You are on page 1of 31

Bab 1: Apakah Tamadun?

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:






Mentakrif maksud tamadun


Mengenal pasti ciri-ciri sesuatu tamadun dan faktor-faktor
yang membawa kepada kejatuhan sesuatu tamadun
Menjelaskan kegemilangan tamadun Mesopotamia
Menganalisis kegemilangan tamadun Mesir
Menerangkan kejatuhan sesuatu tamadun

1.1 Preamble
1.2 Apakah tamadun?
1.3 Ciri-ciri sesuatu tamadun
1.4 Tamadun Mesopotamia
1.5 Tamadun Mesir
1.6 Faktor Kejatuhan Tamadun

Bab 1: Pengenalan kepada Tamadun


Bab 2: Tamadun Islam
Bab 3: Kegemilangan Tamadun Islam
Bab 4: Tamadun Melayu
Bab 5: Tamadun Cina
Bab 6: Sumbangan Tamadun Cina
Bab 7: Tamadun India
Bab 8: Sumbangan Tamadun Cina
Bab 9: Tamadun Jepun
C

1
1.1 Mukadimah
Bab ini cuba menghuraikan maksud istilah ‘tamadun’ dengan merujuk kepada definisi
yang
diberikan oleh beberapa pakar. Juga disentuh ialah ciri-ciri sesuatu tamadun,
kegemilangan
sesuatu tamadun serta faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan sesuatu tamadun.
Dua
tamadun awal dibincangkan, iaitu tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir serta
sumbangan tamadun-tamadun awal ini.

1.2 Maksud Tamadun


Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam
bahasa
Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah ‘peradaban’ lebih popular penggunaannya).
Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada perkataan Arab ‘maddana’, kata kerja yang
bermaksud membuka bandar atau kota serta memperhalus budi pekerti. Dalam Bahasa
Inggeris ‘tamadun’ dipanggil civilisation yang berasal daripada perkataan Greek
‘civitas’
yang bermakna bandar dan kota. Ia juga bererti keluar daripada kehidupan primitif
kepada
kehidupan yang bersifat kehalusan tingkah laku, berbudi dan kesopanan.

Arnold Toynbee (1935), seorang pakar sejarah terkenal, mentakrif tamadun sebagai
budaya yang berkembang di kota yang terbentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral. Dengan kata lain, tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang
dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran dan terdiri daripada elemen
utama; iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

Samuel Hutington (1993) menyifatkan tamadun sebagai sekelompok manusia yang


mempunyai elemen yang sama seperti bahasa, sejarah, agama, adat resam, institusi
dan identititi tertentu.

Standage (2005) memberi takrifan tamadun yang mudah iaitu manusia yang tinggal
di bandar.

Ibnu Khaldun (ilmuan Islam pada abad ke 14) menyifatkan tamadun sebagai
sekumpulan manusia yang tinggal disesuatu kawasan yang mempunyai bekalan
ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang
membolehkan pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang.

Taylor, E. (1920), seorang ahli antropologi, menyifatkan tamdaun sebagai


merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan,
seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain
2
yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Bagaimana pun tidak
semua kawasan penempatan manusia dipanggil tamadun.

Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan


atau pemikiran, budaya, sosial, politik, beradaban dan dan lain-lain.

Kesimpulannya, tamadun ialah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf
perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi (peradaban). Negara dan
penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang
tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu
zaman)
tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus dan nilai-nilai kerohanian
yang
tinggi.

1.3 Ciri-Ciri Tamadun

Walau pun, para cendekiawan tidak bersetuju dengan definisi ‘tamadun’, mereka
mengakui
bahawa sesuatu tamadun harus mempunyai tertentu. Contohnya, Edward L. Farmer dalam
bukunya Comparative History of Civilization in Asia menggariskan TUJUH ciri utama
tamadun – Lihat Rajah 1.1

Pertanian
Stratifikasi
Sosial

Penempatan
Tetap
TAMADUN

Kehidupan
Beragama

Sistem
Penulisan

Urbanisasai

Pengkhususan Kerja &


Teknologi

Rajah 1.1 Ciri-ciri sesuatu tamadun

Sebelum kemunculan tamadun, manusia hidup berpindah-randah (dalam Bahasa Inggeris


dipanggil ‘nomad’) dari satu kawasan ke satu kawasan lain (Lihat Rajah 1.1).
Kegiatan
3
ekonomi mereka bertumpu kepada memburu binatang dan memungut hasil hutan. Lazimnya,
manusia awal ini hidup berkelompok kecil dan berpuak. Ketinggalan mereka yang
pernah
dijumpai oleh ahli arkeologi terdiri daripada senjata, perkakas memasak (seperti
periok, sudu)
peralatan memotong dan tulang-tulang haiwan yang menjadi sumber makanan mereka.

Rajah 1.2 Manusia menyara diri dengan memburu dan mengutip buah-buahan
dan berpindah-randah
Apabila manusia mula mengetahui cara-cara
bercucuk tanam dan menternak haiwan, manusia
secara beransur-ansur menetap di sesuatu tempat
dan tidak lagi berpindah-randah. Dengan
kewujudan kampung-kampung,
manusia
berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersamasama untuk menghadapi berbagai cabaran
serta
menguasai persekitaran dengan lebih berkesan
(Lihat Rajah 1.3).
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di Rajah 1.3 Kewujudan penempatan awal
apabila manusia tidak lagi berpindahlembah sungai untuk menjalankan aktiviti
randah
pertanian dan penternakan. Contohnya, kegiatan
pengairan menunjukkan kemampuan manusia mengawal air sungai untuk tujuan
pertanian secara besar-besaran. Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun awal
terletak di
lembah-lembah sungai besar seperti Sungai Nil, Sungai-sungai Tigris dan Euphrates,
Sungai Indus, dan Sungai Hwang-He.

