You are on page 1of 8

BUKU LAPORAN AKTIVITI

KOKURIKULUM & SUKAN


KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

DASAR PERLAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

“WAJIB”
1 Sebahagian daripada kurikulum Kebangsaan Rujuk Seksyen 18, Akta
Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) –Kegagalan @ keengganan melaksanakan
adalah satu kesalahan ( denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara
tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali, jika berterusan Sek 135
(1) Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) jika berterusan denda harian tidak
melebihi RM 500.00 setiap hari Sek 135(2) Akta 550

2 Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu


badan beruniform, satu kegiatan kelab atau persatuan dan satu kegiatan
sukan dan permainan
( Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985KP (BS ) 8591/Jld.11 (29))

3 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki-memastikan keberkesanan


perlaksanaan ( Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985 KP (BS) 8591/Jld.11(29)
1.1..1985

4 Sekolah yang kurang kemudahan untuk laksanakan hendaklah menggalakkan


pelajarnya membuat kerja amal, gotong royong dan gerak kerja yang
menggalakkan perpaduan kaum.

5 Berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada diskriminasi atau


paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan atau
Perlembagaan Negara.

6 Apabila penyertaan “wajib”-kehadiran pelajar mesti direkodkan


( Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1986KP (BS ) 8591/Jld.11 (41))

7 Peruntukan masa –Warta Kerajaan No. 5652 Jld.11/Bil 27


( 28.12.1967 )

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018


BUKU LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM & SUKAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum


Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

HAJI YASMAN BIN JAMSIR


Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan

EN MUSTAFFA BIN IBRAHIM


Timbalan Ketua Sektor
Sektor Pembangunan Kemanusiaan

HAJI KAMARUDIN BIN MD TAHIR


Ketua Unit Kokurikulum

EN ROSLI B TUMIRAN EN AZMI BIN ABU EN MOHD AZHAR BIN MOHTAR


Penyelia Kanan Beruniform Pen. Pengarah Koakademik Pen. Pengarah Seni dan Budaya

EN KHAIRUL AKMAR BIN


EN AZMAN BIN ANSAR
DOLAH
Penyelia Kanan Kelab &
Penyelia Koakademik
Persatuan
( Bahasa )

Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

Sekolah

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018


BUKU LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM & SUKAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

ORGANISASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JOHOR BAHRU

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum


Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru

HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI


Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru

HAJI AHMAD TAUFIK BIN HAMZAH


Pen. PPD Pembangunan Kemanusiaan

EN MOHD NOR ISMAIL BIN MOHD SAID


Pen. PPD Kokurikulum

EN MOHD AMIR BIN YUNUS EN AHMAD KAMAL BIN ABU


Penyelia Kanan Sukan Penyelia Kanan HEM

EN MOHAMAD RASHID EN SHAHRUDDIN BIN ZANIEL CIK NORSYAKINAH BINTI


BIN PABOH ABDULLAH
ABILDIN
Penyelia Sukan
Penyelia HEM Penyelia Kokurikulum

SEKOLAH

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018


BUKU LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM & SUKAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

PERLEMBAGAAN PERSATUAN /KELAB / UNIT BERUNIFORM

Unit

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU

AKTA PENDIDIKAN 1996

P.U. (A) 196 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN ( PERSATUAN SEKOLAH ) 1998


SEKSYEN 5 (1) (A)

Kaedah A Nama dan Alamat


1 Setiap persatuan / kelab /unit beruniform perlu menggunakan nama persatuan
/ kelab / unit beruniform secara rasmi

(i) Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau,


Johor Bahru

2 Alamat yang didaftarkan bagi persatuan /kelab / unit beruniform ini ialah
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Jalan Sutera, Taman Sentosa , 80150
Johor Bahru

Kaedah B Maksud-Maksud dan Tujuan Persatuan

1 Menubuhkan satu unit berkumpulan bagi membolehkan murid-murid


menjalankan kegiatan di luar kurikulum secara berkelompok

2 Membolehkan murid-murid melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah melalui


persatuan/kelab/unit beruniform

3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar


pendapat antara satu sama lain

4 Mencungkil bakat dan meningkatkan potensi murid dalam bidang yang


berkaitan dengan persatuan/kelab/unit beruniform dari aspek fizikal,mental
dan kerohanian

Kaedah C Perjumpaan dan Aktiviti Persatuan /Kelab/ Unit Beruniform

1 Setiap perjumpaan atau aktiviti persatuan/kelab/unit beruniform mestilah


diadakan di Sekolah kebangsaan Sri Tebrau,Johor Bahru

2 Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di dalam atau di luar sekolah mestilah


diuruskan melalui Guru Penasihat dan membuat kebenaran terlebih dahulu
daripada Guru Besar.Aktiviti tersebut mestilah dilaksanakan di bawah
pengawasan Guru Penasihat

