You are on page 1of 14

Bahagian A

[75 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

1. (a) Rajah yang berikut menunjukkan Hierarki Keperluan Maslow.

Keperluan fisiologi

Terangkan Y dan Z. [8 markah]

(b) Rajah di bawah ini berkaitan dengan cabang pengeluaran

Terangkan P dan Q. [6 markah]

(c) i. Jelaskan maksud pengeluaran langsung. [2 markah]


ii. Apakah kelemahan pengeluaran langsung? [3 markah]

1
(d) Gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti di sebuah ladang kelapa sawit.

Huraikan dua faktor pengeluaran yang terlibat. [6 markah]

2. (a) Apakah maksud perdagangan? [2 markah]

(b) Mengapakah seorang juruhebah radio dikatakan terlibat dalam aktiviti


perdagangan tetapi tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan? [4 markah]

(c) Maklumat yang berikut berkaitan dengan Puan Anita.

Puan Anita adalah seorang pengusaha kain batik di Pasir Mas,


Kelantan yang telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun.
Perniagaan beliau terkenal sebagai pembekal kain-kain batik yang
bermutu tinggi ke seluruh negeri di Malaysia. Kini, beliau
meluaaskan perniagaannya dengan membekalkan kain-kain batik ke
Jepun, Australia dan Vietnam.

i. Huraikan jenis perniagaan yang dijalankan oleh Puan Anita. [8 markah]

ii. Bagaimanakah perkhidmatan bank dan promosi boleh membantu


perniagaan beliau? [11 markah]

2
3. (a) Maklumat yang berikut mengenai sejenis perniagaan.

Lokasi Bandar
Kaedah Jualan Tunai dan kad kredit
Barang makanan basah dan kering, perkakasan dapur,
Jenis Barang peralatan elektrik, pakaian, serta pelbagai jenis barang
yang Dijual
pengguna

i. Nyatakan jenis perniagaan tersebut. [2 markah]

ii. Mengapakah pengguna gemar memilih jenis perniagaan di 3 (a) i.?


Terangkan. [10 markah]

(b) Gambar di bawah ini menunjukkan sejenis perniagaan runcit.

Terangkan ciri-ciri perniagaan di atas. [9 markah]

(c) Terangkan secara ringkas mengenai:


i. mesin peruncitan automatik [2 markah]
ii. e-dagang [2 markah]

3
4. (a) Maklumat yang berikut menjelaskan kecenderungan tiga orang spekulator.

Spekulator Kecenderungan
Encik Lee Bercadang untuk menjual syernya apabila harga meningkat
Encik Kumar Memberli syernya semua apabila harga syer jatuh
Berminat terhadap saham terbitan baharu dan berharap
Encik Rahim
memperoleh keuntungan dalam masa yang singkat

i. Apakah maksud spekulator? [3 markah]


ii. Nyatakan jenis spekulator bagi setiap individu tersebut. [3 markah]
iii. Kemukakan alasan anda di 4(a) i. [6 markah]

(b) Terangkan perbezaan syer biasa dengan syer keutamaan. [8 markah]

(c) Jelaskan kelebihan unit amanah sebagai satu bentuk pelaburan. [5 markah]

5. (a) Terangkan prinsip-prinsip yang di amalkan dalam sistem perbankan Islam.


[5 markah]

(b) Yang berikut adalah maklumat tentang dua orang pelanggan bank.

 Amin menyimpan wang dalam Akaun Simpanan di Bank


Putra Bhd., Kajang
 Safuan pula menyimpan wang dalam Akaun Wadiah di
bank yang sama

i. Nyatakan sistem perbankan yang digunakan oleh Amin dan Safuan.


[2 markah]
ii. Terangkan perbandingan antara sistem perbankan yang digunakan di
5(a) i. [10 markah]

4
(c) Rajah di bawah ini menunjukkan sekeping cek.

BANK SEMUA BERHAD

No. 13, JALAN MAJU

01000 KANGAR, PERLIS

Tarikh: 10 April 2013

Bayar: Kedai Perabot Hanif__________________

Ringgit Malaysia: Empat Ribu Dua Ratus Sahaja_ RM4 020.00

Sahara

432511 03 886533 0000086722 02

i. Terangkan dua pihak yang terlibat dalam cek tersebut. [4 markah]

ii. Pada 5 April 2013, pemilik Kedai Perabot Hanif telah membawa cek
tersebut ke Bank Jasa Bhd., Kulim, Kedah untuk didepositkan tetapi telah
ditolak oleh pihak bank.
Terangkan dua sebab. [4 markah]

5
Bahagian B
[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab

Arahan: Baca petikan di bawah ini dengan teliti.

