You are on page 1of 6

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN OLAHRAGA

MAJLIS SUKAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA (MASKOM)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. PERATURAN AM PERTANDINGAN
Mengikut Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM yang dikuatkuasakan
sepanjang kejohanan ini.

2. UNDANG – UNDANG PERMAINAN


2.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, peraturan ini
akan dijalankan mengikut undang-undang KESATUAN OLAHRAGA
MALAYSIA (KOM).
2.2 Sekiranya timbul perselisihan dari pentafsirnya, undang-undang dalam
bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:-
2.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada
Peraturan Tetap dan Peraturan Am Kejohanan Sukan
MASKOM.
2.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan
kepada undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

3. KELAYAKAN
Rujuk Perkara 5 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.

4. PENDAFTARAN/ PEMBENTUKAN PASUKAN


4.1 Rujuk Perkara 5 dan Perkara 6 Peraturan Am Kejohanan Sukan
MASKOM.
4.2 Setiap kontinjen olahraga akan diwakili tidak melebihi 50 orang peserta
(20 Lelaki dan 20 Wanita) dan 10 pegawai.
4.3 Acara-acara:

Kod Acara Acara Wanita Lelaki


01 100 M X X
02 200 M X X
03 400 M X X
04 800 M X X
05 1500 M X X
06 3000 M X
07 5000 M X
08 100 M LARI BERPAGAR X
09 110 M LARI BERPAGAR X
10 400 M LARI BERPAGAR X X
11 3000 M BERJALAN KAKI X
12 5000 M BERJALAN KAKI X
13 LOMPAT TINGGI X X
14 LOMPAT JAUH X X
15 LOMPAT KIJANG X X
16 LOMPAT BERGALAH X X
17 MELONTAR PELURU X X
18 MELEMPAR CAKERA X X
19 MEREJAM LEMBING X X
20 4 X 100 M X X
21 4 X 400 M X X
JUMLAH 18 18
5. HURUF-HURUF DAN NOMBOR PENGENALAN PASUKAN
5.1 Huruf dan Nombor Peserta

BIL KONTINJEN HURUF NO. LELAKI NO. WANITA


1 PERAK A A001-A050 A051-A100
2 SELANGOR B B101-B150 B151-B200
3 PAHANG C C201-C250 C251-C300
KELANTAN/
4 D D301-D350 D351-D400
TERENGGANU
5 SABAH H H401-H450 H451-H500
6 JOHOR J J501-J550 J551-J600
7 KEDAH/ PERLIS K K601-K650 K651-K700
MELAKA/ NEGERI
8 M M701-M750 M751-M800
SEMBILAN
9 PULAU PINANG P P801-P850 P851-P900
10 SARAWAK S S901-S950 S951-S1000

6. REFERI KEHORMAT/ KETUA PENGADIL/ PENGADIL


Rujuk Perkara 9 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.

7. PAKAIAN DAN PERALATAN


7.1 Rujuk Perkara 10 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.
7.2 Ukuran peralatan akan menggunakan mana-mana pertandingan
peringkat dewasa melainkan ketetapan lain dibuat.
7.3 Paku Kasut: Kejohanan ini akan diadakan di atas balapan jenis
sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi
09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing.
Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak melebihi 12mm.
7.4 Peralatan: Pihak Pengelola akan menyediakan semua peralatan
termasuk Blok Permulaan, kecuali galah berlombol untuk acara
Lompat Bergalah di mana peserta dibenarkan menggunakan galah
sendiri dengan syarat ia diserahkan kepada Pengurus Teknikal terlebih
dahulu untuk disahkan. Peserta-peserta tidak dibenarkan
menggunakan galah orang lain kecuali dengan mendapatkan
kebenaran daripada tuan punya.
7.5 Blok Permulaan: Blok permulaan (starting block) MESTI DIGUNAKAN
bagi semua acara berikut:
100m, 200m, 400m, 100m LP, 110m LP, 4x100m dan 4x400m.

8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 Setiap pasukan adalah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada
DUA (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan SATU (1)
pasukan bagi acara Lari Berganti-ganti.
8.2 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti
berikut:
LARI BERGANTI-GANTI
KATEGORI INDIVIDU
(BERPASUKAN)
Wanita 2 1
Lelaki 2 1

8.3 Sesuatu acara hanya dapat dipertandingkan sekiranya terdapat


minimum TIGA (3) peserta / pasukan mengambil bahagian.

9. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN


9.1 Separuh Akhir
9.1.1 EMPAT (4) Separuh Akhir
Pemenang setiap separuh akhir dan EMPAT (4) pencatat masa
terpantas akan layak memasuki peringkat akhir.
9.1.2 TIGA (3) Separuh Akhir
DUA (2) peserta pemenang dan DUA (2) peserta yang mencatat
masa yang terbaik bagi ketiga-tiga separuh akhir layak ke
peringkat akhir.
9.1.3 DUA (2) Separuh Akhir
TIGA (3) peserta pemenang daripada setiap separuh akhir dan
DUA (2) lagi peserta yang mencatatkan masa terbaik daripada
kedua-dua separuh akhir layak ke peringkat akhir.
9.1.4 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa
terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan pada Para 9.1.1,
9.1.2 dan 9.1.3 maka penentuan kelayakan akan bergantung
kepada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama,
cabutan undi akan dilakukan oleh Juru Rayuan.
9.1.5 Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa
kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa
Pertandingan dengan pengawasan/penyeliaan ahli-ahli juri
rayuan dengan mengambil kira perkara berikut:
9.1.5.1 Undian pertama adalah untuk EMPAT (4) peserta
atau pasukan yang mencatat masa terpantas bagi
memutuskan tempat mereka dilorong 3, 4, 5 dan 6.
9.1.5.2 Undian kedua adalah untuk EMPAT (4) peserta atau
pasukan lain yang telah melayakkan diri bagi
memutuskan tempat di lorong 1, 2, 7 dan 8.
9.2 Johan Keseluruhan
9.2.1 Johan Keseluruhan bagi kejohanan ini ialah Kontinjen yang
memenangi pingat emas terbanyak.
9.2.2 Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil
kira.
9.2.3 Jika masih seri, kiraan pungutan pingat gangsa terbanyak akan
diambil kira.

10. KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN


10.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit
bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum waktu
acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan
diiringi ke tempat pertandingan oleh penyelia peserta.
10.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada
Pegawai Teknikal di dalam arena pertandingan.
10.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi
acara-acara mereka tidak dibuat. Maklumat meminta melaporkan diri
hanya disiarkan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan
dibuat sekiranya terdapat pindaan dalam susunan acara atau program
kejohanan.
10.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor
mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari
masing-masing kecuali acara lompat tinggi dan lompat bergalah hanya
dihadapan sahaja.
10.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri iaitu 15 minit sebelum
acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil
bahagian di dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah
menarik diri.

11. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


Rujuk Perkara 16 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.

12. BANTAHAN
Rujuk Perkara 17 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.

13. PENANGGUHAN PERLAWANAN


Rujuk Perkara 15 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.

14. HADIAH
14.1 Acara Individu sehingga 200 m – Pertama, Kedua dan Ketiga.
14.2 Acara Individu 3000m dan jarak lebih daripadanya – Pertama, Kedua,
Ketiga, Keempat dan Kelima.
14.3 Acara Pasukan – LIMA (5) pingat akan diberikan kepada setiap
pasukan yang Berjaya menduduki tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

15. PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN


Rujuk Perkara 20 Peraturan Am Kejohanan Sukan MASKOM.

You might also like