You are on page 1of 1

Pengerusi JKK ,

Rh Jelema,Kampung Limau, Sg Tenggang Pantu,


95000 Sri Aman,Sarawak.

29 Januari 2018
Pegawai Menguasa Daerah Pantu,
Jabatan Pertanian Pantu,
95000 Sri Aman,Sarawak.

Tuan,

PERKARA:PEMOHONAN PROJEK TANAMAN KELAPA SAWIT SECARA BERKELOMPOK.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya selaku wakil penduduk Kampung Limau, seperti yang beralamat di atas ingin memohon projek
tanaman kelapa sawit secara berkelompok bagi tahun 2018.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, setelah JKK Kampung Limau dan penduduk kampung bermesyuarat
kami telah bersepakat untuk memajukan tanah NCR( native customary rights land) Kampung Limau dengan
memohon projek Tanaman Kelapa Sawit Secara Berkelompok yang berkeluasan 90 hektar.

4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama dengan surat ini saya lampirkan senarai tandatangan penduduk
Kampung Limau sebagai rujukan pihak tuan.

5. Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat perhatian serta pertimbangan yang

sewajarnya daripada pihak tuan. Segala jasa baik daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih. Sekian.

Yang benar,

………………………………

Pengerusi JKKK
Kampung Limau

You might also like