4
Manusia mula mencipta pelbagai peralatan yang membawa kepada kemajuan teknologi.
Hal ini terbukti dengan penggunaan logam seperti tembaga, gangsa, dan besi yang
digunakan
untuk menghasilkan pisau, kapak dan tajak.. Tenaga haiwan digunakan bagi
meringankan
pekerjaan untuk membajak tanah (iaitu penggunaan teknologi). Haiwan seperti kuda
dan
kerbau dibela untuk mengangkut barang atau membajak sawah. Di penempatan ini telah
wujud organisasi sosial atau susun lapis dalam masyarakat dengan adanya pemimpin
untuk menyelaras dan memberikan arahan. Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga
keamanan.
Juga terdapat ketua-ketua agama seperti pendeta, ulama dan paderi untuk menjalankan
kegiatan agama. Majoriti masyarakat yang tidak mempunyai peranan tertentu menjadi
pengikut. Lama-kelamaan masyarakat di sesuatu penempatan itu terbahagi kepada kelas
pemerintah dan rakyat (iaitu, stratifikasi sosial).
Bagi menjalankan kegiatan ekonomi, masyarakat telah dibahagikan kepada jenis
pekerjaan yang dilakukan. Contohnya, penduduk dikhususkan untuk menjalankan
kegiatan
pertanian, membuat tembikar, membina rumah, menghasilkan kesenian dan aktiviti
keagamaan mengikut kemahiran dan kebolehan masing-masing. Hal ini membawa kepada
bermulanya pengkhususan kerja (specialisation of work) dalam masyarakat. Ini adalah
antara ciri-ciri yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai kehidupan
bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun
dan
mundur.

a) Apakah tamadun?
b) Nyatakan aktiviti manusia sebelum bertapak di sesuatu tempat
c) Bincangkan ciri-ciri sesuatu tamadun.

1.4 Tamadun-Tamadun Awal

Lihat Rajah 1.4 yang menunjukkan empat tamadun awal terkenal di Benua Asia, iaitu;



Tamadun Mesopotamia (Negara Iraq)


Tamadun Mesir (Negara Mesir)
Tamadun Indus (Negara India)
Tamadun Hwang-He (Negara Cina)
5
Adalah dianggarkan, manusia telah berada dalam dunia kira-kira 300,000 tahun yang
lampau
dan tidak ketahui tentang mereka kerana tidak ada rekod tulisan. Zaman ‘prasejarah’
ini
melihat manusia berpindah-randah dan memburu untuk makanan, mendirikan tempat
perlindungan yang agak primitif yang melindungi mereka elemen cuaca haiwan buas.
Bagaimana pun, sekitar 5000 yang lalu keadaan mula berubah dengan manusia bercucuk
tanam, memelihara haiwan, menggunakan logam untuk membuat peralatan (tidak lagi
menggunakan batu) dan mendirikan pekan-pekan kecil yang telah menjadi bandar-bandar
besar.

Tamadun
Mesopotamia

3500 SM

3000 SM

2500 SM

2000 SM

1500 SM

1000 SM

Sumeria
Babylon

Mesir

Mesir

Indus

Harappan
Aryan

Hwang He

Shang/Zhou

Lihat Rajah 1.4 Peta yang menunjukkan taburan empat tamadun awal dan masa kewujudan
tamadun-tamadun tersebut di Asia

Ini telah membawa kepada kewujudan Tamadun Mesopotamia yang wujud pada 3500 SM
(iaitu kira-kira 5500 tahun lalu) dengan mulanya Tamadun Sumeria (Lihat Rajah 1.1).
Tamadun Mesir wujud kira-kira 5000 tahun yang lalu dan Tamadun Indus wujud kira-
kira
4500 tahun yang lalu. Tamadun Hwang-He dianggap sebagai yang paling muda, yang
wujud
6
kira-kira 3500 tahun yang lalu. Pada masa tertentu, ke-empat-empat tamadun awal in
wujud
serentak di benua Asia dan terdapat bukti-bukti yang menunjukkan perdagangan pernah
berlaku antara tamadun tersebut.
Bab ini membincang secara ringkas Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir. Tamadun
Hwang He dan Tamadun Indus akan dibincangkan dalam Bab 4 dan Tamadun Hwang-He
dibincangkan dalam Bab 6.

1.5 TAMADUN MESOPOTAMIA

Mesopotamia bermakna ‘antara dua sungai’ dalam bahasa Yunani; iaitu, di antara
Sungai
Euphrates dan Sungai Tigris. Tamadun awal Mesopotamia terletak di kawasan yang
meliputi
Iraq disebelah barat, Syria disebelah selatan dan Iran disebelah timur (Lihat Rajah
1.5).
Walau pun dalam bab ini kita membincang Tamadun Mesopotamia sebagai satu tamadun,
sepanjang sejarah 5000 tahun, Tamadun Mesopotamia terdiri daripada beberapa
tamadun.

Sejarah Mesopotamia:
3500 SM (iaitu kira-kira 5500 tahun dahulu)
Kemunculan Tamadun Sumeria

IRAQ

IRAN

2370 SM (kira-kira 4340 tahun dahulu)


Kemunculan Tamadun Akkadia
2000 SM (kira-kira 4000 tahun dahulu)
Kemunculan Tamadun Babylon

SYRIA

1100 SM (kira-kira 2600 tahun dahulu)


Kemunculan Tamadun Assyria

Rajah 1.5 Peta Menunjukkan Lokasi


Tamadun Mesopotamia

A) SUMERIA
Orang Sumeria telah menetap di diselatan Lembah Tigris-Euphrates berdekatan Teluk
Parsi
5500 tahun yang lampau (Lihat Rajah 1.5). Kawasan berkenaan sungguh subur dan
kegiatan
pertanian dijalankan dengan meluas. Bagaimana pun, ahli sejarah kurang pasti asal
usul orang
Sumeria.
7
a) Dimanakah Mereka Tinggal?
Kegiatan pertanian membawa kepada
penubuhan beberapa bandar yang
makmur seperti Ur, Larsa, Uruk, Eridu
dan Isin. Bandar terbesar, Ur
menampung
kira-kira
24,000
penduduk (Lihat Rajah 1.6).

