You are on page 1of 3

SK. ST .

MARY, KUCHING
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
MINIT MESYUARAT
PANITIA MUZIK
KALI KEDUA 2017

Tarikh : 30.06.2011 (Khamis)


Masa : 1.45 tengahari
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran : 8 orang
Kehadiran :
Pn.Rose Grambeh
En.lLiew Wui Min
Pn.G.Santhi (PK KoKurikulum)
Pn.Lily Wong Mee Houng
Pn.Siah Bt. Jin
Pn. Sri Rahayu Bt. Hj. Ali
Pn.Dora Usun Wan
Pn. Faridah Bt. Hj. Seli

1.0 Ucapan Pengerusi


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian mereka menghadiri
mesyuarat Panitia Muzik kali kedua. Beliau berharap agar semua guru memberi
sumbangan ke arah peningkatan kualiti Panitia Muzik.

2.0 Ucapan Penasihat


Guru-guru jangan mencuri masa muzik untuk menjalankan P&P matapelajaran
yang lain.Ini kerana murid-murid perlu ada pendedahan tentang muzik. Dalam KSSR
muzik diberi keutamaan kepada murid.
3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.1 Setiausaha telah membentangkan minit mesyuarat yang lalu.
3.2 Minit mesyuarat yang lalu telah didadangkan oleh Pn. Lily dan disokong oleh
Pn.Siah

Tindakan: Setiausaha
4.0 Perkara berbangkit
4.1 Guru-guru muzik menyatakan bahawa kekurangan peralatan muzik adalah satu
masalah dalam proses P&P. Kebanyakan peralatan yang sedia ada juga perlu dibaik
untuk kegunaan murid.

4.2 Guru-guru muzik menyatakan yang murid-murid sangat berminat terhadap


matapelajaran Muzik dan memainkan peralatan muzik.

4.3 Ketua panitia menyatakan satu bilik khas telah disediakan di bangunan baru
untuk bilik muzik. Guru-guru muzik diharap menggunakan bilik muzik tersebut dengan
sempurna pada waktu matapelajaran muzik.

4.4 Murid-murid yang melangkah ke alam Sekolah Menengah tidak mempunyai


pengetahuan asas dalam penggunaan alatan muzik. Guru-guru perlu memastikan yang
mereka mengajar teknik-teknik asas penggunaan alatan muzik.
Tindakan : Semua Guru Muzik

5.0 Program peningkatan P&P Muzik


5.1 Pertandingan yang berlandaskan pengetahuan asas muzik boleh diadakan dari
masa ke semasa.
5.2 Muzik juga boleh digunakan dalam P&P matapelajaran yang lain. Ini keran murid
akan lebih berminat jikalau elemen muzik diterapkan dalam P&P.
Tindakan : Semua Guru Muzik
6.0 Hal-hal lain
6.1 Banyak usaha sedang dan akan diambil bagi meningkatkan mutu P&P muzik.
6.2 Buku- buku skrap yang berlandaskan pengetahuan asas muzik boleh dihasilkan
dan dipamerkan di perpustakaan sekolah sebagai rujujan murid-murid.
6.3 Mesyuarat Pertama akan diadakan pada minggu ke 2 sesi persekolahan 2018.
Tindakan : Semua Guru Muzik

Setiausaha mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua guru hadir ke
mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan Oleh,
.................................. ..........................
Setiausaha Panitia Muzik

You might also like