You are on page 1of 12

KERTAS CADANGAN

KAJIAN TINDAKAN 2013

NAMA GURU : PN.INTAN SULINRANA ISAHAK

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TAJUK KAJIAN :

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN


REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH
LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS
GRID”
1. NAMA PENYELIDIK: Pn. Intan Sulinrana Isahak

2. NAMA SEKOLAH : SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.

3. TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA


BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK
SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa menjalankan proses P&P untuk tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Tingkatan 1,
pelajar dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga lakaran idea reka bentuk bagi satu
penyelesaian masalah. Lakaran reka bentuk ini sangat penting kerana ia melibatkan band 3, 4, 5 dan
6 dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Oleh itu, pelajar perlu mahir untuk membuat lakaran tanpa
menggunakan pembaris, kemas, bersih dan lakaran tersebut mesti dalam bentuk oblik atau isometrik
bagi membolehkan pelajar untuk mendapat band 6.

Daripada proses P&P yang dijalankan, saya dapati pelajar sangat lemah untuk membuat lakaran
idea reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tidak dapat
memenuhi kehendak dalam kriteria PBS untuk band 4,5 dan 6.

Oleh itu, satu kaedah perlu dicari untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk
dengan lebih mudah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok kerana pelajar
dapat menghasilkan lakaran reka bentuk.

Berikut ialah análisis yang didapati daripada pemerhatian, temu bual dan contoh kesilapan semasa
membuat lakaran..

4.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati hanya 2 orang pelajar
sahaja( 12%) yang boleh melakar dengan betul. Sebanyak 15 orang pelajar (88%) tidak dapat
menghasilkan lakaran dalam bentuk tiga dimensi. Apabila latihan diberikan pelajar hanya membuat
lakaran dalam bentuk dua dimensi sahaja.

4.2 Temu bual

Melalui kaedah temu bual saya dapati, semua pelajar berminat untuk mempelajari tajuk reka bentuk.
Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuat satu garisan lurus tanpa menggunakan
pembaris.

4.3 Kesilapan semasa membuat lakaran

i. Tidak dapat melakar garisan lurus.


ii. Lakaran yang dibuat dalam bentuk dua dimensi.
iii. Tidak dapat melakar dalam bentuk lakaran oblik atau isometrik
5. FOKUS KAJIAN:

Daripada refleksi di atas, saya membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar saya tidak dapat
menguasai kemahiran:

i) Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris


ii) Tidak mahir melakar dalam bentuk tiga dimensi

Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia akan menyukarkan pelajar-pelajar saya untuk mendapat
band 6 dalam PBS untuk tingkatan 1. Kaedah pengajaran yang dijalankan juga kurang menarik
minat pelajar yang suka pada sesuatu yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga jarang
disiapkan dan banyak melakukan kesilapan dan seterusnya tiada tindakan susulan dibuat oleh
guru.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memberi tumpuan dan menunujukkan
mereka faham. Apabila latihan diberikan, pelajar hanya melakar sesuka hati mereka tanpa
melakar mengikut kriteria yang diberikan. Justeru saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran
saya dan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran supaya semua pelajar saya mendapat
pencapaian yang tertinggi dalam PBS.

Bagi membantu pelajar saya menguasai kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain
yang lebih mudah untuk memastikan mereka dapat melakar dengan lebih baik. Justeru itu saya
menghasilkan satu kaedah lakaran dalam bentuk kotak dan menggunakan bayangan kertas grid
untuk memudahkan pelajar saya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah.

5.1 TUJUAN KAJIAN:

 Secara amnya kajian ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran membuat lakaran reka
bentuk dengan menggunakan kaedah lakaran bentuk kotak dan bayangan kertas grid.

 Secara khususnya:
i. Pelajar dapat membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
ii. Pelajar dapat membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi.
iii. Menimbulkan minat pelajar untuk membuat lakaran reka bentuk.
iv. Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan
menyeronokkan.

 KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar KHB (KT) Tingkatan 1 SB yang kesemuanya
pelajar lelaki (13 orang Melayu dan 4 orang Cina) yang mempunyai masalah untuk
membuat lakaran reka bentuk.Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar sederhana.

STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN:


Aktiviti 1 : Melakar garisan lurus
Aktiviti 2 : Membuat lakaran bentuk segiempat sama atau segiempat tepat
Aktiviti 3 : Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk dijadikan bayangan
Aktiviti 4 : Melakar lakaran reka bentuk dalam bentuk tiga dimensi
6 JADUAL PELAKSANANAAN KAJIAN:

Waktu P&P PERKARA


Membuat latihan melakar garisan menegak dan melintang tanpa
1 menggunakan pembaris.(semasa membuat lakaran garisan lurus , pelajar
tidak dibenarkan bercakap untuk menghasilkan satu garisan yang lurus)
Membuat lakaran dalam bentuk segiempat sama dan segiempat tepat
1 tanpa menggunakan pembaris.
Membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kertas
2 grid sebagai bayangan.

7 ANGGARAN KOS KAJIAN:


Kos fotostat RM10.00
Kertas A4
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2013
1. Tajuk Kajian :
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA
BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK
SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID

2. Nama Penyelidik :
Pn. Intan Sulinrana Isahak

3. Nama Sekolah :
SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor

4. Abstrak :

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1 SB yang
mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam topic Reka Bentuk dan
Penghasilan Projek. Seramai 17 orang pelajar lelaki ( 13 orang Melayu dan 4 orang Cina) dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini telah dilaksanakan melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Keberkesanan kajian ini
seterusnya akan dilihat kepada hasil lakaran reka bentuk pelajar mencapai band yang tertinggi.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran
melakar.

