).

5. PSIKOMETRIK Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan selaras dengan personaliti yang
membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di
samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran
tersebut. Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam
persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas
sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.

6. PSIKOMETRIK Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti
dan kriteria- kriteria persekitarannya. Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui tentang pola
personaliti dan persekitarannya secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan perkara berkaitan
pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta
pertukaran pekerjaan.

7. Kesahan & Kebolehpercayaan Ujian PSIKOMETRIK

8. CARTA ALIR PENTADBIRAN PSIKOMETRIK Masa : Bulan ketiga sesi persekolahan Murid dikumpulkan
Sasaran : ITP – Tingkatan 1 dan 4 IMK - Tingkatan 1, 3 dan 5 Tempat : Sesuai dan kondusifEdaran
kertas ujian & borang jawapan Arahan menjawab mengikut keperluan inventori Penstrukturan etika
kerahsiaan dan limitasi Penerangan Menjawab di atas borang jawapan Kertas ujian tidak boleh
diconteng dan perlu dikembalikan Murid menjawab Masa: 30 minit soalan Pengiraan skor Murid
mengira skor masing-masing dengan bimbingan GBKSMPengisian skor dalam Mengedar BPP kepada
murid Murid memindahkan skor ke dalam Borang Profil Borang Profil Psikometrik Psikometrik (BPP)
GBKSM akan memberikan pentafsiran skor Pentafsiran skor Pengesahan/ tanda tangan GBKSM Fail
Unit Bimbingan dan Kaunseling (TERHAD)Penyimpanan fail BPP Simpan mengikut urutan nama
dalam kelas Disimpan di Unit Bimbingan dan Kaunseling

9. PSIKOMETRIK Pengiraan skor perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati agar kebolehpercayaan skor
dapatannya tepat. Borang jawapan IMK mengandungi 6 lajur dan 20 baris. Bilangan lajur menjelaskan
bahawa instrumen ini mengukur 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising, dan
Konvensional. 20 baris menjelaskan bahawa setiap konstruk diwakili oleh 20 item.
10. PSIKOMETRIK Pengiraan skor mentah adalah seperti berikut; i. Pada lajur pertama, pelajar
dikehendaki mengira jawapan yang ditanda Y sahaja iaitu dari nombor 1 hingga 10 dan 61- 70. Jumlah
skor Y ditulis dalam jadual yang disediakan di bahagian bawah borang jawapan yang bertanda R. ii.
Pengiraan ini diulangi pada lajur kedua, ketiga, keempat, kelima, dan keenam . iii. Pilih 3 jumlah skor
yang tertinggi (3 kod mata Holland). iv. Masukkan skor Tiga Kod Mata Holland ke dalam Borang Profil
Psikometrik (BPP) untuk mengenalpasti kecenderungan kerjaya.

11. LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

12. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal.
Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. MempunyaiPenerangan kemahiran
yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek
praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. • Jurutera, Jurubina,
Animator, Pengaturcara Komputer, Juruterbang, Ahli Radiologi, Pustakawan, Juruteknik Kerjaya
Elektronik, Chef, Atlet, Ahli Bomba Dan Penyelamat, Pemandu, Tentera, Operator Mesin, Mekanik, Ahli
Perkebunan dan Pembuat Perabot. • Praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan
dan mesin, introvert, Ciri akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.

13. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik,


intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu,
membuatPenerangan penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai
sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya
saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. • Pegawai Perubatan, Ahli Farmasi, Psikiatrik, Ahli
Ekonomi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Kerjaya Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli
Kimia, Ahli Kajibumi, Penyelidik Sains, Angkasawan, Ahli Antropologi, Profesor, Guru Sains Dan
Matematik. • Pemerhati, analitikal, rasional, teliti, Ciri intelektual, introvert, introspektif, optimistik,
ingin tahu, teoris dan jitu.

14. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original,
bebas,Penerangan kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak
rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. •
Arkitek, Penulis Seni Kreatif, Artis, Pemimpin Orkestra, Pengubah Lagu, Kerjaya Pengarang, Pelukis,
Wartawan Hiburan, Kartunis, Pereka Grafik, Pereka Fesyen, Juruhias Dalaman, Jurufoto, dan Jurusolek. •
Imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, Ciri emosional, introspektif, reflektif, tulen, bebas, sensitif dan
idealistik.

15. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling
membantu, melatih danPenerangan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran
berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi
perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. • Guru, Pensyarah, Kaunselor, Pekerja Sosial, Pegawai
Perhubungan Awam, Penyambut Tetamu, Kerjaya Pegawai Kebajikan, Jururawat, Paramedik, Pramugari/
Pramugara dan Pemandu Pelancong. • Sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, Ciri peramah, sabar,
ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
16. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan
dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin
danPenerangan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka
adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. • Usahawan, Pengarah
Syarikat, Spekulator, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Pemasaran, Agen Insuran, Pengarah Kerjaya
Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank, Wartawan, Jurujual, Jurulatih dan Agen
Pelancongan. • Ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka
mempengaruhi, kebolehan memanipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, Ciri optimistik,
mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan
bijak berkomunikasi.

