You are on page 1of 4

Rangkaian Pengagihan Pelanggan (CAN)

Apakah yang dimaksudkan dengan gambarajah di atas??

Ini adalah sistem rangkaian pengagihan pelanggan untuk talian telefon tetap yang diaplikasikan
di Malaysia.

Pengagihan kabel bermula daripada Ibusawat Telekom (Exchange) hingga ke rumah pelanggan.
Kebiasaannya,kabel utama yang digunakan ialah jenis PCUT (Paper Core Unit Twin) dan
PEUT (Polyethylene Unit Twin). Kabel PCUT adalah kabel yang mula-mula digunakan, tetapi sekarang
pihak Telekom telah menggunakan kabel PEUT pada setiap pemasangan. Saiz kabel PEUT terdiri
daripada 2400 pairs, 2000 pairs, 1600 pairs, 1400 pairs, 1200 pairs, 1000 pairs, 800 pairs, 600 pairs, 400
pairs, dan 200 pairs.
Saiz / bilangan maksima bagi PEUT kabel ialah 2400 pairs dan saiz minimanya ialah 200 pairs.

Penyambungan kabel PEUT bermula daripada bilik MDF (Main Distribution Frame) dan
disambungkan ke kabel luar didalam vault closure joint. Kabel utama akan melalui cable chamber di
bahagian bawah Ibusawat Telekom (Exchange), ducts(Sesalur) dan Manhole hingga ke Kabinet atau
SDF (Subcriber Distribution Frame) di dalam bangunan.

MDF Room
Cable Chamber

Kabel utama telah di masukkan tekanan gas dengan menggunakan sistem CGPA (Computerized
Gas Pressure Alarm System) dengan menggunakan dry air didalam vault closure.Ducts digunakan adalah
untuk memasang kabel baru dan ia juga adalah untuk melindungi kabel terdedah daripada kerosakkan.
Terdapat dua jenis ducts yang digunakan iaitu PVC dan G.I pipe. Ducts jenis PVC biasa digunakan pada
kawasan pemasangan yang normal, manakala G.I pipes digunakan sekira pemasangan kabel tersebut
melintangi jambatan, longkang dll. Sub-ducts pula dipasang didalam ducts khas untuk pemasangan kabel
Fiber Optic.

Sistem GPA

Kedudukan jarak maksima bagi Manhole ialah 220 meter. Manhole digunakan adalah untuk
menempatkan kabel-kabel yang telah disambungkan (Jointing Cable), dimana kabel yang bersaiz besar
bersambung dengan kabel yang bersaiz kecil. Contohnya ; 2400 pairs disambungkan kepada 2 daripada
1200pairs, manakala 1200 pairs disambungkan kepada 2 daripada 600 pairs. Saiz conductor gauge bagi
setiap wayar ialah 0.4 mm, 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm. Bilangan maksima kabel yang
disambungkan ke Kabinet ialah 600 pairs – ’E’ side / Primary cable. Rujuk rajah 1.
Kabinet adalah flexibility point, ia disambungkan ke ’D’ side pairs dengan menggunakan jumper
wires. Jumper wires berwarna biru dan putih berdiameter 0.5 mm digunakan untuk termination litar yang
biasa, manakala jumper wires yang berwarna merah dan jingga berdiameter 0.5 mm digunakan untuk litar
yang penting contohnya; leased circuit, data circuit dll. Kabinet juga digunakan sebagai tempat untuk
mengesan kerosakkan diantara kabel-kabel ’E’ dan ’D’ side.

Kabinet

Daripada Kabinet, PEUTFF (Polyethylene Unit Twin Fully Filled) disambungkan kepada hujung ’D’
side kabel dan diagihkan kepada DP’s (Distribution Pole). Kabel PEUTFF mempunyai beberapa saiz pairs
iaitu 10, 20, 30, 50, 100 dan 200 pairs. Terdapat beberapa jenis saiz conductor gauge bagi setiap wayarnya
iaitu 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm.

Kabel PEUTFF digunakan sebagai underground feed ke DP’s atau disambungkan ke kabel PEUTIB
(Polyethylene Unit Twin Integral Bearer) melalui Pole ke DP’s. Saiz bilangan kabel PEUTIB terdiri daripada
5, 10, 20, 30, 50, 100 dan 200 pairs. Terdapat beberapa jenis saiz conductor gauge bagi setiap wayarnya
iaitu 0.5 mm, 0.63 mm, 0.9 mm dan 1.27 mm.

Distribution Point (DP)

Laluan pada setiap pole terdapat stays dan struts. Telekom Malaysia menggunakan tiga jenis pole
iaitu :-

1) Iron Poles – 6.7 m dan 7.6 m.


2) Concrete Poles – 7.5 m.
3) Wooden Poles – 6.7 m dan 7.9 m.
Stay dan struts digunakan untuk mengukuhkan kedudukan pole daripada tension kabel dan tekanan
daripada tiupan angin. Terdapat empat jenis stays yang digunakan iaitu Terminal stays, angle stays,
Longitudinal stays dan Transverse stays. Jika di kawasan tersebut tidak sesuai atau tidak boleh untuk
menggunakan stay, ia akan digantikan dengan strut.

Jenis-jenis stay (umbang)

External DP’s / DP box yang dipasang pada pole mengandungi 10 pair DP’s. Walaubagaimanapun,
9 point sahaja yang akan disambungkan kepada rumah pelanggan, manakala 1 pair yang tinggal akan
digunakan untuk tujuan pengujian talian ke Exchange.

Daripada DP, dropwire No.4 digunakan untuk disambungkan ke lightning arrestor di rumah
pelanggan. Daripada Lightning arrestor, kabel mark III akan digunakan dan disambungkan ke soket
telefon / termination box. Telefon cord / RJ-11 akan dipasangkan ke soket telefon dan ia boleh digunakan
untuk penggunaan telefon atau untuk melayari internet.

You might also like