You are on page 1of 1

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj kami : SMKDSMLKG.06/06/025( )

Tarikh : 22 SEPTEMBER 2016

Pengurus Besar,
Perbadanan Muzium Melaka,
Kompleks Warisan Melaka,
Jalan Kota,
75000, Melaka

Tuan,

PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN MASUK PELAJAR PPKI SMK DATO’ SERI MAHARAJA
LELA KE MUZIUM KAPAL SELAM,MELAKA.
Perkara diatas dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


(PPKIBP) sekolah ini akan mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai Program
Pendidikan Khas di Melaka:Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 – 7 OKTOBER 2016 (Khamis – Jumaat)


Tempat yang dilawati : Muzium Kapal Selam ,Klebang,Melaka
Bilangan : 30 pelajar OKU sekolah menengah dan 12 orang guru.

3. Sehubungan dengan itu,pihak PPKIBP ingin memohon pengecualian bayaran masuk untuk pelajar-
pelajar dan guru semasa lawatan itu.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Aizah Bt Maad di talian
017- 5330439 atau Cikgu Azizan 019 – 4241268.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan,pelajar – pelajar PPKIBP di sini terdiri daripada pelajar istimewa
yang mempunyai pelbagai masalah pembelajaran seperti lembam,down sindrom,slow learner,hiperaktif
,kerencatan akal dan disleksia.
5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.Perhatian dan
tindakan daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Sekian terima kasih.
“ MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………….

You might also like