Timur Raya Enterprise sebuah kedai buku dan alat tulis yang mula beroperasi di Ipoh, Perak
sejak dua bulan yang lalu. Pemiliknya, Encik Hashim dan Encik Mansor merupakan pesara
angkatan tentera. Mereka menggaji tiga orang pekerja tetap dan tiga orang pekerja sambilan
yang dibayar gaji secara bulanan.

Bekalan buku dan alat tulis diperoleh secara tunai daripada beberapa pembekal di
sekitar Ipoh dan Pulau Pinang. Pelanggannya pula terdiri daripada pelajar sekolah dan institusi
pengajian tinggi di sekitar Ipoh. Urus niaganya pula adalah dalam bentuk tunai.

Setakat ini mereka masih belum membuka sebarang akaun di bank untuk urusan
bayaran atau simpanan atas alasan wang yang ada hanya cukup untuk membuat pusingan
modal. Walau bagaimanapun, hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah keselamatan dan
menyukarkan urusan pembayaran kepada pembekal dan juga urusan pembayaran gaji pekerja.

Setelah berbincang, Encik Hashim mencadangkan agar akaun simpanan dibuka atas alasan
syarikat memperoleh faedah atas simpanan, manakala Encik Mansor pula mahu Timur Raya
Enterprise membuka akaun semasa.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) Apakah jenis akaun bank yang sesuai dibuka oleh Timur Raya Enterprise?

Terangkan alasan anda. [9 markah]

(b) i. Selain bayaran secara tunai atau cek, terangkan cara lain Timur Raya Enterprise

boleh membayar gaji pekerjanya? [6 markah]

ii. Terangkan perkhidmatan bank yang dapat membantu Timur Raya Enterprise
sekiranya mereka menghadapi masalah aliran tunai. [5 markah]

(c) Sekiranya pembekal meminta bayaran diposkan kepada mereka, terangkan jenis cek
yang sesuai digunakan. [5 markah]

6
Skema Jawapan

Soalan 1

(a) Y – Keperluan sosial [1 m]


Z – Keperluan rohani [1 m]

Kepeluan sosial (Y)


 Manusia perlu bergaul dan hidup bermasyarakat [1m]
 Dapat dibahagikan kepada keperluan kasih sayang dan
keperluan penghargaan [1 m]
 Keperluan kasih sayang merujuk kepada keinginan manusia untuk disayangi dan
diterima oleh keluarga dan masyarakat [1 m]
 Keperluan penghargaan merujuk kepada keinginan mendapat penghargaan,
penghormatan dan pengiktirafan daripada orang lain atas sumbangan atau
pencapaian diri [1 m]

Keperluan rohani (Z)

 Merujuk kepada keinginan seseorang untuk memenuhi hasrat diri, mencapai cita-
cita dan memajukan diri [1 m]
 Mendorong manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat
hidupnya [1 m]
(b) P ialah khidmat langsung [1 m]
Q ialah ekstraktif [1 m]

Khidmat langsung (P)


 Meiputi semua perkhidmatan peribadi yang diberikan kepada pengguna secara
langsung untuk memenuhi keperluan dan kehendak [1 m]
 Contohnya ialah perkhidmatan perubatan yang diberikan oleh seorang doktor [1 m]

Ekstraktif (Q)

 Semua aktiviti yang menghasilkan bahan mentah dari alam semula jadi [1 m]
 Contohnya ialah aktiviti pertanian dan perlombongan [1 m]

(c) i. Pengeluaran langsung bermaksud kegiatan pengeluaran oleh seseorang individu

7
untuk memuaskan keperluan dan kehendak diri sendiri dan keluarga [1 m]

dan tanpa bantuan orang luar [1 m]

ii. Kelemahan pengeluaran langsung

- hasil keluaran adalah terhad dan tiada lebihan untuk melakukan


pertukaran [1 m]
- justeru tidak wujud aktiviti perdagangan [1 m]
- oleh yang demikian, masyarakat tidak dapat menikmati pelbagai jenis
barangan [1 m]
- akibatnya, taraf hidup masyarakat sentiasa rendah [1 m]
- masyarakat hidup dalam kemiskinan [1 m]
- kecekapan dalam pengeluaran tidak berlaku [1 m]
- individu melakukan pelbagai jenis pekerjaan yang berbeza pada
setiap masa [1 m]
- tidak ada pengkhususan dalam proses pengeluaran [1 m]
- mutu barangan yang dihasilkan adalah rendah [1 m]
-

2. (a) - Perdagangan ialah proses pengagihan barang atau perkhidmatan

daripada pengeluar kepada pengguna akhir [1 m]

- Ia diagihkan dengan tepat pada masa, tempat dan harga bersesuaian

untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna [1 m]

