You are on page 1of 4

SMK SRI PERHENTIAN [Type text] KELAB SENI SILAT SAYONG

KERTAS KERJA PENUBUHAN


KELAB SENI SILAT SAYONG
SMK SRI PERHENTIAN

PENDAHULUAN
Dipercayai bahawa silat di Malaysia telah berusia lebih dari 400 tahun. Pengajaran dan pembelajaran
diwariskan dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Sedaya yang boleh segala keaslian
budaya silat seperti cara pakaian, langkah gerak, istiadat dan lain-lainnya dipelihara.

Kegiatan silat kini bukan sahaja aktif di kalangan masyarakat Melayu di kampung malah diterima
sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah, maktab perguruan, universiti dan juga di kelab-kelab rekreasi
dan sukan Jabatan Kerajaan dan swasta, Badan Penyelaras kegiatan silat di Malaysia, Persekutuan
Silat Kebangsaan (PESAKA) ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam tahun 1983.

Pada Disember 1987 negara kita telah menjadi tuan rumah kepada kejuaraan ke-4 Silat Sedunia.
Masyarakat di negara ini telah dikejutkan oleh penyertaan dari negara-negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Kemunculan peserta-peserta dari negara ini telah memberi semangat kepada pencinta silat
untuk mengembangkan pengajaran silat ke seluruh pelusuk negara.

Usaha ini disokong pula dengan permintaan yang bertambah dari masyarakat umum untuk
membuka kelas-kelas silat. Perkembangan seterusnya memperlihatkan acara pertandingan silat
dimasukkan ke dalam Sukan SEA, Sukan Malaysia Dan Sukan Merdeka Brunei. Kejuaraan-kejuaraan
khusus untuk silat turut dianjurkan baik di dalam mahupun di luar negara. PESAKA menganjurkan
Kejuaraan Silat Kebangsaan, Kejuaraan Silat Terbuka Malaysia dan Kejuaraan Silat Remaja Malaysia.
Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) menganjurkan kejuaraan Jemputan Silat Singapura dan
Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) menganjurkan Kejuaraan Silat Sedunia.

Terdapat 267 jenis silat di negara ini. Setiap perguruan mempunyai kesamaan dan kelainan di antara
satu dengan lain. Dalam perkara ini pengamal silat perlu mengetahui matlamat mempelajari silat
agar boleh memilih jenis silat yang bersesuaian.

Sehubungan dengan ini, Kementerian Pelajaran merasakan perlu perkembangan silat di sekolah
ditentukan arahnya. Penentuannya akan dapat dijadikan asas kepada jenis silat yang dipilih dan
seterusnya mengawasi perjalanan kegiatan-kegiatannya bagi memastikan ianya mencapai matlamat.

MATLAMAT
Penubuhan Kelab Seni Silat Sayong mempunyai matlamat seperti berikut:
1) Untuk menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para murid-murid terhadap warisan budaya
bangsa.
2) Untuk melahirkan generasi yang berdikari, bersikap positif, sabar, berani menghadapi
cabaran dan yakin pada diri.
3) Menyediakan pelbagai aktiviti silat di sekolah.
4) Menerapkan semangat kerjasama antara murid-murid melalui aktiviti berpasukan.
5) Memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan diri dan mengembangkan bakat.
SMK SRI PERHENTIAN [Type text] KELAB SENI SILAT SAYONG

DASAR PENUBUHAN KELAB SENI SILAT SAYONG SMK SRI PERHENTIAN.


Penubuhan kelab silat sekolah adalah tertakluk kepada ‘The school (societes) Regulation 1956’ dan
didaftarkan di bawah Unit Kokurikulum (Kelab dan Persatuan), SMK Sri Perhentian.

Dalam pada itu, untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kelab, SMK Sri Perhentian akan mendapat
bantuan nasihat dan tenaga pengajar dari Persatuan Induk Seni SIlat Sayong Cawangan Pontian yang
merupakan ahli gabungan di dalam Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia. Di peringkat
negeri, pengurusan program ini diseliakan oleh PESAKA Johor, yang memberi mandat kepada
PESAKA cawangan Pontian sebagai pihak perhubungan serta fasilitator program-program di
peringkat sekolah.

