You are on page 1of 11

PROJEK INOVASI PENDIDIKAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM


JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Disediakan oleh :
Seksyen Kualiti & Penyelidikan
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 1


PROJEK INOVASI PENDIDIKAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.

1. TUJUAN
Prosedur ini adalah bertujuan untuk memaklumkan dan menerangkan kepada warga pendidikan
mengenai pelaksanaan Projek Inovasi Pendidikan, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama
Islam Selangor.

2. PENDAHULUAN
Projek Inovasi Pendidikan bertujuan memastikan kesinambungan Hasil Kajian Tindakan yang telah
dilaksanakan oleh guru-guru Sekolah Agama Negeri Selangor terus dilaksanakan di sekolah
berkenaan dan digunakan oleh sekolah-sekolah lain ke arah meningkatkan mutu pendidikan.
Penambahbaikan harus dilaksanakan dengan harapan agar ianya memenuhi kriteria Anugerah
Inovasi Sektor Awam Selangor ( AISAS) anjuran kerajaan Negeri .

3. JUSTIFIKASI / RASIONAL
1. Prosedur ini digunakan oleh Seksyen Kualiti dan Penyelidikan di Bahagian Pendidikan Islam
dan Unit Pendidikan Islam di Pejabat Agama Islam Daerah dalam mengenal pasti kumpulan atau
individu guru yang telah berjaya memperlihatkan keberkesanan hasil inovasi yang telah dihasilkan
sama ada berbentuk Bahan Pengajaran atau sistem pengurusan perkhidmatan.

2. Kriteria ini diharapkan agar dapat memenuhi syarat Anugerah Inovasi Pendidikan
menggantikan Anugerah Guru Inovatif dan Kreatif sempena Hari Guru dimana pemilihan
berdasarkan Kajian Tindakan.

3.Prosedur ini merupakan satu usaha berterusan perancangan strategik inovasi BPI dalam
mentransformasikan organisasi serta meningkatkan Budaya Inovasi dalam kalangan warga
Pendidikan JAIS serta membangunkan kemahiran berfikir secara inovatif yang dapat dimasukkan
dalam setiap latihan/kursus/bengkel/seminar dan sesi pembelajaran dalam organisasi.

4. OBJEKTIF
1. Memberi pengiktirafan kepada Hasil Inovasi yang diperkenalkan atau dicipta oleh guru
atau kakitangan sekolah, Unit Pendidikan Islam atau Bahagian Pendidikan Islam Jabatan
Agama Islam Selangor.

2. Mengenalpasti dan memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah
sekolah atau agensi lain.

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 2


3. Menggalakkan warga pendidikan dalam melaksanakan pelbagai pembaharuan dan
penambahbaikan berimpak di institusi masing-masing.

4. Sebagai platform kepada warga pendidikan dalam membudayakan kerja cemerlang, kreatif
dan berinovatif.

5. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian Pengajaran & Pembelajaran dan


perkhidmatan kepada pelanggan.

6. Menyemarakkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga pendidikan JAIS ke arah
memperbaiki amalan pengurusan organisasi secara keseluruhan.

5. DEFINISI
INOVASI - Hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek Pengajaran &
Pembelajaran serta kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi . Hasil
inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah atau cara
bekerja / mengajar mahupun pengenalan teknologi pendidikan.

KREATIF - Mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea


baru dan asli

6. KONSEP ATAU CIRI-CIRI PROJEK INOVASI


1. IMPAK - Penjimatan kos / masa malah projek mempunyai impak kepada beberapa aspek
pendidikan khususnya Pengajaran & Pembelajaran .

2. RELEVAN - Berkaitan rapat dengan organisasi dan agenda ( isu ) pendidikan global ( terkini )
merangkumi apa-apa perubahan kaedah atau cara bekerja daripada amalan sedia ada yang
akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan system penyampaian perkhidmatan
pendidikan.

3. PASARAN - Bersifat boleh digunapakai / diseragamkan kepada pihak lain ( guru-guru dan
sekolah lain )

4. UNIK/BARU - Berbentuk inovasi / penciptaan baru dan belum dilakukan oleh mana-mana
pihak (terbaik ) harus juga berteraskan perekayasaan/penambahbaikan dalam menambahbaikan
sesuatu penyampaian atau pengurusan perkhidmatan.