5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu :


Kebanyakan pelajar sangat meminati lukisan reka bentuk tetapi mereka tidak mahir untuk
membuatnya. Kemahiran melakar tanpa menggunakan pembaris sangat penting untuk dikuasai
oleh semua pelajar tingkatan 1 kerana ia adalah kemahiran yang berterusan sehingga ke
tingkatan 3.

6. Isu Keprihatinan :
Setiap tingkatan 1, 2, dan 3 memerlukan pelajar untuk membuat lakaran lukisan reka bentuk.
Sekiranya pelajar tidak mahir melakar, ia akan menyukarkan pelajar untuk mendapat band yang
lebih baik. Ini kerana, setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 mengkhendaki pelajar membuat
tiga lakaran idea dalam bentuk tiga dimensi.

Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan satu teknik yang betul bagi menghasilkan lakaran yang
lebih berkualiti.

7. Objektif Kajian :

7.1 Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar melakar lukisan reka bentuk
dengan betul.

7.2 Objektif Khusus :

Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar:


7.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakar lukisan reka bentuk
7.2 Membantu pelajar mencapai band yang tertinggi dalam PBS

8. Kumpulan Sasaran :
Pelajar 1 SB
Lelaki : 17 orang ( 13 Melayu , 4 Cina)
9. Pelaksanaan Kajian :

9.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian semasa P&P
dan semasa pelaksanaaan PBS.

9.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar saya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar
kurang memberi respon kerana mereka tidak mahir untuk membuat lakaran reka bentuk. Garisan
yang dibuat semuanya tidak lurus, comot dan tidak kemas. Sebanyak 88% pelajar (15 orang)
yang tidak dapat membuatnya dengan baik. Hanya 12% sahaja (2 orang) pelajar yang boleh
membuat lakaran reka bentuk dengan baik.

Pemerhatian ini disahkan oleh hasil lakaran pelajar di dalam pelaksanaan PBS.

9.2 Analisis Tinjauan Masalah

9.2.1 Analisis Pemerhatian

Hasil dari tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan semasa P&P, hamper 88 % pelajar
menghadapi masalah untuk membuat lakaran reka bentuk dengan betul. Pemerhatian ini
disahklan oleh hasil lakaran pelajar dalam PBS. Hanya 12% pelajar sahaja yang dapat melakar
dengan betul.

Hasil yang diperolehi adalah seperti berikut:

Lakaran yang dihasilkan kurang tepat (15 orang)


Lakaran yang dihasilkan dengan betul (2orang)

9.3 Tindakan Yang Dijalankan

1. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar didedahkan dengan teknik lakaran dalam bentuk segiempat
sama atau segiempat tepat sebagai asas untuk membuat lakaran.
2. Kertas grid ini hanya digunakan sebagai bayangan untuk memandu pelajar membuat lakaran
dengan lurus .
Contoh kertas grid

9.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Kajian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan semasa pelaksanaan
PBS. Saya telah membimbing pelajar saya dengan mendidik mereka melakar menggunakan teknik
yang betul. Pelajar dikehendaki melakar bentuk segiempat sama dahulu. Daripada bentuk ini barulah
pelajar boleh kembangkannya menjadi bentuk-bentuk yang lain.

Kertas grid digunakan sebagai pembayang sahaja untuk mendapatkan satu garisan yang lurus
semasa proses melakar.

Berdasarkan pemerhatian saya, teknik saya itu telah membantu pelajar untuk membuat lakaran
dengan lebih mudah, cantik dan kemas. Pelajar lebih berkeyakinan untuk membuat lakaran dan
merasa seronok kerana lakaran yang dibuat nampak lebih cantik.

9.5 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan walaupun masih terdapat pelajar yang gagal. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri
dan kemahiran dalam membuat lakaran reka bentuk disamping mewujudkkan suasan pengajaran
dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.

Pelajar mengatakan bahawa membuat lakaran reka bentuk menggunakan kaedah ini lebih senang,
mudah, tepat dan kemas.

Masih terdapat pelajar yang gagal kerana mereka tidak berminat untuk belajar dan tidak bersungguh-
sungguh untuk mempelajari teknik membuat lakaran reka bentuk.

10.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Hasil dapatan kajian, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru
dan amalan pembelajaran pelajar namun saya masih kurang puas hati dengan hasil kajian saya ini
dan saya menganggap bahawa kajian tindakan saya ini masih kurang berjaya sepenuhya seperti
yang saya harapkan.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya
berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya
dalam tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Masih ada pelajar yang tidak mahir lagi untuk
membuat lakaran dengan lebih cantik, kemas dan bersih.
LAMPIRAN

LANGKAH 1

LANGKAH 2

Pelajar melakar dahulu bentuk segiempat. Daripada bentuk segiempat yang pertama, pelajar
boleh menambahkan lagi segiempat yang kedua atau ketiga mengikut kreativiti masing-
masing

Ini adalah lakaran asas untuk membentuk lakaran reka bentuk yang lain. Daripada lakaran
asas ini , pelajar boleh mengubahsuai menjadi lakaran reka bentuk yang lebih cantik selaras
dengan kriteria dalam PBS.
LANGKAH 3

Pengubahsuaian

Daripada lakaran yang ke dua tadi, pelajar boleh membuat pengubahsuaian. Pen yang
berwarna merah adalah pengubahsuaian yang hendak di buat.

LANGKAH 4

Hasil pengubahsuaian yang dibuat.

Ini adalah contoh pengubahsuaian yang dibuat. Pelajar boleh mempelbagaikan lagi bentuknya
mengikut citarasa masing-masing.

You might also like