You are on page 1of 2

Nama: M. Shivaashinii, S.Roshini, S.

Logheswaary 8 PISMP SAINS

ULASAN ARTIKEL
Artikel yang dikaryakan oleh Matthew Chan bmembincangkan tentang isu-isu yang
berkaitan dengan masalah displin yang wujud di persekolahan. Sebagai bekas Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan dan kini
berkhidmat sebagai penjawat awam beliau telah menyatakan isu-isu masalah displin yang
sering dihadapi oleh guru di sekolah.

Punca utama ialah kesilapan mengurus dan mengenalpasti sesuatu permasalahan


yang sering berlaku di sekolah menyebabkan isu masalah displin. Hal ini berlaku kerana
terdapatnya sebilangan guru yang mengutamakan murid-murid kesayangan mereka. Secara
tidak langsung, ia menyebabkan kemurungan dan tidak selesa dalam kalangan murid yang
‘tidak menjadi kesayangan guru’ serta mengakibatkan hubungan antara pihak sekolah dan
ibu bapa turut renggang.

Langkah yang selalu diambil oleh guru-guru di sekolah pada zaman dahulu untuk
mengatasi isu masalah displin ialah merotan. Pada pandangan mereka, merotan merupakan
salah satu langkah yang efektif untuk mengatasi masalah displin. Namun kini hukuman
tersebut menjadi isu dalam kalangan ibu bapa kerana bagi mereka memberi hukuman rotan
tidak sesuai dan mengancam keselesaan anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa
zaman sekarang mudah mempercayai anak-anak mereka berbanding pihak sekolah
menyebabkan kerengan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Penggunaan pendekatan untuk menangani masalah displin dalam kalangan pihak


sekolah juga menjadi isu utama. Hal ini kerana penggunaan pendekatan dewasa kepada
murid yang menggantikan hukuman rotan menyebabkan agak tidak sesuai bagi kanak-kanak.
Pendekatan ini tidak sesuai bagi setiap peringkat umur kerana setiap murid mempunyai
keinginan dan perasaan masing-masing serta pendekatan ini juga dapat mencederakan
murid-murid yang tidak stabil ataupun sensitif. Ibu bapa yang sering berfikir peranan guru
dalam masalah displin yang mengancam keselesaan anak mereka perlu menyedar bahawa
tanggungjawab dan tugas guru dalam sekolah adalah agak berat. Oleh itu, kedua-dua pihak
juga harus mewujudkan persefahaman yang baik untuk mengeratkan hubungan supaya ia
dapat membantu guru untuk bertindak secara lebih fleksible.

Secara kesimpulannya, masalah displin perlu diurus dengan baik. Pihak sekolah perlu
mempertimbangkan tindakan yang diambil untuk menangani masalah displin. Hal ini kerana
tindakan yang diambil harus mempunyai corak yang dapat menginsafkan atau menyedarkan
murid tentang kesilapan mereka bukannya semata-mata untuk menghukum mereka seperti
merotan. Murid perlu diberi peluang untuk membetulkan kesilapan mereka tanpa melayan
mereka sebagai seorang penjenayah. Perkara-perkara ini hanya berlaku jika pihak ibu bapa
dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk menyelesaikan masalah displin di sekolah
supaya ia dapat mewujudkan persekitaran yang selesa bagi murid-murid untuk melahirkan
insan yang sahsiah.

You might also like