You are on page 1of 2

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

LAPORAN AJK DOKUMENTASI

PERTANDINGAN BOLA BALING 2016

WAJ 3091- PERMAINAN BOLA BALING

Tarikh : 14 Julai 2016

Tempat : Stadium Sukan Puteri Gunung Ledang, Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu, Melaka.

LAPORAN AJK DOKUMETASI PERTANDINGAN BOLA BALING 2016

Pada 14 Julai 2016, satu Pertandingan Bola Baling telah diadakan anjuran kursus
WAJ 3091- Permainan Bola Baling dan unit PISMP Sejarah Ambilan Jun 2014. AJK
Dokumentasi terdiri daripada dua orang ahli unit PISMP Sejarah Ambilan Jun 2014. Dalam
fasa gerak kerja sebelum, AJK Dokumentasi telah mengambil gambar semasa beberapa siri
mesyuarat sebelum hari pertandingan berlangsung. Selain itu, AJK Dokumentasi juga telah
menghasilkan sebuah poster pertandingan dan membuat hebahan di laman-laman sosial.
Poster dan hebahan tentang pertandingan telah dibuat pada dua hari sebelum hari
pertandingan berlangsung iaitu pada 12 Julai 2016.

Seterusnya, fasa gerak kerja semasa pula AJK Dokumentasi bertugas mengambil
gambar sepanjang pertandingan ini berlangsung. Terdapat juga beberapa gambar yang
dikumpulkan daripada kamera pensyarah dan pelajar. Hal ini kerana pada waktu-waktu
tertentu, dua orang AJK Dokumentasi juga terlibat sebagai pemain bola baling dan pegawai
pertandingan.

Akhir sekali, dalam fasa gerak kerja selepas pula AJK Dokumentasi telah
mengingatkan kepada semua ahli majlis tertinggi organisasi dan ketua bagi setiap ahli
jawatankuasa untuk menghantar laporan kepada AJK Dokumentasi. Seterusnya, AJK
Dokumentasi telah mengumpulkan dan menyusun semua laporan tersebut untuk diletakkan
dalam fail bagi tujuan dokumentasi. Seterusnya fail tersebut di hantar kepada pensyarah
kursus WAJ 3091. Tiada kos yang digunakan oleh AJK Dokumentasi.
Laporan disediakan oleh,

…………….......................

(SYAFIQAH IZZATI BINTI SUHAIMI)

AJK DOKUMENTASI,

PERTANDINGAN BOLA BALING 2016

You might also like