Rajah
1.6
Peta
Menunjukkan
Kedudukan Tamadun Sumeria

b) Kerajaan
Sumeria terbahagi kepada 11 negara-kota (city-state) dan diperintah oleh raja
masingmasing. Setiap negara-kota mempunyai sebuah bandaraya utama dan tanah
sekeliling yang
luas. Raja bersama individu tertentu yang dilantik ke Dewan bersama-sama memerintah
sesuatu negara-kota. Raja perlu memohon kebenaran Dewan untuk melakukan sesuatu.
Kerajaan ditugaskan membina dan memelihara terusan dan benteng untuk menjaga
ladangladang pertanian serta membina tembok untuk mencegah pencerobohan musuh luar
dan
untuk memberi perlindungan kepada penduduknya. Setiap negara-kota ditadbir
berdasarkan
peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan. Walau pun undang-undang Sumeria
tidak ditulis, rakyat mengetahui apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan.
Organisasi
sosial Sumeria ialah seperti berikut:

Raja / Pendeta

Saudagar / Peniaga

Petani / Pekerja Mahir

Golongan pendeta dan raja


mempunyai
kedudukan
yang
tertinggi.
Raja
berperanan sebagai ketua
kerajaan. Pendeta pula
bertugas menguruskan halehwal agama.

Golongan saudagar dan peniaga atau dikenali sebagai


Mushkinu pula mewakili kelas pertengahan.

Golongan petani dan artisan pula menduduki lapisan


yang ketiga. Petani bertugas melakukan aktiviti bercucuk
tanam, penternakan binatang dan sebagainya. Golongan
artisan pula bertugas membuat roda,tembikar, mengukir
dan sebagainya.

8
Hamba
Golongan yang dibawah sekali ialah golongan hamba.
Golongan ini terdiri daripada tawanan perang serta
orang tempatan yang dijual sebagai hamba. Mereka
boleh menjadi bebas jika mereka patuh dan setia
kepada tuannya tetapi mereka tidak boleh mengambil
bahagian dalam pentadbiran. Kadang-kala, hukuman
yang dijatuhkan terhadap mereka juga lebih berat iaitu
dua kali ganda daripada hukuman biasa atas
bangsawan.

Je a) Manalah terletaknya Tamadun Mesopotamia?


b) Manakah orang Sumeria menetap?
c) Nyatakan bagaimana negara-kota Sumeria ditadbir.
d) Jelaskan bagaimana organisasi sosial Sumeria dilakukan.

c) Ciptaan dan Sumbangan Orang Sumeria


Kapal layar dihasilkan oleh orang Sumeria


akibat hubungan perdagangan mereka dengan
dunia luar.
 Sistem pengairan yang maju dibina untuk
mengelakkan banjir dan kemarau. Pokok-pokok
pula ditanam sebagai penghalang angin.
 Orang-orang Sumeria di percayai mula-mula
J
mencipta roda (Lihat Rajah 1.7). Pengetahuan
membuat roda membolehkan orang Sumeria
Rajah 1.7 Ciptaan roda oleh
menggunakan kereta kuda dan lembu,
orang Sumeria
menggunakan pedati dalam peperangan, kincir
dalam sistem pengairan dan membuat tembikar dengan peroda.
 Dalam bidang pertanian, penciptaan bajak dan alat menabur mempercepatkan kerja
pertanian.

9
Sumbangan orang Sumeria yang paling penting ialah dalam bidang seni bina. Mereka
merupakan orang pertama membina arca dan tiang-tiang batu dengan menggunakan
batu-bata yang diperbuat daripada lumpur. Ziggurat dibina dengan menggunakan batu-
bata
(Lihat Rajah 1.8)..

Rajah 1.8 Ziggurat yang terdapat hari ini


Orang Sumeria telah mencipta sistem-sistem nombor yang berdasarkan unit-unit 10 dan
60.
Mereka juga telah mencipta kalendar yang terdiri daripada 12 bulan dan setiap bulan
mengandungi 30 hari. Seperti orang Mesir, mereka tahu mengira keluasan sesuatu
kawasan
dan isipadu.

d) Kepercayaan Orang Sumeria


Orang Sumeria menganggap Raja sebagai wakil Tuhan di dunia. Mereka menyembah Tuhan
yang turun ke bumi dari langit untuk melindungi negara-kota mereka. Sebuah kuil
telah
dibina di atas menara yang berbentuk piramid setinggi 6-7 tingkat yang dipanggil
Ziggurat
Mereka mempercayai Tuhan yang mereka sembah menetap di situ. Ziggurat pertama yang
dibina ialah di Nippur. Orang Sumeria menganggap dewa-dewi menentukan kejadian
bencana alam dan malapetaka. Apabila berlaku bencana, bererti dewa-dewi telah
menjatuhkan hukuman ke atas rakyat.

e) Sistem Tulisan
Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar atau piktografi
untuk merekodkan segala urusan perdagangan dan pentadbiran. Tulisan ini dipanggil
cuneiform (disebut sebagai ‘kiu-ni-fom) yang merupakan sejenis tulisan berbentuk
simbol
yang ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku (Lihat Rajah 1.9). Tulisan ini
debentuk
10
dengan menggunakan sejenis pen buluh yang ditekan pada tanah liat basah. Kepingan
tanah
liat ini dijemur hingga keras.