17. PSIKOMETRIK • Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor,
danPenerangan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan
arahan. • Kerani, Setiausaha, Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan/ Guru Perakaunan, Akauntan,
Jurutrengkas, Pegawai Bank, Kerjaya Pegawai Cukai, Operator Komputer, Penilai Harta, Juru Audit,
Juruwang dan Pegawai Perangkaan. • Berstruktur tinggi, teliti, daya tahan tinggi, Ciri akur, praktikal,
mengikut aturan, defensif, menurut perintah, cermat, cekap dan rutin

http://www.slideshare.net/mohdhayadi/3-imk
Setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan mereka perlu menyesuaikan masalah
yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya kerana kerjaya merupakan kegiatan utama dan menentukan
cara serta gaya hidup seseorang. Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompleks, pemilihan kerjaya
telah menjadi masalah utama. Dalam hal ini, pemilihan kerjaya melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal
diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan. Perkara penting di sini ialah
faktor dalam menentukan kejayaan individu dalam sesuatu kerja iaitu faktor diri individu itu sendiri yang
meliputi aspek personaliti, minat dan pencapaian. Minat yang tinggi terhadap aktiviti sesuatu pekerjaan
dan mempunyai keupayaan peribadi untuk mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang diceburi
antara sebab mengapa seseorang itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan . Selain itu, pemilihan
kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan personaliti seseorang amat penting untuk menjamin
seseorang individu itu kekal dalam bidang yang diceburinya. Pemilihan kerjaya yang tepat pada
peringkat awal lagi berdasarkan kepada minat, bakat,personaliti dan kemahiran yang ada amat penting
agar sesuatu kerja yang dilakukan itu memuaskan dan berada pada tahap cemerlang. Oleh itu, alat
ukuran SDS yang merupakan alat ukuran minat kerjaya yang berformatkan “Ya” atau “Tidak”boleh
digunakan umtuk melihat keselarasan antara personaliti dan pemilihan kerjaya yang dibuat.Gerak balas
individu terhadap item-item yang terkandung dalam ujian tersebut digunakan untuk menentukan
bidang inat/personaliti. Menurut Holland (1973), tingkah laku vokasional mempunyai kaitan dengan
interaksi anatara enam jenis personaliti, iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S),
Enterprising (E), Conventional (C). 1. Realistik (R) Jenis personaliti realistik ialah individu yang
mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Individu ini menghadapiersekitaran secara konkrit dan
fizikal. Digambarkan sebagai materialistik, stabil dari segi emosi, tidak bersifat sosial. Contoh pekerjaan:
Jurutera Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun. Contoh pekerjaan: Jurutera
Awam, Operator Mesin, Ahli ilmu Perkebunan, Tukang Kebun. 2. Investigatif (I) Jenis Investigatif ialah
jenis individu yang mempunayi kemahiran saintifik dan matematik. Mengendalikan persekitarannya
dengan menggunakan kecerdasan, memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-
lambang. Digambarkan sebagai individu yang mengelak daripada situasi sosial dan bersifat introvert.
Contoh pekerjaan: Ahli Kaji Cuaca, Doktor Perubatan, Ahli fizik, Penyelidik Sains 3. Artisitik (A) Jenis
Artistik ialah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Menghadapi persekitaran
dengan kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.
Digambarkan sebagai individu yang bersifat asli, tidak gemar berkawan dan bersifat kewanitaan Contoh
pekerjaan: Penyair, Penyanyi, Pelukis, Pengarang, Arkitek. 4. Sosial (S) Jenis Personaliti Sosial ialah jenis
yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mengendalikan persekitarannya dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran sosialnya dalam berkomunikasi. Digambarkan sebagai individu
berimej positif mengenai dirinya, suka bersosial, gemar mengasuh, riang dan bertanggungjawab. Contoh
pekerjaan: Ahli Sosiologi, Guru, Pegawai Perhubungan Awam, Kaunselor. 5. Enterprising (E) Jenis
personaliti Enterprising ialah jenis individu yang suka berkerja dan berinteraksi dengan manusia.
Mengendalikan persekitaran dengan memperlihatkan ciri-ciri memujuk, bijak berbahasa,
ekstrovert,penuh keyakinan. Digambarkan sebagai individu yang pandai dan mahir memanipulasi orang
lain dan matlamat akhir mereka untuk mencapai keuntungan. Contoh pekerjaan Esksekutif Pegiklanan,
Pengarah Publisiti, Ahli Politik, Jurujual Insurans. 6. Conventional (C) Jenis personaliti Conventional ialah
jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor.Menghadapi persekitaran dengan memilih
matlamat dan kegiatan yang direstui oleh masyarakat. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat
akur dan mengikut arahan.Digambarkan sebagai individu yang stereotaip dan tidak asli, sentiasa
kemas,dan konservatif.Contoh pekerjaan Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan, Akauntan,
Jurutrengkas. Alat Ukuran Minat Kerjaya SDS merupakan ujian minat adalah sebagai alat ukuran yang
dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu bidang pekerjaan. Alat ukuran SDS adalah alat
ukuran yang mempunyai format jawapan ‘Suka’ dan ‘Tidak Suka’ atau ‘Ya’dan‘Tidak’. Alat ukuran SDS
mempunyai 3 bahagian utama iaitu Bahagian I (Kesukaan), Bahagian II (Kecekapan) dan Bahagian III
(Senarai Nama Pekerjaan). Alat ukuran SDS mengandungi 192 item dan berupaya mengukur 6 bidang
minat iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C

Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

You might also like