(b)(i) - Juruhebah radio terlibat dalam aktiviti perdagangan kerana beliau

menjalankan aktiviti komunikasi [1 m]

- Aktiviti komunikasi merupakan salah satu jenis bantuan perniagaan [1 m]


- Juruhebah radio tidak menjalankan aktiviti jual beli demi mendapatkan
keuntungan [1 m]
- Beliau hanya memberi perkhidmatan menghebahkan berita atau maklumat
kepada orang lain secara lisan dan hanya dibayar gaji tetap. Ianya tidak
dianggap berniaga untuk mendapatkan keuntungan. [1 m]

8
(c) (i) perniagaan yang dikendalikan oleh Puan Anita ialah:

Perniagaan dalam negeri [1 m]

- Aktiviti membeli dan menjual barang dan perkhidmatan yang dijalankan


antara penduduk di sesebuah negara [1 m]
- Menjalankan perniagaan borong [1 m]
- Membekalkan kain-kain batik ke seluruh negeri di Malaysia [1 m]

Perniagaan Antarabangsa [1 m]

- Aktiviti jual beli antara sebuah negara dengan negara-negara lain [1 m]


- Menjalankan perniagaan eksport [1 m]
- Mengeksport kain-kain batik ke Jepun, Australia dan Vietnam [1 m]

(ii) Bantuan perkhidmatan bank kepada perniagaan Puan Anita. Pihak bank atau

institusi kewangan menyediakan pelbagai kemudahan seperti:

- Kemudahan penyimpanan [1 m]
- Memudahkan Puan Anita untuk menyiman wang hasil dari
perniagaan [1 m]
- Kemudahan pembayaran [1 m]
- Memudahkan Puan Anita membuat bayaran hutang atau bayaran
gaji pekerja [1 m]
- Kemudahan pembiayaan [1 m]
- Membantu Puan Anita membuat pinjaman untuk meluaskan lagi
perniagaan atau mengukuhkan lagi perniagaan [1 m]
- Kemudahan overdraf [1 m]
- Bank juga dapat membantu membiayai perniagaan antarabangsa
dengan mendiskaunkan bil perintah bayar atau menyediakan kredit
berdokumen [1 m]
- Bank bertindak sebagai perujuk [1 m]
- Menjadi perujuk kepada peniaga dengan mengeluarkan surat
perakuan kepada peniaga untuk memperakukan kedudukan
kreditnya [1 m]

9
- Bantuan promosi [1 m]
- Kaedah untuk memperkenalkan [1 m]
- Menyampaikan maklumat perniagaan kepada [1 m]
- Pengguna supaya membeli produk berkenaan [1 m]

Bantuan promosi kepada perniagaan Puan Anita:

 Mengiklanankan barang niaganya sama ada menerusi katalog dan papan tanda
[1 m]
 Promosi barang jualan dengan memberi potongan harga atau kupon percuma [1 m]
 Mengadakan publisiti yang meluas untuk mempromosikan barang niaganya [1 m]

3 (a) (i) pasar raya atau pasar raya besar [1 m]

(ii) pengguna gemar memilih jenis perniagaan tersebut kerana:

- Murah [1 m]
- Semasa promosi jualan [1 m]
- Pelbagai pilihan barangan dan bebas memilih [1 m]
- Terdapat aneka jenis/jenama barang [1 m]
- Suasana membeli-belah yang selesa [1 m]
- Sediakan pelbagai kemudahan contoh alat pendingin, muzik troli atau
restoran [1 m]
- Cara pembayaran yang mudah [1 m]
- Menggunakan kad kredit atau tunai [1 m]
- Lokasi mudah dikunjungi/lokasi strategik [1 m]
- Kawasan terletak di bandar, perumahan, pusat perniagaan, pusat
bandar atau pinggir bandar [1 m]
- Menjimatkan masa [1 m]
- Dapat membeli pelbagai barang di satu tempat/di bawah satu
bumbung [1 m]
- Jimat kos [1 m]
- Berhampiran tempat kediaman dan semua barang diperoleh dalam
satu tempat [1 m]

10
(b) Ciri-ciri perniagaan tersebut ialah:

- Modal yang kecil [1m]

- simpanan sendiri, pinjaman dari keluarga, kawan atau bank [1 m]

- pemilikan [1m]

- milikan tunggal / perkongsian [1 m]

- mudah dibentuk [1 m]

- tidak banyak peraturan yang perlu dipatuhi [1 m]

- mudah diurus [1 m]

- diurus oleh pemilik, ahli keluarga dan beberapa orang pekerja [1 m]

- lokasi perniagaan [1 m]

- dekat tempat tinggal pelanggan [1 m]

- layanan peribadi [1 m]

- hubungan peruncit dengan pelanggan [1 m]

