You are on page 1of 9

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA


NO PENDAFTARAN : 05/04/02/002/2017/SKTMR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS

1. NAMA RASMI DAN ALAMAT

1.1 Nama rasmi : Persatuan Bahasa Inggeris


1.2 Alamat : Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria,
Jalan Api-Api 1,
Taman Megah Ria,
81750 Masai, Johor.

2. MATLAMAT

2.1 Memupuk minat dalam aktiviti bahasa Inggeris.


2.2 Meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris.
2.3 Mengambil bahagian dalam pertandingan Story telling dan Scrabble di peringkat
sekolah / daerah.

3. KEAHLIAN

3.1 Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 , 5 dan 6.


3.2 Untuk menjadi ahli, seorang pelajar wajib membayar yuran keahlian dan mengisi
borang keahlian.
4. YURAN KEAHLIAN

4.1 Yuran keahlian adalah RM1 setahun dan mesti dibayar bersama borang
keahlian.

5. TAMAT KEAHLIAN

5.1 Ahli yang tidak membayar yuran sebelum 15 Mac setiap tahun.
5.2 Ahli yang peratusan kehadiran dalam perjumpaan kurang daripada 80%
5.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah.
5.4 Ahli yang melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik kelab.

6. HAK AHLI

6.1 Ahli yang sah berhak menyertai semua aktiviti anjuran kelab.
6.2 Ahli yang sah berhak mengundi dan diundi untuk mana-mana jawatan dalam
kelab.

7. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

7.1 Mesyuarat agung tahunan mesti diadakan pada masa yang sesuai iaitu pada
awal bulan Januari .
7.2 Kuorum yang sah adalah dua pertiga daripada jumlah ahli yang sah.
7.3 Semua AJK semasa akan meletak jawatan dan pemilihan AJK baru akan
dilakukan.
7.4 Proses pemilihan adalah dengan undian sulit.
8. PERLEMBAGAAN

8.1 Segala urusan berkaitan dengan kelab perlulah berdasarkan perlembagaan ini.
8.2 Pindaan pada perlembagaan hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua
pertiga daripada jumlah ahli yang sah.

9. GURU PENASIHAT SERTA KUASANYA

9.1 Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah ini


9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam merancang dan
pelaksanakan sesuatu aktiviti
9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
9.3 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan dengan
kelab termasuk memindakan perlembagaan. Namun demikian, ia hanya boleh
dilakukan dengan persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum.

10. AHLI JAWATANKUASA

10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung


10.2 Pemilihan ahli jawatan kuasa secara undian
10.3 Ahli Jawatankuasa Persatuan/Kelab hendaklah terdiri daripada:
10..3.1 Pengerusi
10.3.2 Naib Pengerusi
10.3.3 Setiausaha
10.3.4 Penolong Setiausaha
10.3.5 Bendahari (jika perlu)
10.3.6 Penolong Bendahari (jika perlu)
10.3.7 Ahli JawatanKuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
11. SENARAI TUGAS/TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

11.1 Pengerusi

11.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggunggangjawab terhadap


kesempurnaan semua mesyuarat
11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa

11.2 Naib Pengerusi

11.2 1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi
11.2 2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi
11.2.3 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat

11.3 Setiausaha

11.3.1 Menguruskan hal-hal surat mesyuarat


11. 3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan

11.4 Penolong Setiausaha

11.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab


11.4 2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha
11.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab
11.4 2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha
11.5 Bendahari

11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan


11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya
11.5.3 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa

11.6 Penolong Bendahari (jika perlu)

11.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari

11.7 Ahli Jawatankuasa

11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan
11.7.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa

12 KEHADIRAN/PENYERTAAN

12.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang tahun
12.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab.
13 AKTIVITI

13.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa
13.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli

14 PERATURAN-PERATURAN

14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas


14.2 Peraturan khas(jika ada) yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

15 TINDAKAN DISPLIN

15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembaggaan persatuan dan


mematuhi peraturan yang ditetapkan.
15.2 Tindakan displin adalah mengikut cara berikut:
15.2.1 Amaran Lisan
15.2 2 Amaran Bertulis
15.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad

16 PEMBUBARAN PERSATUAN

16.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara
17 HAL-HAL LAIN

17.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan
17.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

………………………………………….. ………………………………………

Punithawathi Nachimuthoo Pn. Rabunah Bt Salikan

Guru Penasihat GPK Ko Kurikulum SKTMR

Persatuan Bahasa Inggeris SKTMR


PERSATUAN BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA

JALAN API-API 1,

81750 MASAI , JOHOR.

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : JBA 1091/05/02/002

Tarikh : 3 Januari 2017

Guru Besar,

SK Taman Megah Ria,

Jalan Ali-Api 1,

81750 Masai, Johor.

Puan,

PERMOHONAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN

PERSATUAN BAHASA INGGERIS SK TAMAN MEGAH RIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya , PUNITHAWATHI NACHIMUTHOO dengan ini memohon untuk menubuhkan


PERSATUAN BAHASA INGGERIS SK Taman Megah Ria mulai 3 Januari 2017 berasaskan
Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti
dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No 11, Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U.(A)
196, bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan perkara-perkara berikut untuk


pertimbangan dan kelulusan pihak puan.

3.1 Draf Perlembagaan

3.2 Draf Aktiviti Utama

3.3 Senarai Nama Jawatankuasa


Sekian , terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

PUNITHAWATHI NACHIMUTHOO

Guru Penasihat

Persatuan Bahasa Inggeris

SK Taman Megah Ria.

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, SKTMR

You might also like