You are on page 1of 19

Asal usul solat

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala
baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah
kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi
Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah
s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang
seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat
rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi
pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua,
tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi
Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh
dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat


Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar


( Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik…
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka
yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk


Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud


Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas
Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya .

“Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu …namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu…. kami lah hamba yang mengharap belas darimu .”ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia”

AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT

http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/04/26/asal-usul-solat/
Bersetubuh suami isteri

Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat
kepada wanita…”

(Surah Ali Imran ayat 14)

lain-lain ayat

Firman Allah s.w.t bermaksud:

” Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga
ibarat pakaian bagi mereka..”

(Surah Al Baqarah ayat 187)

Firman Allah s.w.t bermaksud:

” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut
yang kamu suka dan kehendaki”

(Surah Al Baqarah ayat 223)

Menurut Ibnu Jarir At Tabari, “ladang” bermaksud tempat menanam benih. Sementara maksud
perkataan “datangilah mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan
dengan isteri dalam pelbagai cara , teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya
(kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya !! Diulangi.. TIDAK MELALUI DUBURNYA !!

Kesimpulan dari kalimat-kalimat kinayah dalam ayat diatas mempunyai 2 erti:-

1- Boleh bersetubuh dengan isteri pada bila-bila masa setiap kali timbulnya nafsu dan
keinginan seks terhadap isteri (kecuali isteri dlm keadaan haid, nifas, puasa bln ramadhan dsb
iaitu masa yg dilarang oleh syariat utk bersetubuh).

2- Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara dan teknik yang dikehendaki mengikut
penyesuaian diri masing-masing (kecuali dubur).

TEKNIK-TEKNIK DALAM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI.


Antara teknik-teknik yg boleh diamalkan ialah:-

1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI

Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil
berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ni la dia
kot) , atas kerusi, dan sebagainya.Semuanya tu adalah sekadar utk menukar selera sekali
sekala dan bukan utk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak
mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi
normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan.

Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi
persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala
posisi yg ada. Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini
kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yg ada dlm liang rahim isteri
mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana
mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yg ada.

Namum tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam
Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:

” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah)
atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul
(kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan
benih dan menghasilkan anak. ”

Hadis diatas menjelaskan , bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yg
utamanya ialah perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk
menghasilkan anak.

2- PETUA MENCAPAI KENIKMATAN JIMAK

Sementara orang tua-tua dulu memberi panduan asas persetubuhan ialah hendaklah
dilakukan dengan 2 cara:-

1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari
kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.

2. Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah
suami ister bertemu rapat.

Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada
pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas artau isteri yang tidak puas. Sedangkan
tujuan bersetubuh adalah utk sama sama merasa nikmat.

3. KERJASAMA SUAMI ISTERI


Sebenarnya kerjasama antara suami isteri memainkan peranan penting utk mencapai
kepuasan seks. Tidak kira walapun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua
dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum
mungkin . Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberi kan kerjasama
sangat diperlukan.

4. TEKNIK-TEKNIK BERJIMAK

1- Teknik Menggoyang

Teknik ini boleh melambatkan inzal (terpancut mani) dan memberikan kenikmatan kepada
kedua-dua belah pihak, boleh juga menambahkan kekuatan dan ketahan zakar. Goyangan yg
terkawal dan tersusun membolehkan pihak suami mengawal inzal seberapa lama yang dia
mahu sehingga isteri benar benar mencapai kepuasan sebenar. Cara-cara goyangan ialah
seperti berikut:-

a. Goyangan Kesabaran

- Mengoyang dengan perlahan ketika memaukkan zakar, tetapi bila menarik, tarik dengan
cepat hingga kepala zakar hampir keluar. Teknik ini melambatkan pancutan mani suami dan
isteri lebih terasa nikmat dan mempercepatkan inzal isteri.

b. Goyangan Jongket

- Bahagian tubuh anda keatas sedikit sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini
akan memberi geseran kuat batang zakar pada kelentit isteri. Ini akan mempercepatkan isteri
inzal dan memberi nikmat yg tiada tara pada isteri. Tanda isteri merasai nikmat ialah nafas
isteri kencang dan suara renggekannya kuat.

c. Goyangan Hitungan

- Sewaktu menggoyang, lakukan 40 kali secara lambat diikuti 40 kali goyangan secara cepat .
lakukan secara bergilir-gilir. Cara ini menjadikan isteri berasa khayal , kerana ombakan
goyangan bagai ombak kapal di lautan. tanda isteri khayal ialah matanya kuyu dan
dipejamkan.

