You are on page 1of 1

Setiausaha,

Persatuan Kraf Tradisional


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31350 Hulu Kinta Ipoh,
Perak.

Pengarah, Ruj. Tuan :


Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Ruj. Kami : IPIP.
31350 Hulu Kinta Ipoh,
Perak. Tarikh: 10 SEPTEMBER 2017

Tuan,
PERMOHONAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN PERSATUAN KRAF DAN TRADISIONAL IPG KAMPUS IPOH

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa mesyuarat penubuhan Persatuan Kraf Tradisional IPG Kampus Ipoh telah diadakan pada
2 September 2017 jam 10.00 pagi di bilik mesyuarat Blok Pentadbiran IPG Kampus Ipoh. Mesyuarat telah memutuskan
dan mengesahkan sebulat kata perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan, senarai aktiviti utama dan senarai ahli
jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas sehingga ke tarikh mesyuarat Agung yang pertama.

3. Sehubugan dengan itu,saya bagi pihak JK Persatuan Kraf Tradisional IPG Kampus Ipoh dengan sepenuh
harapan meminta keizinan pihak tuan untuk mengesahkan penubuhan ini dan mendaftar nama persatuan sebagai sebuah
persatuan dalam bidang kokurikulum di Institusi ini berasaskan peraturan-peraturan pendidikan(persatuan sekolah) 1988.
Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini dibubarkan.

4. Bersama-sama dengan ini disertakan perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan senarai ahli
jawatankuasa dan senarai aktiviti utama yang telah diputuskan dan dipersetujui dalam mesyuarat penubuhan yang
dinyatakan di atas untuk pertimbangan dan pengesahan pihak tuan.

5. Kerjasama dan sokongan pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HJ KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)


Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
31150 Hulu Kinta
Perak

CERTIFIED TO ISO 9001-2008


CERT. NO : AR4805

You might also like