Tulisan cuneiform pada kepingan tanah liat

Rajah 1.9 Cuneiform ialah bahasa yang menggunakan


simbol yang diperkenalkan orang Sumeria
Cuneiform telah digunakan untuk merekod kebanyakan kegiatan orang Sumeria dan telah
digunakan selama beribu-tahun oleh orang selepas kejatuhan tamadun Sumeria. Walau
pun
banyak tulisan cuneiform dijumpai, ahli kaji purba menghadapi masalah menterjemah
maksud hasil tulisan.
Sistem tulisan yang wujud telah membawa kepada perkembangan sistem pendidikan yang
bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Orang Sumeria juga sangat mementingkan
pendidikan
dan kuil-kuil di jadikan sekolah. Hanya lelaki dihantar ke sekolah (Lihat Rajah
1.10). Urusan
pentadbiran dan perniagaan yang dijalankan di Sumeria direkodkan oleh jurutulis.
Semua
urusan jual beli disertakan dengan resit dan surat kredit.
11
Rajah 1.10 Hanya lelaki menerima pendidikan di
Sumeria
Sistem tulisan Sumeria juga telah menghasilkan tradisi kesusasteraan yang
mencerminkan
falsafah dan cara hidup orang Sumeria seperti Epik Gilgamish. Epik ini merupakan
hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia.

Epik Gilgamesh merupakan epik yang terawal ditulis oleh


manusia yang mengesahkan pengembaraan seorang raja
bernama Gilgamesh yang memiliki tubuh ⅓ manusia dan ⅓
dewa. Beliau mempunyai kuasa luar biasa dan sungguh zalim
terhadap rakyatnya. Pada suatu hari beliau ditewaskan oleh
seorang bernama Enkidu yang menjadi sahabat karibnya.
Kisah Gilgamesh ditemui pada 12 tablet bertulis purba yang
dijumpai oleh ahli arkeologi. Kisah nya terbahagi kepada dua
bahagian, iaitu pengembaraan Gilgamesh dan sahabatnya,
Enkidu. Bahagian kedua pula merupakan misi mencari rahsia
hidup kekal abadi selepas mengalami kemurungan akibat
kematian Enkidu.
Lihat Gambar sebelah yang menunjukkan Gilgamesh (kanan)
dan sahabatnya Enkidu (kiri).

12
Je

a) Apakah ciptaan-ciptaan orang Sumeria?


b) Apakah sumbangan orang Sumeria kepada bidang seni bina?
c) Nyatakan kepercayaan orang Sumeria.
d) Jelaskan jenis tulisan yang diperkenalkan orang Sumeria.
e) Cari daripada internet tentang ‘Epik Gilgamish’.

B) BABYLON
a) Siapakah orang Babylon?
Kira-kira seribu tahaun setelah orang
Sumeria menetap di selatan Lembah
Tigris-Euphrates, munculnya tamadun
Babylonia di tengah lembah dengan ibu
J
kota Babylon
(Lihat Rajah 1.11).
Penduduknya terdiri daripada kaum
Amorite dengan pemimpin mereka
bernama
Sumuabum
yang
mengasaskan dinasti Babyon yang
pertama kira-kira 4000 tahun yang
lampau. Perkataan ‘Babylon’ berasal
daripada
bahasa
Akkadia
yang
bermaksud “pintu masuk Dewa”.

Rajah 1.11 Peta Menunjukkan Kedudukan


Babylon di tengah Lembah Tigris-Euphrates
b) Pemerintahan Hammurabi
Mula-mula Babylon merupakan suatu empayar yang kecil. Raja
Hammurabi mengambil-alih pemerintahan Babylonia daripada
bapanya pada tahun 1792 SM (kira-kira 3800 tahun yang
lampau). Lihat Rajah 1.12. Dibawah pemerintahan Hammarabi,
Babylon berkembang menjadi tamadun yang sungguh gemilang.
Beliau bermula dengan memperkukuhkan kubu kota-kota dan
memperluaskan kuil-kuil.
Rajah 1.12 Raja Hammurabi
13
c) Kod Hammurabi
Hammarubi terkenal dengan kod undang-undang Babylonia
yang dilaksanakan sebagai Kod Hammarubi (Code of
Hammarubi). Kod Hammarubi dianggap sebagai undangundang bertulis yang pertama dalam
dunia dan dipamerkan
ditempat-tempat umum yang dapat dibaca oleh rakyat walau
pun tidak ramai penduduk boleh membaca (Lihat Rajah
1.13). Ahli kaji purba telah menjumpai ukiran yang
mencadangkan Hammurabi telah dipilih untuk menerima
undang-undang daripada tuhan Marduk.
Rajah 1.13 Tablet tanah liat dengan
ukiran kod Hammurabi

Sebanyak 283 undang-undang telah diperkenalkan Hammurabi yang meliputi agama,


pengairan, hal ehwal keluarga, perkhidmatan tentera, perdagangan, perhambaan, dan
tugas
pekerja. Kod Undang-undang Hammurabi berasaskan kepada TIGA prinsip utama iaitu:



Prinsip Pembalasan (law of retaliation in kind) bagi mereka yang mempunyai


status sosial yang sama
Hukuman yang dikenakan tertakluk kepada status sosial mangsa dan pesalah
Orang perseorangan perlu membuat aduan sendiri kepada mahkamah kerana
tiada terdapat pendakwa raya.

Contoh-Contoh Undang-Undang Hammarabi:

Sekiranya seorang anak memukul


ayahnya, tangannya akan
dipotong.

Sekiranya seorang anak memukul


ayahnya, tangannya akan dipotong.

Semasa pembedahan jikalau pesakit


mati, pakar bedah boleh dihukum
mati.

Sekiranya isteri sakit, suami


boleh berkhawin lain tetapi
di
bertanggungjawab
menjaga isterinya yang sakit
itu.

14
Sekiranya
seorang
bangsawan
mematahkan
tulang
seorang
bangsawan lain, tulangnya akan
dipatahkan.

Sekiranya
seorang
bangsawan
mematahkan tulang seorang rakyat
biasa, bangsawan itu akan didenda
satu mina perak.

