You are on page 1of 2

Jurnal Refleksi – M3

Tajuk : Pengurusan masa

1.0 Masalah yang difokuskan

Saya telah menjalankan pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) untuk murid


pemulihan dari kelas 3 Maju dengan mata pelajaran pemulihan Matematik. Saya telah
menggunakan masa yang banyak dalam sesi pengajaran dan lembaran kerja. Ini telah
menyebabkan sesi ketiga iaitu permainan tidak dapat dijalankan. Walaupun murid boleh
menyiapkan semua soalan yang diberi, tetapi waktu tersebut mereka tidak mempunyai
peluang sambil belajar sambil bermainan. Terdapat juga murid menunjukkan perasaan
bosan semasa membuat lembaran kerja.

2.0 Analisis masalah

Punca masalah ini berlaku disebabkan saya memberi soalan matematik yang lebih
kepada murid pemulihan. Hal ini supaya mereka boleh menguasai kemahiran yang ingin
disampaikan dengan baik.

3.0 Kajian lampau

Pembelajaran mesti berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak (Sharifah Nor Puteh
& Aliza, 2011). Hal ini kerana proses pembelajaran telah mengambil kira keperluan dan
keinginan kanak-kanak boleh mengekalkan minat murid terhadap pembelajaran secara
berterusan. Saya perlu melaksanakan pendekatan bermain supaya murid boleh menjadi
lebih berminat untuk belajar.

4.0 Cadangan penyelesaian masalah

Bagi pengurusan masa untuk sesi permainan, saya akan menjalankan sesi permainan
seperti dalam rancangan. Ini dapat membantu murid-murid menjadi lebih berminat dan
juga dapat mengurangkan perasaan bosan. Sekiranya mempunyai masa lebihan, saya
baru memberi arahan supaya murid-murid meneruskan membuat soalan.

5.0 Tempoh masa ditetapkan untuk penyelesaian masalah

Sehari

6.0 Tindakan Susulan


Saya akan menjalankan sesi permainan seperti dalam rancangan. Hal ini supaya dapat
membantu murid pemulihan untuk mengekal minat untuk meneruskan belajar. Perasaan
bosan juga tidak berlaku dalam kalangan mereka.

7.0 Pelaksanaan langkah penambahbaikan

Saya telah melaksanakan langkah penambahbaikan iaitu menjalankan sesi permainan


seperti dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dalam proses PDPC, saya
mengurangkan bilangan soalan yang perlu dijawap oleh murid pemulihan. Murid-murid
telah menjalankan sesi permainan dalam kelas iaitu bermaian dam gergasi nombor.

8.0 Kesimpulan

Minat dalam pembelajaran perlu dikekalkan dalam kalangan murid-murid. Ini adalah
sebagai langkah penting dalam melaksanakan program pemulihan. Sesi permainan
yang dijalankan telah berjaya membantu murid meningkatkan motivasi murid dalam
pembelajaran. Oleh itu, saya akan terus memanfaatkan proses main untuk memupuk
minat murid untuk belajar.

Rujukan

Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa
dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2),
1-15.

You might also like