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 3


7. FAEDAH MELAHIRKAN PEKERJA /GURU YANG BERFIKIRAN INOVATIF DAN KREATIF
1. Mengeratkan perhubungan staf
2. Memupuk kerjasama kalangan warga kerja
3. Meningkatkan daya saing penjawat awam
4. Menjimatkan kos
5. Meningkatkan kualiti dan Produktiviti
6. Meningkatkan kemampuan pekerja
7. Memberi kepuasan bekerja
8. Meningkatkan Imej Perkhidmatan Awam
9. Mewujudkan budaya kerja berpasukan dan berprestasi tinggi

8. PERBEZAAN KAJIAN TINDAKAN DAN PROJEK INOVASI


KAJIAN TINDAKAN
1. Kajian terhad kepada guru dalam sekolah yang sama.
2. Terdiri daripada dua atau tiga orang guru yang melaksanakan PdP.
3. Penekanan kepada hanya aspek penyelesaian masalah PdP sahaja.
4. Teknik Penyelesaian masalah terhad kepada tajuk kecil dalam Mata Pelajaran yang diajar
sahaja.
5. Memasukkan teknik penjanaan idea kreatif dan strategi penambahbaikan proses PdP.

PROJEK INOVASI
1. Keahlian terbuka dan merentasi semua sekolah /UPI /BPI.
2. Terdiri daripada guru atau pegawai di pelbagai peringkat jawatan.
3. Penekanan kepada aspek Inovasi dan Kreativiti, tidak terhad kepada penyelesaian masalah
PdP.
4. Teknik penyelesaian masalah dipelbagaikan dan diperluaskan.
5. Memasukkan tenik penjanaan idea kreatif dan strategi penambahbaikan proses PdP dan
pengurusan pendidikan.

9. PELAKSANAAN PROJEK INOVATIF DAN KREATIF


Strategi bagi melaksanakan Inovasi yang berkesan ialah :
1. Mewujudkan struktur Inovasi
2. Menyediakan Latihan yang berkesan dan berterusan
3. Memberi penghargaan dan pengiktirafan

10. SASARAN PENYERTAAN


1. Guru dan Pentadbir di sekolah
2. Pegawai dan kakitangan sokongan di UPI dan BPI

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 4


11. STRUKTUR DAN PERANAN
1. Jawatankuasa penyelaras pelaksanaan terdiri daripada :
1. Peringkat sekolah – dipengerusikan oleh Guru Besar
2. Peringkat daerah – dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah
3. Peringkat Negeri - dipengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan, BPI.
2. Sekretariat peringkat BPI adalah terdiri daripada :
1. Penasihat : Ketua Penolong Pengarah
2. Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan
3. Setiausaha : PPK Unit Latihan Kulaiti & Penyelidikan
4. Naib Setiausaha : Penyelia Kanan Kualiti & Penyelidikan
5. Ahli : Penyelia Pengurusan Pendidikan UPI,PAID
Penyelia Kualiti & Penyelidikan
6. Urus setia : Seksyen Kualiti & Penyelidikan

3. Sekretariat peringkat daerah adalah terdiri daripada :


1. Penasihat : Pegawai Tadbir Agama
2. Pengerusi : Penolong Pegawai Tadbir Agama
3. Setiausaha : Penyelia Pengurusan Pendidikan
4. Naib Setiausaha : Penyelaras PKG
5. Ahli : Penyelia Akademik
Penyelia Naziran
6. Urus setia : UPI

4. Peranan Kumpulan Inovasi :


PENGERUSI - Memastikan pelaksanaan budaya Inovasi dan Kreativiti sentiasa
diselaras dan dipantau di peringkat sekolah, daerah dan Jabatan.
FASILITATOR - Berhubung dengan semua peringkat pengurusan serta mendapat
sokongan dan bantuan mereka di samping membimbing pasukan
Inovasi
KETUA KUMPULAN - Mengetuai kumpulan dalam merancang serta melaksanakan projek
Inovasi menerusi sesi mesyuarat dan perbincangan
AHLI KUMPULAN - Menyertai serta membantu kumpulan dalam merancang serta
melaksanakan projek Inovasi sehingga berjaya dipersembahkan