Sekiranya,
seorang
anak
lelaki
melakukan jahat terhadap bapanya,
bapanya mesti mengampunnya. Jika
dia berkelakuan jahat buat kali kedua,
bapanya berhak menghalau anaknya
keluar daripada rumah.

Sekiranya, seorang kontraktor membina


sebuah rumah dan rumah itu runtuh dan
tuanpunya anak mati, anak kontraktor
akan dihukum mati

Selepas kemangkatan Hammurabi, kerajaan ini


diserang
oleh
Kerajaan
Assyria.
Nebuchadnezzar dari puak Chaldea menjadi
raja Babylon (625 SM) dan Babylon dibina
semula menjadi sebuah negara kota yang kuat
dan pusat empayar yang baru. Nebuchadnezzar
telah
mengarah
pembinaan
”Taman
Tergantung Babylon” (Hanging Gardens of
Babylon) untuk isterinya yang rindukan
kampung halaman (Lihat Rajah 1.13).
Rajah 1.13 Taman Gantung Babylon

Apakah yang menyebabkan kejatuhan Tamadun Mesopotamia?


Memang sukar untuk menentukan dengan tepat apa yang menyebabkan kejetuhan Tamadan
Mesopotamia. Bagaimana ahli-ahli sejarah telah mencadangkan TIGA faktor yang
menyumbang kepada kejatuhan sebuah tamadun yang sungguh gemilang:
1) Lebihan Penduduk
Lembah Mesopotamia dengan tanah-tanih yang subur, aktiviti pertanian dijalankan
dengan begitu giat dengan bantuan pengairan. Jumlah penduduk telah berlipat ganda
dan lama kelamaan sumber yang sedia ada tidak cukup untuk menampung begitu
ramai penduduk.
15
2) Kemerosotan Sumber
Perubahan iklim telah menyebabkan kemerosotan sumber. Air di Sungai Tigris dan
Euphrates berkurangan dan sumber ikan mula merosot serta air untuk pengairan tidak
cukup menampung pengeluaran hasil pertanian yang diperlukan. Ini juga
menyebabkan haiwan ternakan tidak cukup makanan dan kekurangan tanah liat
bermakna pembinaan bangunan dihentikan. Iklim yang lebih panas menyebabkan
sungai menjadi lebih masin dengan kawasan-kawasan bergaram.
3) Konflik antara Kaum
Konflik antara kaum yang begitu kerap menyumbang kepada keajatuhan Tamada
Mesopotamia. Contohnya, orang Akadia telah berperang dengan orang Sumeria. Pada
akhir zaman Tamadun Mesopotamia, orang Babylon diserang oleh Empayar Parsi dan
menakluki Mesopotamia. Walau pun orang Babylon dibenar meneruskan kehidupan
mereka seperti sedia kala, lama kelamaan mereka kehilangan budaya dan identiti
mereka dan diserapkan oleh budaya Parsi.

a)
b)
c)
d)
e)
f)

Manakah terletaknya tamadun Babylon?


Nyatakan prinsip-prinsip asas Kod Hammurabi.
Bincangkan keadilan undang-undang Hammurabi.
Rujuk kepada bahan internet tentang undang-undang lain Hammurabi
Apakah ‘Taman Bergantung Babylon’?
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kejatuhan Tamadun
Mesopotamia.
g) Sejauh manakah faktor-faktor ini relevan hari ini?

1.5

TAMADUN MESIR

Lokasi
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil (gift of the
Nile)
yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean (Lihat Rajah 1.14).
Di tebing
sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua
anak
sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai
Nil Putih
yang bermula dari tasik Victoria di Uganda.

16
Rajah 1.14 Peta Lokasi Tamadun Mesir

Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya
menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah
lanar
yang dibawanya pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan
penempatan manusia. Penempatan awal yang terdiri daripada kampung-kampung yang
bergabung dan menjadi daerah atau ‘nome’. Kesemua nome ini kemudiannya telah
disatukan
dan menjadi pusat pentadbiran seperti bandar Memphis, Aswan, Napata dan Thebes
(Lihat
Rajah 1.14).
Pada tahun 3200 S.M., Firaun Menes telah berjaya menyatukan kesemua nome menjadi
sebuah kerajaan. Bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil telah
menjadi
pusat pentadbiran beliau. Kemudian, pusat pentadbiran berpindah ke bandar Memphis
yang
hamper dengan delta Sungai Nil dan berpindah pula bandar Thebes. Kehidupan di
bandar
merupakan ciri penting Tamadun Mesir. Bandar-bandar ini menjadi tempat kediaman
firaun,
pusat pemerintahan, pentadbiran dan pelabuhan penting. Bandar juga merupakan pusat
keagamaan dan tumpuan penduduk.
Kerajaan Mesir Purba berbentuk empayar yang meliputi Nubia di selatan Mesir hingga
ke
utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin
hingga ke Lubnan
dan Syria.

17
Pemerintahan dan Pentadbiran
Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tamadun Mesir sangat berstruktur (Lihat
Rajah
1.15).
 Firaun (pharaoh) merupakan raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci. Jawatan
firaun diwarisi secara turun-temurun dan dianggap sebagai Tuhan. Firaun juga
digelar Raja Matahari kerana dianggap sebagai anak Tuhan matahari, iaitu AmonRe.
Firaun merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.

Rajah 1.15 Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Mesir

Wazir (vizier) adalah seperti perdana menteri yang menjaga hal-ehwal kewangan,
gudang-gudang bijirin, lembu, ketua kampung dan datuk bandar.

Golongan bangsawan rahib, rahib dan jurutulis.


o Golongan bangsawan (nobles) membantu menjalankan pentadbiran,
mengurus dan mengagihkan makanan. Golongan bangsawan ini terdiri
daripada pegawai, penasihat dan gabenor. Gabenor mentadbir wilayah yang
ditakluki.
o Para rahib (priests) berperanan untuk mentadbir hal keagamaan.
o Jurutulis (scribes) juga membantu dalam urusan pentadbiran. Mereka
merupakan jurutulis orang awam yang dilantik untuk menulis segala rekod
kerajaan.
o Askar (soldiers) menjaga keamanan negara dan keselamatan firaun.


