You are on page 1of 6

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

SOALAN LAZIM LOAN ADMIN – SELESAI PINJAMAN (SP)

Soalan : Saya telah menyelesaikan pinjaman dan pihak tuan telah terlebih potongan
pinjaman saya. Bagaimanakah prosedur untuk mendapat semula lebihan tersebut.
Jawapan Peminjam dikehendaki mengisi Borang Tuntutan Lebihan Potongan Peminjam yang
: boleh dimuat turun dari Portal LPPSA > Panduan Pembiayaan > Borang > Borang
Akaun > Borang Tuntutan Lebihan Potongan Peminjam
Sila lengkapkan borang tersebut berserta dengan salinan muka hadapan buku simpanan
mengandungi butir-butir nombor akaun bank (salinan perlu telah disahkan oleh pihak
bank).
Borang yang lengkap hendaklah dihantar kepada LPPSA dengan kadar segera.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana
Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA
(u.p. Seksyen Selesai Pinjaman).
Soalan : Assalamualaikum, saya telah membuat penyelesaian awal pinjaman berjumlah
RMxxxxx pada Jan 2016 yang lalu. Bagaimanakah proses untuk saya
mendapatkan geran dan pembayaran baki insurans. Mohon keluarkan arahan
pemberhentian potongan pinjaman saya.
Jawapan LPPSA akan mengeluarkan Surat Pengesahan Selesai yang juga merupakan Arahan
: Pemberhentian Potongan kepada jabatan tempat bekerja dan dihantar sesalinan kepada
Tuan sebagai pemakluman dan pengesahan selesai. Manakala bagi tuntutan baki
insurans, surat yang sama telah dihantar kepada pihak insurans untuk tindakan lanjut.
Sila berhubung terus dengan Unit Insurans Etiqa Putrajaya Government Business Unit,
Aras 2 Blok Selatan, Perbendaharaan 2 di talian Tel: 03-8881 1388.
Soalan : Saya telah menyelesaikan pinjaman rumah pada bulan xxx 20xx. Apa yang patut
saya lakukan?
Jawapan Pihak kami akan membuat semakan ke atas fail tuan, Sekiranya benar pinjaman telah
: selesai dan tiada tunggakan, pihak kami akan mengeluarkan Surat Arahan
Pemberhentian Potongan Pinjaman ke alamat seperti di sistem.
Soalan : Saya ingin mengetahui status geran tanah saya. Untuk pengetahuan tuan, saya
telah melangsaikan hutang rumah saya.
Jawapan Dokumen pelepasan hanya akan dikeluarkan oleh Unit Geran selepas mendapat
: pengesahan selesai pinjaman daripada Seksyen Akaun. Dipohon tuan menghubungi
Unit Penyelesaian Pinjaman, Seksyen Akaun, bagi pertanyaan lanjut di Pusat Panggilan
Utama: 03 - 8880 1600.
Pusat Panggilan Utama : 03 - 8880 1600
No.9, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

WAKTU OPERASI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) :

PUSAT PANGGILAN
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI - 5.30 PETANG
(Waktu Rehat : Pusat Panggilan BEROPERASI)
JUMAAT
JAM 8.00 PAGI – 5.30 PETANG
(Waktu Rehat : DITUTUP Jam 12.30 tengahari – 2.30 petang)
** Untuk Makluman, Talian Pusat Panggilan Sangat Sibuk Pada Jam
10.00 Pagi Sehingga 1.00 Petang Dan
2.30 Petang Sehingga 4.00 Petang. Oleh Itu LPPSA Menggalakkan Panggilan Dibuat Di Luar Wak
tu Sibuk.

KAUNTER PUSAT
ISNIN HINGGA KHAMIS
JAM 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
(Waktu Rehat : Kaunter Pusat DIBUKA)
JUMAAT
JAM 8.00 PAGI – 4.30 PETANG
(Waktu Rehat : DITUTUP Jam 11.45 pagi – 2.45 petang)
A. Tamat Tempoh Ansuran Bayaran Balik

Potongan Gaji /Pencen bagi ansuran bayaran balik pinjaman dilakukan mengikut Arahan
Potongan Gaji / Arahan Potongan Pencen dan tiada tunggakan.

B. Bayaran Sekaligus

Tujuan:

Menjual harta kepada pihak yang mendapatkan pembiayaan bank / institusi kewangan lain.

Menjual harta kepada pihak yang mendapatkan pembiayaan perumahan Perbendaharaan


(Kontra).

Meyelesaikan pinjaman dengan sumber kewangan sendiri.

A PENYELESAIAN TAMAT TEMPOH PINJAMAN

Bil Aktiviti Urusan Dokumen Tempoh

1 Penyemakan lejer akaun Seksyen Akaun Surat Arahan Pemerhentian 3 minggu =


pinjaman bagi pemberhentian Potongan Gaji / Pencen 15 hari
potongan (3 bulan sebelum bekerja
potongan berakhir)
Pengesahan penyelesaian
pinjaman (2 bulan selepas
potongan terakhir)

2 Penyediaan dokumen urusan Seksyen Dokumen hakmilik, 2 minggu


pelepasan hakmilik Cagaran (Unit Borang 16N, Suratan hakmilik,
Geran) Dokumen Reassignment &
Release

3 Permohonan untuk dapatkan Seksyen Surat permohonan kepada 2 minggu


dokumen hakmilik dari Ketua Cagaran (Unit KPTG
Pengarah Tanah & Galian Geran)
(KPTG)
(bagi kes hakmilik disimpan di
KPTG dan kesemua kes
Sabah & Serawak)