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 5


12. TATACARA PENYERTAAN
Semua warga pendidikan JAIS yang ingin menyertai Anugerah Inovasi perlu menyempurnakan
perkara-perkara berikut :
1. Melengkapkan borang penyertaan di Lampiran A.
2. Menyerahkan Ringkasan Hasil Inovasi dengan memberikan pernyataan berkaitan Hasil Inovasi
di Lampiran B.
3. Menyerahkan Laporan Hasil Inovasi ( 5 Naskhah berwarna ) dengan menggunakan format di
Lampiran C.
4. Ringkasan Hasil Inovasi bersama Laporan Hasil Inovasi perlu disediakan dalam Bahasa Melayu
dan menggunakan format font Arial, bersaiz 12 dan 1.5 spacing.
5. Borang penyertaan perlu dikemukakan bersama-sama dengan laporan Hasil Inovasi kepada
Urus Setia Anugerah Inovasi sebelum atau pada 19 April 2017

13. TENTATIF PROJEK INOVASI


BIL. PERKARA TARIKH TINDAKAN
CADANGAN
1. Membentangkan Prosedur Anugerah
Inovasi dalam Mesyuarat Pengurusan 11 Januari 2017 PPK ULKP
kanan untuk persetujuan pelaksanaan.
Membentangkan Prosedur Anugerah
2. Inovasi kepada Penolong Pegawai Tadbir 23 Januari 2017 PPK ULKP
Agama Daerah untuk sebaran ke UPI dan
Sekolah.
Edaran makluman Prosedur Anugerah
3. Inovasi dan Borang Penyertaan kepada 15 -17 Februari 2017 Penyelia Pengurusan
semua guru dan Kakitangan di daerah. Daerah
Mewujudkan kumpulan dan menyediakan
4. maklumat kumpulan 20 Februari Hingga Pegawai /Guru
Menyediakan bahan dan Laporan Hasil 31 Mac 2017 Besar/Guru-guru
Inovasi
5. Menyerahkan Borang penyertaan kepada
03 April 2017 Ketua Kumpulan
Urus setia Daerah
6. Penilaian Hasil Inovasi di peringkat 01 hingga 15 April
Pen. PTAD
Daerah 2017
Menyerahkan Borang penyertaan kepada 21 April 2017
Urus setia BPI
7. Urus setia BPI Anugerah Inovasi
Penyertaan seterusnya akan dinilai dan
8. ditapis di Peringkat Urusetia anugerah 26 hingga 28 April Urus setia BPI
Inovasi 2017
9. Lawatan pemeriksaan Hasil Inovasi di 29 April hingga 3
Panel Penilaian
Premis Mei 2017

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 6


10. Pembentangan Hasil Inovasi oleh Ahli Kumpulan &
penyedia dan dinilai oleh Panel Penilaian 18 Mei 2017 Panel Khas
Seminar Inovasi Ildas
Keputusan Panel akan dibawa ke
11. mesyuarat Jawatankuasa Inovasi untuk Ketua Panel
22 Mei 2017
disahkan dan diluluskan. Penilaian

12. Keputusan Anugerah Inovasi akan


18 Mei 2017 Urus setia
diumunkan pada hari Guru JAIS.

14. PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN


1.Anugerah Guru Inovatif dan Kreatif Sempena Hari Guru JAIS.
2.Dijadikan sebagai salah satu petunjuk prestasi utama atau KPI
3.Dipertimbangkan sebagai salah satu kriteria penilaian prestasi tahunan dan kenaikan
pangkat
4.Lain-lain pengiktirafan yang sesuai

15. PENILAIAN
15.1 Pemarkahan

BIL. KATEGORI PEMARKAHAN % PEMARKAHAN


01. Idea
Idea yang dicetuskan dalam inovasi dinilai dari segi kretivitinya 20
iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.

02. Hasil Inovasi( Output )


Hasil Inovasi diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan 30
dan replicability sesuatu Inovasi.

03. Impak ( Outcome )


Penilaian Impak akan dinilai berdasarkan kepada kriteria efisyen
(kecekapan) dan signifikan (kepentingan) sesuatu Inovasi 40
tersebut.

04. Penilaian Dokumentasi dan Persembahan Hasil Inovasi


*Persembahan yang jelas terutama dari aspek teknikal,
penggunaan visual, komunikasi oral dan pengucapan awam yang 10
berkesan.
* Dokumentasi Hasil Inovasi yang menerangkan dengan terperici
dan menyeluruh berkaitan projek.

