You are on page 1of 3

ORGANISASI DAN TINDAKAN DISPLIN

PENGENALAN

Pengurusan tatatertib khususnya di dalam Perkhidmatan Awam merupakan mekanisme penting

dalam melahirkan pekerja yang berdisiplin, bermotivasi serta mengamalkan nilai-nilai murni

dalam kehidupan seharian. Pengurusan tatatertib dapat menjaga imej kerajaan malahan imej

Perkhidmatan Awam secara umumnya. Di dalam perkhidmatan Awam, mana mana pegawai

yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang berkaitan perlu mendapat hukuman, Hal ini

kerana tindakan tatatertib perlu diberi penekanan yang serius agar dapat memperbaiki tingkah

laku mereka pada masa hadapan dan secara tidak langsung akan menjadi panduan kepada

penjawat awam yang lain. Senario disiplin pekerja adalah masalah utama yang sering dihadapi

oleh mana-mana organisasi, Bezanya hanyalah dari segi purata kes samada banyak atau sedikit

kronik atau tidak. Semua pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu

perbicaraan tatatertib kakitangan awam haruslah mengendalikannya dengan adil dan saksama.

Tambahan Pula, ianya amat penting kerana kebanyakan tindakan atau keputusan yang dibuat

oleh pihak atasan boleh menjejaskan hak seseorang sama ada hak terhadap diri atau harta

benda. Kesan daripada hukuman yang telah dikenakan ada kalanya boleh menyebabkan

penjawat awam tersebut kehilangan segala faedah serta hak seperti pencen, perubatan serta

ganjaran cuti terkumpul yang sepatutnya diperolehi.

Tindakan Tatatertib membentuk nilai yang positif serta mencegah diri daripada berlakunya

penyelewengan kerana matlamat utama adalah untuk membangunkan pegawai awam yang

berkualiti, berintegriti serta bermotivasi. Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menyedari

hakikat ini dan bertanggungjawab dalam menguruskan tindakan tatatertib dengan adil dan

berkesan. Sekiranya hukuman yang telah dikenakan terlalu berat dan tidak setimpal dengan
kesalahan pegawai awam (kecuali buang kerja) ini akan menjatuhkan motivasi pegawai

berkenaan malahan jika hukuman yang disabitkan terlalu ringan, tindakan tatatertib itu tidak

berkesan dan tidak menjadi pengajaran kepada pegawai pegawai lain.


PENDEKATAN ALTERNATIF BAGI MENANGANI ISU DISPLIN DI DALAM

PENJAWAT AWAM

Pembangunan modal insan merupakan elemen penting yang sering diberi penekanan oleh
organisasi di dalam mahu pun di luar negara. Menurut Goldstein (1993), latihan merupakan
usaha yang sistematik dengan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
mengubah sikap pegawai menjadi lebih baik. Program latihan juga dikatakan mampu
meningkatkan keupayaan pegawai terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Selain daripada
itu, Program latihan pada masa kini merupakan satu keperluan dan bukan lagi menjadi pilihan
kepada pihak majikan (Brinkerhoff, 2005). Menyedari kepentingan pelaksanaan program
latihan, terdapat organisasi yang sanggup mengeluarkan belanja yang besar bagi pembangunan
pegawai mereka sebagai strategi pelaburan jangka panjang dalam mewujudkan organisasi yang
berdaya saing tinggi

You might also like