You are on page 1of 3

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 2

2017

“SEKOLAHKU HIJAU-BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN”

KERTAS KERJA - KHIDMAT MASYARAKAT

Tema : “SEKOLAH CERIA, LAGI INDAH”

1. PENGENALAN

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Setiap murid dikehendaki menjalani projek tertentu di luar waktu sekurang-
kurangnya 10 jam setahun. Projek ini memerlukan murid melibatkan secara aktif terhadap kerja
khidmat komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.

Melalui Khidmat Masyarakat ini murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik
dan kewarganegaraan yang dipelajari di dalam kelas. Murid juga dapat berasakan dirinya sebahagian
daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini murid dapat membina martabat diri
yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

2. Objektif

I.Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.

II. Memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

III. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan
negara.

3. Tema

Untuk Tingkatan 2 , projek yang dicadangkan berdasarkan Tema 5 iaitu Malaysia Negara Berdaulat. Ia
menghuraikan unsur patriotik dan kedaulatan Negara, sistem pemerintahan serta hak dan
tanggungjawab warganegara.

4. Cadangan Projek

Projek adalah berbentuk cadangan meningkatkan kualiti hidup masyarakat – Menghijaukan Kawasan
Setempat – Sekolahku Hijau- Bunga raya bunga kebangsaan.

Antara aktiviti yang dirancangkan ialah

I. Membersihkan kawasan berhampiran kelas tingkatan 2 sebagai tapak penanaman pokok hiasan
bunga raya.
II. Menanam pokok bunga raya

III. Membersihkan kawasan bunga-bungaan yang terdapat di sekolah

IV. Aktiviti memasukan semula pokok-pokok lama. Pokok-pokok bunga yang telah hidup nanti
kemudian akan digunakan untuk menghiasi persekitaran sekolah agar nampak lebih segar dan ceria.

5. Tarikh , Masa dan Sasaran

( Ogos -Oktober) 2017, Di luar waktu P&P dan semua pelajar tingkatan 2

6. Guru Penasihat, Guru-guru PSK

7. Pelaksanaan Projek

Semua pelajar tingkatan 2 dibahagikan 4 kumpulan di dalam kelas masing-masing dan berjumlah 30
kumpulan semuanya.

8. Kos Projek

Berikut adalah anggaran perbelanjaan projek:

Bil Aktiviti Kos (RM) x Unit x Jumlah (RM)


Kumpulan Pelajar
1.
Menanam Pokok Bunga Raya RM20 x 30 600.00
I. Pasu Bunga Saiz Sederhana RM10 x 30 300.00
II. Tanah Campuran RM5 x 30 150.00
III. Baja Organik RM3 x 30 90.00
Sungkupan (Coco Peat) RM15x 10 150.00
Su

Jumlah 1290.00

9. Penutup

Adalah diharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan sepenuh jiwa raga pelajar dan
mendapat bantuan dari Pihak Pengetua dan sekolah. Sesungguhnya Khidmat Masyarakat setempat PSK
ini adalah bertujuan melahirkan pelajar yang sanggup dan boleh memberi sumbangan serta prihatin
tentang keindahan alam sekitar dan menghargai persekitaran yang indah. Di samping itu, penglibatan
pelajar ini akan membuat pelajar melihat keistimewaan yang terdapat di sekolah dan menjadi
pengalaman baru kepada pelajar. Dengan ini , diharap para pelajar dapat menjadikan program ini
sebagai batu loncatan ke arah kemajuan diri dan pemantapan sahsiah diri pelajar.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Diluluskan Oleh:

…………………………….. ……………………………… …………………………….

Ketua Panitia PSK GKMP Pengetua

En. Zakaria bin Md Saad Pn. Sakinah bt Abdullah Tn. Hj. Md Sharif bin Daros

You might also like