You are on page 1of 8

PK 07 – LAMPIRAN 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) AIR PANAS,


SETAPAK, KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


KALI PERTAMA
BIL 01 / TAHUN 2018

Tarikh : 3 Januari 2018


Hari : Rabu
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Seri Telang
Pengerusi : Pn. Rozilawati bt Mahmood ( Guru Kanan Kemanusiaan)
Kehadiran :

1. Pn. Rozilawati bt Mahmood Guru Kanan Kemanusiaan


2. Cik. Norisan bt Noor Ketua Panitia Pendidikan Islam
3. Pn. Siti Ida Madiha bt Md Mubin Setiausaha
4. Pn. Khairol Bariah bt Mustafa Guru Mata Pelajaran
5. Pn. Rafidah bt Ali Guru Mata Pelajaran
6. Pn. Hazawati bt Husain Guru Mata Pelajaran
7. Pn. Nor Masrina bt Masri Guru Mata Pelajaran
8. Cik. Noor Hidayah bt Yusoff Guru Mata Pelajaran
9. Pn. Tengku Anis Guru Mata Pelajaranklkkkk

Tidak hadir bersebab :


Tiada

Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : Pn. Siti Ida Madiha bt Md Mubin

1. PERUTUSAN PENGERUSI
0

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum kali pertama bagi tahun 2018. Tahniah diucapkan kepada guru
yang dilantik untuk jawatan baru untuk tahun 2018 dan terima kasih kepada guru yang
telah berkhidmat pada tahun 2017.

1.2 Jawatankuasa Kurikulum adalah penting dalam penentuan Standard 5 yang akan meliputi
semua tingkatan dan tidak khusus kepada PT3 dan SPM.

1.3 Transformasi pendidikan kini berdasarkan era Convegent (Digital). Oleh itu, gajet yang
telah dibekalkan kepada guru perlu digunakan untuk PdPc dan pengurusan sekolah.

Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 1
1.4 100% sekolah WPKL melaksanakan PAK21 dan strategi pengajaran PAK 21 mesti
berpusatkan murid.. Bengkel Penataran PAK 21 untuk PGB, PK1 dan GK telah
dilaksanakan pada bulan November 2017. Pelaksanaan pembugaran kepada semua guru
selewat-lewatnya pada bulan Februari 2018 . Jadual LDP yang melibatkan kolaboratif
antara PGB, PK1, GK dan KP perlu dimaklumkan kepada KU UPA – Pn. Hjh. Haslinah bt
Farid Wajidi selewat-lewatnya 26 Januari 2018 untuk menyusun jadual pegawai yang akan
turun membantu di sekolah.

Makluman

1.5 Tiada streaming kelas pada tahun 2018.

Tindakan : PKP

1.6 Rancangan Pelajaran Tahunan dan Harian mesti disiapkan pada hari pertama
persekolahan. RPT boleh dibina secara linear atau modular (gabungan SP/HSP @ topik)
serta dibina berdasarkan aras murid dan takwim sekolah masing-masing. RPT tidak boleh
selaras antara sekolah.

Tindakan : GKMP

1.7 Rancangan Pelajaran Harian adalah terjemahan kepada Rancangan Pelajaran Tahunan.
Objektif adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran/ Huraian Sukatan Pelaran iaitu boleh
diukur dan pertimbangan aras murid. Bagi ruangan aktiviti pula ada catatan cara
mencapai objektif melalui aktiviti PAK21, elemen KBAT dan pentaksiran. Refleksi
merangkumi PdPc & PBD.

Makluman

1.8 Pentaksiran KSSM Tingkatan 1 & 2 menggunakan istilah Tahap Penguasaan (TP) dan
bukan Band. Jam Minimum PdPc perlu dipatuhi sepenuhnya tanpa melibatkan apa-apa
aktiviti. Sebagai contohnya, Bahasa Melayu dalam KSSM = 128 jam setahun. Penataran
DSKP di peringkat sekolah dikira sebagai LDP adalah10 jam kecuali Bahasa Inggeris 30
jam.

