You are on page 1of 3

5.

CARA PENGUMPULAN DATA


BERHUBUNG TUGASAN
5.1 PENGENALAN

Guru pelatih telah digalakkan untuk menggunakan instrumen pengumpulan


data yang sesuai dengan tugasan yang dilaksanakan semasa menjalankan program
Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 (PBS 3). Pemilihan instrumen yang sesuai adalah
penting untuk menjadi bukti bahawa sesuatu aktiviti yang berkait rapat dengan
tugasan telah dijalankan. Antara instrumen pengumpulan data yang telah saya
gunakan ialah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.

5.2 CARA PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

5.2.1 TEMU BUAL

Temu bual juga merupakan salah satu intrumen pengumpulan data yang
digunakan untuk memperolehi sesuatu maklumat. Kebiasaannya, temubual
dijalankan secara formal mengikut keperluan tugasan. Berdasarkan kehendak
tugasan dalam kursus SCES 3212. Saya telah mengadakan sesi temubual bersama
guru subjek sains tahun 6 bagi mengenalpasti pencapaian murid dalam subjek Sains.
Contohnya, bertanya kepada Cikgu Fadzlan selain bagaimana guru mengajar murid
untuk membiasakan diri soalan KBAT dalam subjek sains . Di samping itu, semasa
PBS 3, saya juga telah mengambil peluang untuk menemu bual pihak pengurusan
iaitu Guru penolong kanan dan Guru hal ehwal pelajar SK Green Road bagi
mendapatkan maklumat mengenai pencapaian sekolah dan prestasi murid-murid di
sekolah tersebut. Saya juga turut menemu bual guru-guru lain seperti Guru Sejarah
dan Guru Kelab Robotik mengenai hal-hal berkaitan dengan murid dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi murid-murid. Hal yang demikian
membolehkan saya mengetahui banyak pengetahuan baharu dan berguna seperti
jenis aktiviti yang boleh menarik minat murid untuk belajar, teknik pengajaran yang
berkesan, strategi mengawal kelas supaya sesi pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar serta tips guru mengawal stress.
5.2.2 Dokumen
Melalui bahan dokumen iaitu set ujian sains Pra UPSR tahun 6, saya perlu
menganalisis setiap maklumat yang diperolehi dan membuat kesimpulan
daripadanya. Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dalam menganalisis item
soalan sertas ujian sains Pra UPSR saya perlu mendapat dokumen lain yang
menyokong maklumat yang saya perolehi iaitu keputusan ujian sains Pra UPSR,
contoh kertas ujian pelajar yang lemah dan pelajar yang cemerlang serta set jawapan.
Berdasarkan kehendak tugasan dalam kursus SCES3212, saya telah menjalankan
analisis dokumen terhadap .bahan dokumen yang saya perolehi

You might also like