You are on page 1of 1

Perjanjian Malaysia 1963 ialah satu perjanjian yang dibuat untuk membentuk Negara

Malaysia. Perjanjian ini melibatkan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak ,Borneo Utara dan
Singapura. Perjanjian ini berfokus kepada hak-hak dan identiti Borneo Utara dan Sarawak yang
bercorak tempatan bagi membentuk Negara Persekutuan Malaysia. Oleh sebab itu,
Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk bertujuan mempertimbangkan bentuk yang tepat
di mana wilayah Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil tempat mereka sebagai negeri
konstituen Persekutuan baru dan bentuk perlindungan yang diperlukan untuk kepentingan
mereka. Dalam keadaan inilah parti-parti politik di Sabah mengadakan pertemuan
membincangkan mengenai kedudukan Sabah. Parti UNKO, USNO, Democratic and United Party
(DUP) dan UNPMO telah merangka 14 perkara yang perlu dipatuhi sekiranya cadangan Malaysia
diteruskan. Senarai ini kemudiannya menjadi 20 perkara yang menjadi asas dalam perbincangan
membabitkan wakil-wakil Sabah dengan Jawatankuasa Antara Kerajaan. Hasil Laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan
menjadi Akta Malaysia 1963.

You might also like