Tindakan : GKMP

1.9 VLE FROG KPI 2018 JPWPKL adalah 30% daripada enrolmen murid. Manakala PPWK
pula mensasarkan 40% daripada enrolmen murid. Tahniah diucapkan kepada guru-guru
SMKPAP kerana telah mencapai KPI bagi tahun 2017 iaitu 23 minggu drp 41 minggu.
Guru-guru diharap dapat mengekalkan pencapaian 2017 dan menjadi budaya di semua
sekolah.

Makluman

1.10 Pertandingan Inovasi Guru diadakan setiap tahun sempena sambutan Hari Guru WPKL.
Setiap sekolah wajib menghantar dua penyertaan samada individu atau berkumpulan.
Sekolah kita telah diwakili oleh Dr. Chew pada tahun 2017 manakala untuk tahun 2018
akan diwakili oleh PSV (Pn. Nurul Adilla dan Pn.Suzana). Pihak PPWK telah mengadakan
taklimat dan bimbingan pada 30 & 31 Oktober 2017.

Tindakan : GKMP / Pn.Nurul Adilla / Pn.Suzana

1.11 PAJSK dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun Tujuannya adalah untuk membentuk
kemenjadian murid secara holistik. PKP/PKK perlu pantau pelaksanaan dan semak
pengisian data yang dibuat oleh guru. Pegawai SEGAK Menengah PPWK ialah Cik
Rosniza binti Hussin.PBD.

Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 2
Tindakan : GKMP / KP PJK

1.12 Bagi Peperiksaan SPM, murid tidak digalakkan mendaftar 6 mata pelajaran teras sahaja.
Sekolah kita menawarkan minimum 1 mata pelajaran elektif iaitu kelas MPV.

Tindakan : PKP / Setiausaha SPM

1.13 SKPMg2 akan diteruskan pelaksanaannya hanya proses audit pada bulan Disember 2017
dan Januari 2018 telah ditangguhkan.

Tindakan : PKP

1.14 Guru-guru perlu memaksimumkan penggunaan Bilik Khas untuk PdPc.

Makluman

1.15 Langkah penjimatan kertas (paper less) akan dilaksanakan dalam urusan surat-menyurat
dan minit mesyuarat hanya akan di-e-mel atau dimuat naik ke vle-frog. Di samping itu
juga, penggunaan gajet atau tablet sangat digalakkan untuk membuat catatan.

Tindakan : Semua Setiausaha dan Penyelaras

1.16 Kewangan PCG mata pelajaran perlu dibelanjakan mengikut perancangan yang telah
dibuat oleh Ketua Panitia.

1.17 Program Peningkatan Prestasi Akademik PPWK 2018 adalah seperti berikut :
a) Program CHAMPS
Pemantauan dan bimbingan untuk meningkatkan kualiti PdPc guru dan modus
operandinya adalah berbentuk task force yang melibatkan sekolah Band 1 – 4.

b) Program Kanopi Ilmu


Bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti SPM.

c) Program PILL Akademik ( Pelan Intervensi 5 Langkah )


Pelaksanaan oleh Pegawai Mata Pelajaran.

1.18 Buku Rekod Mengajar akan disemak oleh GKMP / PKP pada 19 Januari 2018.
Penghantaran Buku Rekod Mengajar untuk semakan Pengetua ialah pada 26 Januari
2018. Guru-guru perlu memastikan bahawa RPT/RPH telah dicop dan ditandatangani oleh
GKMP/PKP dan ruangan TOV & ETR telah dilengkapkan. KBAT dan i-THINK perlu ada
dalam RPH.

1.19 Penyedia soalan peperiksaan diingatkan supaya menghantar Jadual Spesifikasi Ujian
sekali dengan soalan untuk semakan GKMP. Penghantaran kertas soalan mesti diriso
mengikut takwim peperiksaan. Kertas soalan hanya boleh ditanda oleh guru mata
pelajaran sahaja.