Kemudian diikuti oleh golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani (farmers),
pedagang (traders) dan pekerja mahir (craftsmen).
Lapisan yang paling bawah ialah golongan hamba (slaves).
18
Peningkatan tamadun Mesir Purba merujukkan kemampuan manusia untuk menggunakan
pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk
membentukan kehidupan mereka yang lebih kompleks daripada sebelum itu.
Sistem Pengairan
Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran Sungai Nil
yang
menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. Perkembangan ilmu matematik seperti
algebra,
geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir mengawal
banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. Pemerintah Mesir Purba telah
berjaya
mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi
kawasan
tanah pertanian. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina
sebuah
tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan
membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10,000 hektar.
Seni Bina
Juru bina yang mula-mula sekali merangka bangunan batu ialah Imhotep, penasihat
utama
kepada Firaun Zoser. Semasa rajanya masih hidup, beliau telah membina sebuah tugu
yang
berbentuk piramid di Sakkara. Piramid yang dipanggil Step Piramid ini masih ada
hingga ke
hari ini (Lihat Rajah 1.16.). Pembinaan piramid seperti ini diteruskan oleh raja-
raja Mesir
seterusnya. Setiap raja semasa hidupnya membina tugu-tugu besar atau piramid yang
masih
kekal hingga ke hari ini. Kebanyakan piramid dibina antara tahun 3000 hingga 2000
SM.

Rajah 1.16 Pembinaan Step Piramid


19
Apa yang menakjubkan ialah betapa
berat dan susahnya kerja membina
tugu-tugu besar begini bagi orang-orang
zaman itu. Piramid besar yang dibina di
Giza untuk Firaun Khufu meliputi
kawasan seluas 13 ekar. Ia dibina
menggunakan lebih daripada sejuta
kepingan batu kapur yang beratnya 2
tan sekeping.
Di dalam piramid terdapat loronglorong yang menyambungkan bilikRajah 1.17 Piramid
yang Menjadi Makam Firaun
bilik mayat yang ada di dalamnya.
Jelas sekali betapa mutlaknya kuasa
raja-raja Mesir. Dianggarkan seramai 100,000 orang yang terdiri daripada hamba abdi
dan
dan pekerja yang dipaksa bekerja untuk selama 20 tahun bagi menyiapkan sesuatu
tugu.
Antara tugu-tugu termasyhur yang masih kekal hingga ke hari ini ialah The Great
Sphinx of
Giza. ‘Sphinx’ (disebut sfinks) berupa sejenis makhluk yang mempunyai badan seekor
singa
dan berkepala manusia. (Lihat Rajah 1.17).

Bagaimana Piramid Dibina Masih Menjadi Misteri


Sehingga hari, para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara
sebuah piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana
teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke
puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di
sebalik pembinaan piramid ini? Terdapat teori tentang binaan piramid.
Salah satu teori yang mengesahkan bahawa orang Mesir purba mahir dalam
ilmu kimia dan menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Batu yang
digunakan untuk membuat piramid adalah tanah liat yang dipanaskan hingga
membentuk batu keras. Tanah liat yang sudah diolah mengikut saiz yang
dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan
di dinding piramid.
.

20
Pengiktirafan Wanita
Tamadun Mesir Purba telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin.
Contohnya, seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun
Hatshepsut yang memerintah antara 1501 hingga 1479 SM (lihat
Rajah 1.18). Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti
pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian
yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah
meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini
menunjukkan bahawa wanita dalam Tamadun Mesir mampu
memerintah serta memiliki status yang tinggi.
Rajah 1.18 Seorang wanita bernama Hatshepsut menjadi firaun

Keagamaan dan Kepercayaan


Orang Mesir Purba mempercayai konsep politeisme iaitu menyembah banyak tuhan. Lihat
Rajah 1.16. Setiap tuhannya dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan
Matahari), RaAtum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin). Lihat Rajah 1.19

Rajah 1.19

Re

Ra-Atum

Amun

Orang Mesir Purba mempercayai kehidupan selepas mati, maka mayat disimpan dan
dijaga
dengan teliti. Makam dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas
mati.
Mayat diiringi dan ditanam dengan barangan serta kelengkapan harian. Solekan mayat,
alat
kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan menunjukkan status mayat.
Pengkhususan Kerja (Specialisation of Work)
Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir
Purba. Pengkhususan kerja dan ini memajukan industri tenunan, pembuatan barang
tembikar dan juga peralatan. Eksport utama Mesir ketika itu ialah tekstil, kertas
dan emas
21
yang dijumpai sekitar Nubia. Pengangkutan air memainkan peranan penting dalam
tamadun
Mesi. Sungai Nil yang lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan
berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis.
Sistem
pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang
Sistem Tulisan
Hieroglif (hieroglyphic dalam bahasa Inggeris) merupakan salah satu sistem
penulisan paling
tua dalam dunia. Lihat Rajah 1.20. Perkataan ‘hieroglif’ bermakna ukiran suci. Ia
merupakan
tulisan formal yang digunakan masyarakat Mesir purba yang terdiri gambar, simbol
dan
abjad.
Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba
terutamanya
untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai.
Tulisan juga
memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir untuk tujuan keagamaan dan amalan
ritual
kepercayaan.

Hieroglif

Hieratik

Demotik

Rajah 1.20 Tulisan orang Tamadun Mesir


d

Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang
tertulis
dan terpahat dalam sistem tulisan hieroglif. Tulisan ini berkembang ke tulisan
hieratik,
tulisan berangkai dan pada tahun 700 SM, tulisan hieratik berkembang ke tulisan
demotik.