d. Goyangan Hentian

- Goyang secara selang seli dan rehat sejenak. Goyang 3 kali dan berhenti, kemudian goyang
lagi dan berhenti.Goyangan begini menjadikan isteri tersentak-sentak kesedapan. Tanda isteri
kesedapan ialah bila kita menggoyang , nafas dan suaranya bagai tersekat sekat. Bila berhenti,
ia menghembus nafasnya panjang.

e. Goyangan Berpasangan

- Suami mengoyang dahulu kemudian berhenti. Setelah itu isteri menggoyang pula dan
berhenti. lakukan bergilir-gilir. Boleh juga bergoyang serentak atau suamo menggoyang
keatas dan kebawah isteri pulak menggoyang ke kiri dan kanan. Cara ini memerlukan
kesepakatan dan kerjasama.

f. Goyangan Kekasih

- isteri menggoyang sedangkan sumai mendiamkan diri. cara ini membantu melambatkan
inzal suami dan banyak memberi kerehatan pada suami. Sesuai utk diamalakn bagi suami yg
mudah terpancut awal.bagi suami pulak janganlah berdiam diri sahaja. lakukan perkara lain
seperti meramas payudara isteri, mencium isteri atau menghisap puting susu isterinya atau
mengikut selera isteri.Sekiranya isteri hendak terpancar maninya, hendaklah dia memberitahu
suami agar goyangan bersama -sama dan supaya sama sama serentak terpancar mani.

g. Goyangan dan Geselan Kepala Zakar

-Melakukan goyangan dengan menggunakan kepala zakar. Caranya ialah memasukkkan zakar
sampai ke takuknya agar kepala zakar berada di permukaan kemaluan isteri dan disamping itu
kenakan kepala zakar pada kelentitnya.Ini kerana kebanyakan kelazatan perempuan banyak
terhimpun pada bahagian permukaan faraj dan khusunya pada kelentitnya. Bergoyanglah
hanya sampai takuknya sahaja dan sekali sekala ditusukkan zakar sampai habis dan tarik
semula.Cara ini juga dapat melambatkan suami inzal .Tusuklah zakar perlahan-lahan dan
apabila tarik, tarik dan rentap cepat-cepat dan tusuk pula perlahan lahan dan seterusnya.

Sebaik-baiknya suami yg lakukan teknik goyangan supaya senang untuk mengawal ghairah.
Bila terasa kegelian dan hendak inzal, hentikan goyangan sekejap .Semasa berhentia. suami
haruslah teruskan ciuman dan rabaan di tempat-tempat sensitif isteri supaya ghairahnya
berterusan.

2. Teknik Tahan Nafas

a. Semasa memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam semua zakar. Diamkan
sebentar . Kemudian baru lepaskan nafas.

b. Semasa buat goyangan sorong tarik,tahanlah nafas dan apabila hendak lepaskan
nafas,hentikan goyangan.Begitulah seterusnya. Petua ini dapat melambatkan keluarnya mani.

c. Ada baiknya anda lipatkan lidah di lelangit mulut dan niatkan selagi tidak turun lidah selagi
itu tidak terpancar mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri hentikan
goyangan.

3. Teknik Nafas Songsang

a. Semasa goyangan (keluar masuk zakar), hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas
isteri. nafas isteri keluar, zakar masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar.

b. Untuk mengetahui nafas isteri keluar, bila kempisnya perut dan tanda nafas isteri masuk
buncit perutnya. Ini dapat menahan mani dan banyak kelebihannya lagi.
4. Teknik Kerjasama (Berpakat)

- Apa yang paling penting untuk melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-dua pihak
ialah suami isteri hendaklah berpakat.Bila suami terasa nak inzal,suami hendaklah berenti
mengoyang . Jika isteri asyik mengoyang-goyang suruh dia berhenti sekejap.Demikian dengan
pihak isteri, jika hendak inzal bersama beritahu agar sama-sama inzal serentak.

-Cara kerjasama ini hanya boleh wujud jika suami isteri saling cinta menyintai dan tidak ada
rasa segan dan saling memikirkan utk mencapai kepuasan nafsu bersama yang maksimum.

5. Tidak Lupa Allah

- Walaupun semasa bersetubuh,jangan biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah.Biarlah
pancutan mani anda keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah
dalam HATI semasa berjimak.Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat
menumpukan pada keagungan Ilahi.Dan dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda
keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda. Biasanya anak yang dilahirkan
sukar mendapat penyakit sawan.

6. Baca Doa Ketika Klimaks (Inzal).

- Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan
kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi
menyebut didalam hati tidaklah dilarang.