4 Penerimaan dokumen surat Dokumen hakmilik Borang 1 – 3 Bulan


hakmilik gadaian beserta Borang 16N
dari KPTG

5 Penyerahan hakmilik kepada Dokumen hakmilik 2 minggu


peminjam
/ peguam
B PENYELESAIAN SECARA SELESAI HUTANG

Bil Aktiviti Urusan Dokumen Tempoh

1 Memohon Penyata Baki Hutang Seksyen Akaun Penyata Baki Hutang/Penyata 3 minggu =
(Unit PP) Baki Hutang dan Akujanji 15 hari
Melepaskan Gadaian/Perjanjian bekerja (dari
Pinjaman dan Penyerahan Hak tarikh surat
Semula kelulusan
menjual
harta)

2 Memohon kelulusan menjual Seksyen Surat kelulusan jual harta 2 minggu


harta Cagaran (Unit
Geran)

3 Bayaran selesai hutang:- Seksyen Akaun Resit 3 minggu =


(Unit TB) 15 hari
a) Melalui Deraf Bank/Kiriman Surat Arahan Pemerhentian
bekerja
Wang/Kiriman Pos - Bayaran Seksyen Akaun Potongan Gaji/Pencen, Surat
kepada: LEMBAGA (Unit SP) Pengesahan Selesai Hutang
PEMBIAYAAN
PERUMAHAN SEKTOR
AWAM atau;
b) Bayaran Online
melaluiwww.malaysia.gov.my
Pengesahan selesai hutang

4 Penyediaan dokumen urusan Seksyen Dokumen Hakmilik, Borang 2 minggu


pelepasan hakmilik Cagaran (Unit 16N, Suratan hakmilik,
Geran) Dokumen Reassignment

5 Permohonan untuk dapatkan Seksyen Surat permohonan kepada 2 minggu


dokumen hakmilik dari KPTG ( Cagaran (Unit KPTG
bagi kes hakmilik disimpan di Geran)
KPTG dan kesemua kes
Sabah dan Sarawak )

6 Penerimaan dokumen hakmilik Seksyen Dokumen hakmilik 2 minggu


dari KPTG Cagaran (Unit
Geran)

7 Penyerahan hakmilik kepada Seksyen Dokumen hakmilik 2 minggu


peminjam Cagaran (Unit
/ peguam Geran)
Kaedah penyelesaian awal pinjaman

Peminjam boleh memendekkan tempoh bayaran balik atau menyelesaikan baki


pinjaman lebih awal melalui cara-cara berikut:-

( i ) bayaran selesai hutang atau sebahagian hutang;


( ii ) menambah amaun ansuran bulanan melalui potongan gaji/pencen; dan
( iii ) membayar sendiri samada melalui Wang Pos/Kiriman Pos di samping Potongan
Gaji/Potongan Pencen Bulanan.

Peminjam yang bercadang untuk memendekkan tempoh bayaran balik melalui


kaedah (ii) di atas perlu mengemukakan surat yang menyatakan keupayaan maksima
bagi membolehkan BPP mengeluarkan pindaan Arahan Potongan Gaji (APG) kepada
majikan/ jabatan atau Arahan Potongan Pencen (APP) kepada JPA/JHEV. BPP tidak
akan melayan sebarang perubahan bagi mengurangkan potongan yang telah dipinda
kecuali sekiranya peminjam ingin menambah lagi potongan tersebut.

Bagi bayaran sebahagian hutang yang sama atau melebihi ansuran enam (6) bulan,
peminjam boleh memohon untuk mengurangkan amaun ansuran bulanan bagi baki
pinjaman yang selebihnya.

Bagi penyelesaian penuh (sekaligus), peminjam hendaklah terlebih dahulu memohon


penyata baki hutang pinjaman untuk tujuan penyelesaian penuh secara rasmi melalui
surat/fax/email daripada Seksyen Akaun (Unit Penyelengaraan Pinjaman).Surat
permohonan hendaklah menyatakan perkara berikut :

( i ) Nama peminjam,
( ii ) No akaun/no fail,
( iii ) Cara penyelesaian (wang simpanan / pengeluaran caruman KWSP)
( iv ) Cawangan dan alamat KWSP (jika melibatkan pengeluaran caruman KWSP)

Sekiranya penyelesaian penuh (sekaligus) melibatkan penjualan / mencagar


semula harta kepada pihak ketiga, permohonan penjualan harta perlu
dikemukakan dengan menyatakan perkara berikut:

( i ) Nama peminjam,

( ii ) No akaun / no fail,

( iii ) Nama dan alamat peguam,

( iv ) Nama dan alamat bank (sekiranya melibatkan penyelesaian oleh bank).


Faedah Penyelesaian Awal Pinjaman/ Memendekkan Tempoh Bayaran Balik

Faedah menjelaskan hutang dengan lebih awal atau membayar ansuran bulanan atas
kadar melebihi APG/APP adalah seperti berikut:-

i) Jumlah faedah keseluruhan yang perlu dibayar akan menjadi kurang berbanding
dengan jumlah faedah asal dan

ii) mendapat pulangan lebihan daripada syarikat insurans dalam bentuk "Cash
Surrender Value" ke atas polisi insuran MRTA bagi tempoh perlindungan yang tidak
digunakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Helpdesk Seksyen Akaun - 03-88802066/2067

Helpdesk Unit PP (penyata baki hutang) - 03 8880 2481

(bayaran untuk sebahagian hutang) - 03 8880 2684

Helpdesk Unit SP (pengesahan selesai hutang) - 03 8880 2934

Helpdesk Unit PB (menambah amaun potongan gaji/pencen) - 03 8880 2655

Helpdesk Unit TB (Pengeluaran Resit - 03 8880 2397

Helpdesk Unit PPH (kebenaran penjualan harta) - 03 8880 2062

You might also like