- kos overhead atau belanja yang rendah [1 m]

- tidak perlu membayar sewa, iklan atau cukai [1 m]

(c) (i) Mesin peruncitan automatik

- menjual barang terus kepada pengguna secara automatik [1 m]

- beroperasi 24 jam [1 m]

(ii) E-dagang

- perniagaan yang dijalankan melalui media elektronik [1 m]

- melalui laman web [1 m]

4. (a) (i) Alasan Encik Lee

 membeli syer dengan harapan harga saham akan naik [1 m]


 perbezaan harga belian yang rendah dengan harga jualan yang
tinggi akan mendatangkan keuntungan [1 m]

(ii) Alasan Encik Samy

11
- menjual syer dengan harapan harga saham akan jatuh lagi [1 m]
- membeli semula syer apabila harganya semakin rendah [1 m]
- jika harganya tidak jatuh, dia akan menangguhkan penyerahan
saham ini [1 m]

Alasan Encik Rahman

 menunpukan perhatian terhadap saham terbitan baharu [1 m]


 menjual harga saham melebihi nilai tara [1 m]

(b) Perbezaan syer biasa dengan syer keutamaan

Syer Biasa Syer Keutamaan


Kadar berubah mengikut untung [1 m] Kadar ditetapkan setiap tahun [1 m]
Pembayaran dividen selepas dividen syer Mendahului pembayaran dividen [1 m]
utama [1 m]
Pelabur berhak mengundi dan memilih Pelabur tiada kuasa memilih ahli Lembaga
Lembaga Pengarah [1 m] Pengarah [1 m]
Pihak terakhir untuk menuntut modal jika Diberi keutamaan menuntut balik modal
syarikat dibubarkan [1 m] jika syarikat dibubarkan [1 m]

(c) Kelebihan unit amanah

- bentuk pelaburan berisiko rendah [1 m]

- sesuai untuk pelabur kecik, serta kewangan dan masa terhad [1 m]

- pelaburan diurus oleh pengurusan profesional [1 m]

- mendapat pulangan tetap atau dividen [1 m]

5. (a) Prinsip-prinsip yang diamalkan dalam sistem perbankan Islam

- Riba (faedah) tidak dibenarkan [1 m]

- tiada faedah dibayar atas simpanan dan tiada faedah dikenakan


untuk pinjaman [1 m]
- Mengamalkan prinsip Mudharabah dan Musyarakah (perkongsian untung)
[1 m]
- Keuntungan daripada pelaburan diagihkan mengikut nisbah yang
dipersetujui [1 m]
- Tiada unsur Gharar (Ketidakpastian) dan maisir (perjudian) [1 m]
- Tidak melabur dalam pelaburan yang ada unsur ketidakpastian dan
perjudian [1 m]

12
(b)(i) - sistem perbankan yang digunakan oleh amin ialah sistem

perbankan konvensional [1 m]

- Sistem perbankan yang digunakan oleh safuan – sistem perbankan


Islam [1 m]

(ii) Persamaan

- Kedua-duanya memberikan perkhidmatan yang sama kepada


pelanggan contohnya simpanan, pembayaran dan pinjaman [1 m]

Perbezaan

Perbankan Konvensional Perbankan Islam


Mengandungi unsur riba Mengharamkan riba [2 m]
Tertakluk kepada peraturan Bank Tertakluk kepada peraturan Bank
Negara Malaysia Negara Malaysia dan hukum
syarak [2 m]
Bebas melabur dalam semua Hanya melabur dalam sektor halal
sektor [2 m]
Penasihat terdiri daripada pakar Penasihat terdiri daripada ulama,
perbankan konvensional sahaja ahli akademik, dan pakar
perbankan Islam [2 m]

(c)(i) Pihak yang terlibat dalam cek:

Penyuruh bayar [1 m]

- Sahara merupakan pihak yang mengarahkan bank untuk membuat


bayaran [1 m]

Pesuruh bayar [1 m]

- Bank Semua Bhd yang diarahkan unuk membuat bayaran [1 m]

Penerima cek [1 m]

- Kedai perabot Hanif ialah pihak yang menerima bayaran [1 m]

(ii) Sebab cek yang dikemukakan oleh kedai Perabot Hanif ditolak untuk
bayaran oleh Bank Jasa Bhd, Kulim, Kedah:

- Cek bertarikh hadapan [1 m]


 Cek ini hanya boleh dikemukakan pada atau selepas 10 April
2013 untuk bayaran tetapi kedai perabot Hanif
mengemukakan cek kepada bank pada 5 April 2013 [1 m]

- Butiran dalam cek silap [1 m]


 Jumlah bayaran yang dinyatakan dalam angka dan perkataan
adalah berbeza [1 m]

13
14

You might also like