Doanya seperti berikut:-

” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah
(nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan,
seperti mentua, menantu,ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa ”

Surah – AL Furqan ayat 54

Ada pula fatwa yang anjurkan agar semasa klimaks, ucaplah ” La ilahaillah Muhammadur
Rasulullah “ di dalam hati, bukan dengan lidah atau berlafaz. Tujuan untuk mengislamkan
benih-benih yang mula beroperasi untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya orang cuma
mengazankan apabila atau? memperdengarkan kalimah syahadah kepadan anak yang baru
lahir. Tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengislamkan zuriat kita sejak ketika
benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah seperti diatas.

Ketika menyebut di dalam hati, hendaklah disertai dengan niat agar anak yang bakal lahir
menjadi anak yang soleh dan insan yang mulia budi pekertinya. Antara pesanan pemberi petua
ini ialah:-

” Manusia ketika beribadah ingat akan allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah. Padahal
jimak itu hendak mengeluarkan benih suci yang mana pihak lelaki tempatkan selama 40 hari
di dalam rahim isterinya. datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah. Bezakan
jimak kamu dengan jimak haiwan dan jimak orang yang kafir. Juga dengan jimak orang -orang
yang jahil yang berjimak semata-mata memuaskan nafsunya. “

7. Mengesat Dan Meramas

- Sebaik isteri selesai jimak, sebelum membasuh kemaluannya, isteri hendaklah mengesat
kemaluan suami dengan kain tuala atau tisu. Cara itu boleh mengharmonikan rasa kasih suami
dan suami akan terasa nikmat jika semasa mengesat itu, isteri mengusap dan meramas-ramas
serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami.

Insyallah teknik seterusnya bersambung minggu hadapan.. panjang sangat tak larat nak
taip…. dan jangan lupa selalu lah lawati rileks.info ini.

sumber : Buku Lelaki Unggul Dikagumi wanita

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27


Rejab

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan
Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu
tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke
dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin
nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi
oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah
telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara
tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit
Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham
(tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan
api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil
(buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang
digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih
banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk
bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana
tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud
(sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari
neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta
mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan
daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan
zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang
yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi
kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima
amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi
berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:
Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak
melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:
Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela,
menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya
semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian
menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya,
nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah
S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai
ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi
makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu.
Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul.
Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa
dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta
anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan
buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi
oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya
dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat
umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan
Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa
kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa
dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah
untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA
ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada
umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah
lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU
AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang
membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat
beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan
bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai
air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun,
batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang
indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke
syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik
penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah
S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat
seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah
berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan


bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai
Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa.
Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan
Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil.
Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang
mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah
Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di
akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan
daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-
panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi


Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar
diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan
sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu
juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu


menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini
baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada
malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya
sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah
lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani
perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang
memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi
keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya
atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi
bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau
kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti
kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada
suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
wallahua’lam..

SUMBER:

http://fullfilth.blogspot.com
Jimak dan Wasiat Rasulullah saw

“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada
Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi
Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)
tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka
sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis
kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang
sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap
penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak
selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan
dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :


“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)
ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih
baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :


“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu
pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-
lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan
kepadanya kelahiran.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu
berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan,
pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya
penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”

3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan
bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”

4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak
selamat daripada bisu.”

5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu
berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”

6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap


perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”

7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka
sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang
membakar kamu berdua.”

8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada
isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan
jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu),
maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian
membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”

10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya
yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing
di merata-rata tempat.”

11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa),
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu
seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”

12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ deng! an isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka
sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari
enam atau empat.”

13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara
langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan
(bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua
anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir
sehingga mati.”

14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang
berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak
itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”

15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah,
jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu
berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”

16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu
berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”

17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban,
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua
anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”

18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua
hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara
perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan
pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada
manusia.”

20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya
yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu
menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”

21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah
s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”

22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam
tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap
orang yang zalim.”

23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka
sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir,
sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : “Allahumma Jannibnis Syaitan
Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.” Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-
lamanya. “

25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi
seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala
pemberian Allah s.w.t. (baik d! an buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan
memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah :
‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’ dan Allah s.w.t. tidak azabkannya
(turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-
domba. “

27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan
mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan
orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan
sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan
kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu
berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah
s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak
yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang
abdal (terkemuka),

You might also like