3 Kebenaran daripada ibu bapa/penjaga perle diperolehi terlebih dahulu sebelum


sesuatu aktiviti dijalankan di luar kawasan sekolah

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018


BUKU LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM & SUKAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

4 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang aktiviti yang


dilaksanakan oleh murid sendiri tanpa kebenaran Guru Besar dan pengetahuan
Guru Penasihat

Kaedah D (1) Keanggotaan

1.1 Setiap murid Sekolah kebangsaan Sri Tebrau,Johor Bahru adalah disifatkan
sebagai ahli mana-mana persatuan/kelab/unit beruniform

1.2 Setiap persatuan/kelab/unit beruniform mestilah mempunyai sekurang-


kurangnya seorang Guru Penasihat,satu jawatankuasa murid dan ahli-ahli

(2) Jawatankuasa

2.1 Satu jawatankuasa mengandungi jawatan-jawatan berikut hendaklah dilantik


melalui Mesyuarat Agung Tahunan
a.Pengerusi
b.Naib Pengerusi
c.Setiausaha
d.Bendahari
e.Ahli Jawatankuasa Kecil

2.2 Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan
pemilihan hendaklah dijalankan secara mengundi oleh ahli-ahli dalam
mesyuarat agung tahunan.Semua ahli jawatankuasa boleh dilantik semula
setiap tahun berdasarkan pengundian

2.3 Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa hendaklah dipenuhi


oleh jawatankuasa dengan melantik seorang ahli biasa yang akan memegang
jawatan sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang

(3) Tugas Jawatankuasa

3.1 Tugas jawatankuasa adalah mengelola dan mengatur kegiatan-kegiatan


persatuan/kelab/unit beruniform dalam membuat keputusan atas perkara-
perkara yang menyentuh perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform dengan
tidak terkeluar daripada tujuan

3.2 Jawatankuasa hedaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam


tempoh sebulan bersama guru penasihat.Pengumuman hendaklah dibuat
dalam masa (7) hari kepada ahli-ahli

3.3 Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada tiga orang ahli
jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
jawatankuasa pada bila-bila masa sahaja

3.4 Mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan setiap tahun dalam bulan
Oktober

(4) Yuran Keahlian

4.1 Pungutan yuran persatuan/kelab/unit beruniform hendaklah mendapat


kebenaran bertulis daripada Guru Besar

4.2 Guru Penasihat hendaklah mengawal akaun kewangan persatuan/kelab/unit


beruniform

4.3 Penyata akaun kewangan hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat bulanan


dan mesyuarat agung tahunan

4.4 Persatuan/kelab/unit beruniform tidak dibenarkan memungut derma daripa


orang awam kecuali dengan kebenaran bertulis Guru Besar

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018


BUKU LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM & SUKAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

Kaedah E Peraturan-Peraturan Persatuan / Kelab / Unit Beruniform

(1) Pakaian

1.1 Memakai pakaian khas persatuan/kelab/unit beruniform yang telah ditetapkan


sepanjang aktiviti dijalankan.Sekiranya tiada pakaian khas,hendaklah memakai
kemeja sekolah yang berkolar dan seluar panjang seragam sekolah atau track
bottom dan baju T sekolah

1.2 Kasut mengikut peraturan persatuan/kelab/unit beruniform masing-masing


atau kasut kanvas putih bertali dan stoking putih

(2) Kedatangan / Kehadiran

2.1 Kehadiran adalah wajib kecuali ada sebab yang munasabah dan hendaklah
disertakan dengan surat tunjuk sebab

2.2 Sekiranya ahli tidak hadir selama tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang
munasabah,tindakan disiplin akan diambil dan dirujuk kepada Guru Besar

2.3 Ahli dikehendaki hadir tepat pada waktu yang telah ditetapkan oleh
persatuan/kelab/unit beruniform masing-masing dan hanya dibenarkan pulang
setelah mendapat kebenaran Guru Penasihat

2.4 Pengerusi setiap persatuan/kelab/unit beruniform hendaklah


mengambil/mencatat kedatangan ahli setiap kali perjumpaan diadakan dan
diserahkan kepada Guru Penasihat masing-masing

(3) Aktiviti / Persatuan

3.1 Setiap aktiviti persatuan/kelab/unit beruniform yang akan dilaksanakan,sama


ada di dalam atau di luar sekolah mestilah mendapat kebenaran terlebih
dahulu daripada Guru Penasihat atau Guru Besar