Pada permulaan, orang Tamadun Mesir menggunakan


tablet tanah liat untuk menulis. Ketika 3000 SM,
mereka menggunakan kertas yang diperbuat daripada
pokok papyrus yang banyak tumbuh di lembah Nil
(Lihat Rajah 1.21). Batang-batang pokok dipotong
dan direndam dalam air sehingga hampir reput.
Rajah 1.21 Pokok Papyrus
22
Kemudian batang-batang itu diletak berdekatan dan bersilang dan ditumbuk hingga
leper dan
menjadi kepingan untuk menulis di atasnya. Penciptaan kertas ini telah memudahkan
penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan
segala khazanah bangsa.
Sistem Pendidikan
Pendidikan dikhususkan untuk kanak-kanak keluarga atasan. Pendidikan dimulakan pada
peringkat awal yang diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan dan diuruskan oleh
rumah
ibadat. Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih, khususnya
‘jurutulis’ yang bertugas menyimpan rekod. Pelajar diajar matematik, geometri dan
sains
supaya mereka dapat mengurus hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil,
pembinaan
piramid dan bangunan.
Kesusasteraan
Kesusasteraan Mesir terdiri daripada cerita, puisi, lagu dan nasihat. Kebanyakan
daripada
kesusasteraan Tamadun Mesir yang dihasilkan adalah berbentuk keagamaan dan
falsafah.
Contohnya, legenda Osiris dan Isis yang mempunyai banyak versi itu mengisahkan
tentang
tuhan-tuhan mereka. Begitu juga dengan nasihat-nasihat Ptahhotep (seorang
cendikiawan
Mesir purba) telah direkodkan ke dalam buku. Buku ini digunakan di sekolah-sekolah
beberapa tahun selepasnya dan tidak syak lagi banyaklah keturunan orang Mesir yang
dididik
mengikut pengajarannya. Nasihat-nasihatnya amatlah mudah diamalkan. Dia
mengesyorkan
seseorang itu menghormati orang yang lebih tinggi darjatnya agar tidak diseksa oleh
mereka
dan juga orang yang lebih rendah darjatnya agar tidak dimurkai tuhan. Orang kaya
diberi
amaran supaya jangan sombong dan mengikut pendapatnya orang yang bijak sekali ialah
orang yang kurang bercakap. Ptahotep juga memberi nasihat mengenai tingkah laku dan
mengenai cara-cara menjaga isteri. Katanya,
"seseorang isteri perlu diberi makanan, pakaian dan
minyak wangi. Janganlah hendaknya seseorang suami
itu bengis kerana seseorang isteri lebih mudah menurut
jika dipujuk.
Kesusasteraan klasik bermula pada Zaman Kerajaan Pertengahan. Nasihat-nasihat yang
berguna dikumpulkan dalam sebuah buku. Antara yang terkenal ialah ‘Hymn To The Sun’
dan
‘Book of The Dead’.

23
Astronomi
Sumbangan orang Mesir yang amat penting ialah dalam bidang astronomi, takwim
(kalendar)
dan matematik. Bidang astronomi maju kerana para pendeta dapat mengkaji bumi,
langit,
peredaran bulan, bintang dan planet-planet lain. Ahli kaji bintang melahirkan
takwim atau
kalendar yang mempunyai 12 bulan dengan setiap bulan mengandungi 30 hari dan 5 hari
lagi ditambah kepada bulan terakhir atau 365 hari setahun. 12 bulan ini kemudian
dibahagikan kepada 3 musim iaitu musim banjir, menanam dan menuai.
Mereka juga mencipta jam yang menggunakan bayangan matahari dan air. Dalam bidang
matematik, orang Mesir mengetahui cara mengukur keluasan empat segi tepat, bulatan,
menghitung isipadu dan silinder. Pengetahuan ini membolehkan mereka mengukur blok
batu
yang digunakan untuk membina piramid. Dalam bidang kejuruteraan, kebolehan mereka
dapat dilihat melalui pembinaan piramid. Alat-alat mudah seperti pahat, tembaga,
baji dan
tukul batu digunakan. Dalam bidang perubatan, mereka mempelajari teknik-teknik
mengawet
mayat dan fungsi tubuh manusia. Mereka juga menghasilkan sebuah buku perubatan
mengenai pembedahan.
Perubatan
Bidang perubatan sangat maju ketika tamadun
Mesir purba. Firaun telah mengarahkan setiap
pengamal perubatan hanya mengubati satu jenis
penyakit seperti mata, perut dan sebagainya.
Pengamal Mesir banyak menggunakan herba,
sayur-sayuran dan rempah untuk mengubati
penyakit. Contohnya, bawang putih digunakan
untuk penyakit asma, bawang digunakan untuk
penyakit yang berkaitan dengan sistem
penghadaman, ketumbar dan daun ketumbar
digunakan untuk penyakit perut dan jintan
manis digunakan untuk sakit-sakit sendi.
Rajah 1.22 Herba digunakan untuk
Pengamal-pengamal perubatan tamadun Mesir mengubati pelbagai penyakit
telah menulis tentang pelbagai penyakit pada
daun-daun papyrus yang telah dijumpai. Juga
dinyatakan ialah cara-cara mengubati luka pada muka, leher, tulang dan dada. Mereka
juga
melakukan pembedahan. Pengetahuan mereka tentang anatomi manusia diperolehi ketika
mereka memumiakan mayat (iaitu, mengawetkan mayat supaya tidak reput).

24
Lihat Rajah 1.23 yang menunjukkan lukisan beberapa alat
pembedahan yang digunakan oleh pengamal perubatan.

Rajah 1.23 Lukisan alat pembedahan

a) Bagaimana orang-orang tamadun Mesir dapat menjadikan kawasan


gurun sebuah kawasan pertanian yang kaya?
b) Bincangkan stratifikasi sosial pendudukan tamadun Mesir?
c) Pada pendapat anda bagaimana piramid dibina?
d) Nyatakan sumbangan-sumbangan tamadun Mesir.