Tindakan : Semua guru

1.20 Pengagihan tugas guru-guru bagi tahun 2018 telah diagihkan mengikut kekananan jawatan
dan keperluan sekolah. Guru-guru boleh rujuk lampiran kurikulum dalam fail i-Pengurusan.

1.21 Pencerapan dan penyemakan buku latihan akan diadakan 2 kali setahun secara
bimbingan mengikut jadual yang ada di dalam fail i-Pengurusan. Pencerapan pertama
pada bulan Januari-April dan pencerapan kedua pada bulan Jun hingga September.

Makluman

1.22 Program Melindungi Masa Instruksional PdPc 2018, pihak sekolah akan menyediakan
Jadual Waktu Gabungan iaitu menggabungkan dua kelas yang sama masa untuk diajar

Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 3
oleh seorang guru di Pusat Sumber, Dewan Cempaka, Dewan Melati atau Bilik Seminar.
Semasa rilif gabungan ini, giuru-guru dikehendaki membuat NILAM. Bahan bacaan akan
disediakan di lokasi tersebut untuk memudahkan gerakerja cikgu. Untuk artikel Bahasa
Melayu akan disediakan oleh Cik Syahirah dan untuk artikel Bahasa Inggeris akan
disediakan oleh Encik Saiful Adha. Cara penulisan NILAM akan dimuat turun oleh Pn.
Nurhuda di dalam VLE FROG.

Bagi kaunselor pula, semasa rilif tidak perlu membuat NILAM tetapi diteruskan dengan
modul kaunseling.

ProLima akan dijalankan seperti biasa jika tidak terlibat dengan rilif gabungan.

Tindakan : Cik Syahirah / En.Saiful Adha / Pn.Nur Huda

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


0

2.1 Minit mesyuarat JKS bil 4/2017 dicadangkan oleh Pn. Rafidah bt Ali dan disokong oleh Pn.
Khairol Bariah bt Mustafa.

Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
0

3.1 Ujian SEGAK

Makluman

4. PERKARA – PERKARA YANG DIBINCANGKAN


0

4.1 Post-mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2017

4.1.2 Analisis peperiksaan 2017 adalah seperti berikut:

Ting. Calon Gred Gred Gred Gred Gred Gred Bilangan Peratusan Peratusan
A B C D E F Lulus Lulus Gagal
1 148 11 44 26 26 18 23 125 84.46% 15.54%
2 142 0 14 39 46 21 22 120 84.51% 15.49%

Ting. Calon Gred Bilangan Peratusan Peratusan


Lulus Lulus Gagal 2017
A+ A A- B B C+ C D E G
+
4 139 0 0 3 5 18 31 20 23 17 22 117 84.17% 15.83%
l

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun bagi tingkatan 4 yang agak membimbangkan.


Untuk itu setiap guru mata pelajaran diminta mengenalpasti masalah yang berlaku
dan apa kaedah atau program yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan lagi
pencapaian pelajar.

Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 4
Semua guru sains tulen

4.1.2 Pengerusi meminta ahli panitia merancang sekurang-kurangnya 2 program yang


sesuai untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains.

Semua guru sains tulen

4.2 Program Meningkatkan Kecemerlangan Akademik (PMKA) Panitia Pendidikan Jasmani


dan Kesihatan.