3.2 Tiada sebarang aktiviti persatuan/kelab/unit beruniform pada hari ahad atau cuti
umum kecuali mendapat kebenaran daripada Guru Besar

3.3. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang aktiviti yang
dilaksanakan oleh murid sendiri tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada
Guru Besar

3.4 Pengerusi setiap persatuan/kelab/unit beruniform hendaklah menyerahkan


laporan aktiviti kepada Guru Penasihat masing-masing untuk disemak dan
ditandatangani dan kemudian dimajukan kepada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum setiap kali aktiviti dijalankan

(4) Keselamatan

4.1 Ahli-ahli hendaklah menjaga keselamatan diri sendiri dari rumah ke tempat
aktiviti persatuan/kelab/unit beruniform diadakan sehinggalah balik semula ke
rumah

4.2 Ahli-ahli dilarang membawa/menyimpan/memakai barangan kemas dan


sekiranya berlaku kehilangan,pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab
sama sekali

4.3 Ahli-ahli dilarang membawa/menyimpan dan menggunakan benda-benda


tajam dan berbahaya semasa aktiviti dijalankan kecuali dengan kebenaran
Guru Penasihat dan Guru Besar

4.4 Ahli-ahli bertanggungjawab menjaga wang tunai dan harta benda persendirian
dan sebarang kehilangan adalah menjadi tanggungjawab sendiri

4.5 Ahli-ahli dilarang menyimpan/memegang kunci bilik persatuan/kelab/unit


beruniform kecuali dengan kebenaran Guru Penasihat

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018


BUKU LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM & SUKAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

(5) Kebersihan

5.1 Ahli-ahli yang membawa sebarang makanan dan minuman semasa aktiviti
kokurikulun,hendaklah membuang sisa-sisa makanan dan plastik ke dalam
tong sampah yang disediakan

5.2 Ahli-ahli hendaklah memastikan kebersihan kawasan yang telah digunakan


semasa menjalankan aktiviti seperti bilik kelas,kantin,tandas dan kawasan
sekolah yang lain

(6) Harta-Harta Sekolah dan Persatuan /Kelab / Unit Beruniform

6.1 Setiap ahli bertanggungjawab menjaga dan memelihara semua harta benda
sekolah/ persatuan/kelab/unit beruniform

6.2 Sekiranya berlaku sebarang kerosakan/kehilangan harta benda sekolah/


persatuan/kelab/unit beruniform,sama ada sengaja atau tidak,ahli atau
kumpulan berkenaan akan dikenakan hukuman yang setimpal dan dikehendaki
menggantikannya/membiayai kos sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Guru Besar atau persatuan/kelab/unit beruniform masing-masing

6.3 Penggunaan kemudahan sekolah yang di luar batas/waktu/hari persekolahan


hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar.Guru Besar berhak untuk
mengenakan syarat-syarat tertentu termasuk mengenakan Wang Hermat Diri

Kaedah F Larangan
1 Persatuan/kelab/unit beruniform tidak boleh memperluaskan keahlian mereka
kepada menganggotai kumpulan di peringkat daerah/negeri/kebangsaan atau
menyertai aktiviti seumpamanya tanpa kebenaran Guru Besar.Pihak sekolah
tidak akan bertanggungjawab kepada penglibatan murid dengan pertubuhan di
luar sekolah

2 Ahli-ahli tidak boleh menggunakan nama persatuan/kelab/unit beruniform


masing-masing bagi menjalankan aktiviti sosial/kemasyarakatan tanpa
kebenaran Guru Besar.Sebarang aktiviti mestilah melalui dan dengan
kebenaran Guru Besar terlebih dahulu

Kaedah G Pembubaran
Dalam apa keadaan sekali pun, persatuan/kelab/unit beruniform tidak boleh dibubarkan
melainkan dengan kelulusan bertulis Guru Besar

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018


BUKU LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM & SUKAN
KOKURIKULUM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru

..............................................................................
Ketua Guru Penasihat

Nama Penuh :
Tarikh :

..............................................................................
Pengerusi ( Murid )
Nama Penuh :
Tarikh :

..............................................................................
Setiausaha ( Murid )

Nama Penuh :
Tarikh :

..............................................................................
Bendahari ( Murid )
Nama Penuh :
Tarikh :

..............................................................................
Guru Besar
Nama Penuh :
Tarikh :

Buku Laporan Aktiviti Tahun 2018 | Unit Kokurikulum 2018

You might also like