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 7


15.2 Mekanisma Penilaian

Penilaian Hasil Inovasi seperti berikut :

1. Penyertaan peringkat pertama akan ditapis oleh Ketua agensi daerah berdasarkan kepada 2
kumpulan cadangan Hasil Inovasi
2. Penyertaan seterusnya akan diperhalusi dan ditapis di peringkat Panel Penilai Negeri bagi
memastikan Hasil Inovasi yang dikemukakan adalah layak dan memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.
3. Lawatan pemeriksaan hasil Inovasi akan dilakukan di premis sekolah atau sebarang lokasi yang
dicadangkan oleh peserta pertandingan.
4. Hasil Inovasi seterusnya akan di bawa ke Jawatankuasa Penilaian untuk tujuan pembentangan
oleh penyelia Hasil Inovasi dan dinilai oleh para Panel.
5. Keputusan Jawatankuasa Penilai akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Inovasi untuk disahkan
dan diluluskan.

16. GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN


Cadangan Ganjaran dan pengiktirafan seperti berikut :
1. Tempat pertama RM 1000.00 berserta sijil.
2. Tempat kedua RM 800.00 berserta sijil.
3. Tempat ketiga RM 500.00 beserta sijil.
* Tertakluk kepada peruntukan semasa

17. PENUTUP
Hasil Inovasi serta Kajian Tindakan perlu dilihat secara positif kerana keduanya mempunyai
kelebihan kompetitif atau komparatif. Perubahan persepsi perlu jelas tentang sumbangan strategi
inovasi terhadap kejayaan organisasi dimana budaya inovasi berjaya meningkatkan serta
mentransformasikan organisasi, khasnya kerja berpasukan, komunikasi, penglibatan
kakitangan/guru dan kepercayaan warga pendidikan.
Inovasi dan Kreativiti bukannya aktiviti berasingan dalam pengurusan organisasi seperti MS ISO,
program kualiti dan sebagainya. Bersesuaian dengan sifatnya yang kreatif usaha inovasi ini wajar
dilaksanakan secara kreatif dan inovatif.
Usaha Inovasi BPI masih mengalami proses pembaharuan bersesuaian dengan perubahan dalam
persekitaran pendidikan JAIS malah mampu bersaing dengan usaha Jabatan lain yang telah lama
menyertai dan membudayakan Inovasi dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan.

Disediakan oleh :
Seksyen Kualiti & Penyelidikan
Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.
Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 8
0 Lampiran A
PENCALONAN GURU INOVATIF
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
MAKLUMAT CALON

Nama Calon / Kumpulan : No. K.P. Baru :

Jantina :

Nama Sekolah :

No Telefon :
No Faks :
E-mail:

Jawatan di sekolah* 1.
2.
3.
4.
5.

Kelulusan Akademik :
Tahun / Institusi :

Kelulusan Akademik :
Tahun / Institusi :

Tajuk / Tema Projek :

 Jika penyertaan secara kumpulan, lengkapkan maklumat ahli dalam borang lain dan
dilampirkan bersama borang pencalonan.

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 9


Lampiran B

RINGKASAN HASIL INOVASI

Tajuk Hasil Inovasi

_________________________________________________________________________________

Nama Kumpulan / Sekolah / Agensi

_________________________________________________________________________________

Penerangan Hasil Inovasi

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Kebaikan Hasil Inovasi

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 10


Lampiran C

LAPORAN HASIL INOVASI

Guru hendaklah menyediakan satu penulisan yang mengandungi perkar-perkara berikut :

BIL. PERKARA

1. Tajuk / Tema Inovasi

2. Sinopsis Inovasi

3. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan

4. Latar Belakang
*Kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan
* Masalah-masalah yang dihadapi

5. Objektif Inovasi

6. Tarikh mula dan siap pelaksanaan

7. Inovasi yang dilaksanakan


* Bentuk bahan
* Pengendalian
* Perbelanjaan

8. Bentuk kejayaan
* Pengurangan kos operasi
* Penjimatan masa
* Peningkatan keberkesanan pengurusan atau pengajaran dan
pembelajaran
* Peningkatan dalam tahap kepuasan hati guru / pelajar/ pelanggan
* Faedha-faedah lain.

9. Keterangan lain yang berkaitan

10. Cadangan & kesimpulan

Seksyen Kualiti & Penyelidikan BPI JAIS. Halaman 11

You might also like