1.6 KEMEROSOTAN SESUATU TAMADUN

Tamadun-tamadun yang terdapat di benua Asia telah


mencapai kegemilangan yang sungguh tinggi, tetapi
akhirnya telah mengalami kemerosotan. Terdapat
sesetengah tamadun yang lenyap sekali dan sehingga hari
ini tidak diketahui apakah yang menyebabkan tamaduntamadun ini telah kemerosot.
Apakah yang menyebabkan
kejatuhan sebuah tamadun?

Menurut Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History, tamadun mula merosot
apabila pemimpin-pemimpin mereka berhenti berinteraksi dengan rakyat dan juga
disebabkan kezaliman golongan pemerintah. yang minoriti yang zalim.
25

Menurut Ibn Khaldun, konsep asabiyyah atau ikatan perpaduan dalam kalangan
rakyat adalah paling penting dalam mengekal sesuatu tamadun. Beliau memerhati
bahasa asabiyyah adalah paling kuat dalam kalangan masyarakat nomad dan merosot
dengan kemajuan tamadun (iaitu apabila manusia berkelompok di bandar-bandar atau
proses urbanisasi). Ini menyebabkan kejatuhan sesuatu tamadun apabila tamadun lain
yang lebih menarik mengambilalih yang membawa perubahan, pemimpin dan
tamadun lain.

Menurut. Arthur Demarest dalam bukunya berjudul, Ancient Maya: The Rise and
Fall of a Rainforest Civilization masih tidak diketahui dengan tepat kejatuhan
sesuatu
tamadun. Bagaimana pun, beliau menyifatkan kejatuhan sesuatu tamadun kepada
kehilangan kesuburan tanah, kemarau dan penambahan keganasan antara penduduk.
Beliau berhujah bahawa faktor-faktor kejatuhan sesuatu tamadun purba adalah ajaran
bagi kita pada masa kini.

Menurut, Jared Diamond (2005) dalam bukunya Collapse: How Societies Choose to
Fail or Succeed terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejatuhan sesuatu
masyarakat; iaitu kerosakan alam sekitar ( seperti penebangan hutan dan hakisan
tanah), perubahan iklim, pergantungan kepada perdagangan jarak jauh untuk
mendapatkan sumber yang diperlukan, peningkatan tahap keganasan dalaman dan
luaran ( seperti peperangan atau serangan), dan cara bertindakbalas kepada masalah
dalaman dan masalah alam sekitar.

Berikut dirumuskan beberapa faktor umum yang mungkin menjelaskan mengapa sesuatu
tamadun yang
begitu cemerlang boleh merosot dengan mudah sekali.
Ketidakadilan

Jurang Perbezaan Ekonomi

Keruntuhan Moral
Kejatuhan
Tamadun

Malapetaka

Kerosakan Alam sekitar

Enggan Menerima Perubahan


26
1) Ketidakadilan - Ketidakadilan wujud apabila pemerintah menjadi begitu kuat dan
memerintah dengan begitu zalim terhadap rakyat. Secara tidak langsung ini
menggalakkan pemberontakan rakyat terhadap pihak yang berkuasa dan kacau-bila
boleh menyebabkan sesuatu tamadun itu musnah dengan tangan rakyat sendiri.
2) Jurang Perbezaan Ekonomi - Pemerintah yang tidak mempedulikan rakyat dan
mengaut segala kekayaan mungkin menyebabkan jurang antara kaya-miskin menjadi
begitu ketara. Ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan yang membawa kepada
keruntuhan masyarakat dan tamadun.
3) Malapetaka - Malapetaka dan bencana alam juga boleh membawa kepada
kemusnahan budaya dan tamadun itu sendiri. Banyak kisah-kisah sesebuah tamadun
yang hebat musnah disebabkan bencana yang berlaku sama ada melalui gempa bumi,
gunung berapi, rebut yang kencang dan sebagainya telah memusnahkan sesebuah
tamadun itu.
4) Kerosakan Alam Sekitar - Semakin maju sesuatu tamadun, semakin teruk keadaan
alam sekitar. Dengan kemajuan dalam bidang perindustrian, pembuatan, pertanian dan
perumahan, pencemaran air sungai, pencemaran air laut, pencemaran udara,
pencemaran bunyi dan sebagainya menjejas kesihatan dan cara hidup rakyat. Di
sesetengah negara undang-undang alam sekitar tidak dipatuhi dan ini memburukkan
keadaan. Kesan pencemaran alam sekitar mula disedari di kebanyakan negara Asia
seperti Cina, India dan sebagainya.
5) Keruntuhan Moral - Keruntuhan moral pendudukan terutama dalam kalangan para
pemimpin adalah salah satu faktor yang menyebabkan kejatuhan sesuatu tamadun.
Apabila penduduk sesuatu tamadun mengabaikan penghayatan nilai-nilai murni dan
etika dalam kehidupan mereka maka gejala keruntuhan moral merebak. Seorang
penyair Arab, Shawqi Bey pernah mengatakan “Sesungguhnya tertegak sebuah
masyarakat itu disebabkan ketinggian akhlaknya, sekiranya akhlak mereka runtuh
maka masyarakat tersebut akan turut lenyap”.
6) Enggan Menerima Perubahan - Sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh
membantutkan perkembangan tamadun. Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti
dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya membawa kepada masyarakat
berkeadaan beku atau statik berpanjangan.

27
RUJUKAN

Tylor, Edward. (1920). Primitive Culture. New York: J. P. Putnam’s Sons


Huntington, S. P. (1996). The Clash of Civilizations and the Remaking of World
Order. New
York: Simon & Schuster.
Toynbee, A. (1935). A Study of History, 2ed. Oxford: Oxford University Press.
Standage, T. (2005), A History of the World in 6 Glasses. Walker & Company.

28

You might also like