You are on page 1of 1

CATATAN REFLEKSI

 Isu/ Perkara yang difokus


Projek Pertandingan Kuiz Sains Tahun 5 Bestari. Saya dikehendaki menjalankan
pertandingan kuiz bagi murid – murid Tahun 5 Kelas Bestari.

1.0 PENILAIAN PROJEK


1.1 KEKUATAN PROJEK

Sepanjang proses menyiapkan projek ini, terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada kejayaan projek ini. Bimbingan daripada guru di sekolah sebenarnya banyak
merupakan faktor kejayaan program ini. Di sini, saya belajar banyak tentang proses
mengurus pertandingan yang melibatkan peserta yang ramai. Walaupun
pertandingannya berbentuk arahan yang mudah, namun proses menyenaraikan kriteria
pemenang merupakan satu yang baru bagi saya. Dalam projek ini, peranan Puan
Habibah telah banyak membantu kami memahami komponen penting dalam
pertandingan kuiz. Diharapkan ilmu ini dapat saya gunakan di masa akan datang.

1.2 KELEMAHAN PROJEK

Sebarang kelemahan yang saya dapati di dalam projek ini adalah dari kelemahan saya
sendiri. Semasa menjalankan tugas, kita seharusnya meneliti setiap perkara dengan
sedalam yang boleh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengganggu perjalanan
pertandingan. Hal ini berlaku apabila saya tidak mencukupi kertas soalan untuk diberikan
kepada murid. Saya telah pandang dalam menyediakan bahan tersebut dan telah
meminta bantuan daripada kerani sekolah untuk fotostat satu set soalan. Hal ini
menyebabkan saya telah memberi 10 minit tambahan kepada murid tersebut untuk
menjawab soalan. Hal ini turut menjejaskan masa mengajar guru seterusnya.

1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK

Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh internship ini
dipanjangkan supaya projek ini dapat dijalankan dengan terperinci lagi seperti
mengadakan kuiz tersebut kepada semua muird Tahun 5 dan majlis penyampaian hadiah
secara besaran di dewan sekolah. Hal ini kerana kerana masa yang lama telah diambil
untuk membuat keceriaan makmal Sains.

You might also like