4.2.1 Ujian SEGAK


Sasaran : Semua murid tingkatan 1 hingga 5 .
Kaedah : Setiap kali habis satu bab , guru diminta menyelitkan soalan yang
sebenar berdasarkan kepada soalan spm tahun sebelumnya.
Semua guru sains tulen

4.2.1 Teknik Menjawab Kertas 3


Sasaran : Semua murid Sains Tulen tingkatan 4 dan 5
Kaedah : Guru diminta memberikan teknik menjawab kertas 3 yang merupakan
kertas teori yang boleh membantu murid untuk skor dalam
peperiksaan.
Semua guru sains tulen
4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

4.3.2 TOV bagi setiap pelajar adalah mengikut markah akhir tahun
3.3.3 Penyelaras PBS mengikut tingkatan:

TINGKATAN NAMA GURU


1 Cik Norisan bt Noor
2 Tengku Anis
3 Puan Hazawati bt Husain
4 Puan Siti Ida Madiha bt Md Mubin
5 Puan Khairol Bariah bt Mustafa

Semua guru sains tulen


4.4 Pencerapan PdPc

4.4.1 Pencerapan PdPc akan diadakan 2 kali setahun secara bimbingan mengikut jadual
yang ada dalam faili-Pengurusan. Pencerapan pertama pada bulan Januari hingga
April dan pencerapan kedua pada bulan Jun hingga September.

makluman

4.5 Semakan Buku Latihan

4.4.2 Guru diminta sentiasa membuat semakan buku pelajar. Jadual semakan buku
untuk disemak oleh Ketua Panitia dan Guru Kanan Kemanusiaan mengikut masa
yang telah ditetapkan.

makluman

4.6 VLE Frog

Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 5
4.6.1 Guru diminta menyediakan pelbagai bahan untuk pelajar dalam VLe Frog. Dan
guru hendaklah sentiasa memastikan patuh kepada jadual penggunaan makmal
komputer untuk kelas Vle Frog.

Semua guru sains tulen

4.7 Kewangan : Rancangan Belanjawan 2018

4.7.1 Baki kewangan bagi tahun 2017 Panitia Sains Tulen adalah seperti berikut:

Mata pelajaran Baki kewangan bagi tahun 2017 (RM)


Biologi 5.57
Fizik 125.87
Kimia 77.70

Makluman

4.8 Pengurusan Fail panitia

4.8.1 Ketua panitia diminta menyiapkan dan mengemaskini fail panitia dengan
sebaik-baiknya.

Ketua Panitia Sains Tulen

4.9 Penyediaan RPT dan RPH

4.9.1 Pengerusi memaklumkan nama guru yang menyediakan RPT Sains bagi Tahun
2018 adalah seperti berikut :

Bi Nama Guru Penyediaan Tingkatan


l RPT Subjek
1. Pn. Rosminah Bt. Mohd Juhan Fizik 4&5
2. Pn. Hazawati Bt. Husain Biologi 4&5
3. Pn. NorHalma Bt. Omar Kimia 4
4. Pn. Tan Kooi Hong Kimia 5

Semua guru sains tulen

4.9.2 RPH sains adalah mengikut KSSM dan DSKP Sains Tulen masing-masing
Semua guru sains tulen
4.10 Jadual Penggubal soalan Ujian dan Peperiksaan

4.10.1 Semua guru dikehendaki prihatin dengan jadual penggubal soalan Ujian dan
peperiksaan. Pastikan jadual penggubalan soalan secara bergilir. Guru yang
menyediakan soalan Ujian dan Peperiksaan adalah seperti berikut :

Bil Nama Guru Penyediaan Soalan Tingkatan


Peperiksaan Subjek
1. Pn. Rosminah Bt. Mohd Juhan Fizik 4&5
2. Pn. Hazawati Bt. Husain Biologi 4&5
3. Pn. NorHalma Bt. Omar Kimia 4
4. Pn. Tan Kooi Hong Kimia 5

Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 6
5. HAL – HAL LAIN
0

5.1 Tiada

Makluman

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
0

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan menangguhkan mesyuarat
pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh,

............................................

(HAZAWATI BT HUSAIN)
Setiausaha Panitia sains 2018
SMK (P) Air Panas,
53200 Kuala Lumpur.

Tarikh : 30 Disember 2017

Makluman

Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 7
Hak cipta terpelihara ©Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
[1 Mac 2016-Keluaran 01]Pindaan 00 8

You might also like