Bagi tujuan penyelarasan serta kawalan:


1.1 Pendaftaran Perguruan Silat
Persatuan Induk Seni Silat Sayong adalah ahli gabungan terdaftar di bawah Persekutuan Silat
Kebangsaan (PESAKA) Malaysia. Status pendaftarannya telah disahkan oleh pihak PESAKA cawangan
Pontian.
1.2 Pendaftaran Tenaga Pengajar
Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) cawangan Pontian telah mengesyorkan pihak sekolah
melantik saudara Nurilazli Bin Sariman sebagai tenaga pengajar untuk merangka dan melaksana
program latihan Seni Silat Sayong di SMK Sri Perhentian. Beliau merupakan jurulatih berdaftar
dengan PESAKA cawangan Pontian. Sebelum ini, beliau mempunyai pengalaman sebagai fasilitator
dan jurulatih Seni Silat Sayong di Kolej Politeknik Melaka selama 4 tahun.
1.3 Adat Istiadat Perguruan
Adat istiadat Perguruan Seni Silat Sayong yang dijalankan tidak menyalahi Syariat Islam atau boleh
memesongkan akidah para pelajar.Bagi tujuan pelajaran dan latihan, dasar kurikulum “Sports Silat”
digunakan, yang mana kurikulum ini telah diakui oleh Persekutuan Silat Kebangsaan sebagai
mematuhi dan memenuhi keperluan murid-murid mendalami ilmu persilatan peringkat dasar.
1.4 Kurikulum
Kurikulum perguruan silat hendaklah jelas dan terancang serta mampu menyediakan para pelajar
untuk menyertai pertandingan yang diiktiraf. Bagi tujuan pelajaran dan latihan, dasar kurikulum
“Sports Silat” digunakan, yang mana kurikulum ini telah diakui oleh Persekutuan Silat Kebangsaan
sebagai mematuhi dan memenuhi keperluan murid-murid mendalami ilmu persilatan peringkat
dasar. Kurikulum ini merangkumi dua aspek seni silat iaitu Silat Seni dan Silat Olahraga.
1.5 Penyertaan Murid
Di peringkat SMK Sri Perhentian, penyertaan terbuka kepada murid-murid lelaki dan perempuan
seawall dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk mengikuti latihan silat di peringkat sekolah secara
rasmi.

PENGURUSAN KELAB SILAT SEKOLAH


1.1 Penasihat
Guru penasihat kelab Seni Silat Sayong SMK Sri Perhentian adalah seperti yang berikut:
1.1.1 Encik Mat Hussin Bin Mat Hassan.
1.1.2 Puan Samsiah Binti Sulaiman.
1.1.3 Puan Faridah Binti Masad.
1.1.4 Encik Mohd Ariffin Bin Johari.

Tugas dan tanggungjawab:


2.1.1 Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai pelajar yang menolong merancang dan
mengurus aktiviti kelab.
2.1.2 Membimbing jawatankuasa kelab, merancang, merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang dapat memupuk dan meningkatkan minat pelajar.
SMK SRI PERHENTIAN [Type text] KELAB SENI SILAT SAYONG

2.1.3 Mendapatkan bantuan jurulatih bertauliah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
yang bersesuaian.
2.1.4 Membantu ahli mengenalpasti masalah, menganalisanya dan seterusnya mencari langkah
untuk mengatasi masalah tersebut.
2.1.5 Hadir dalam semua perjumpaan dan latihan yang diadakan oleh kelab.
2.1.6 Memupuk keyakinan diri dan ketabahan dikalangan ahli kelab dalam usaha meningkatkan
kemahiran bersilat.

Untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan, guru penasihat kelab seelok-eloknya didedahkan
kepada pengetahuan seperti berikut:
a. Konsep dan falsafah silat
b. Adat istiadat dalam silat
c. Kurikulum silat
d. Jenis dan sistem pertandingan silat.

3.1 Jawatankuasa
3.1.1 Jawatankuasa hendaklah teridiri daripada:
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
dan ahli jawatankuasa, yang bilangannya bergantung kepada bilangan ahli dalam kelab.
3.1.2 Ahli jawatankuasa perlu diasuh dan dilatih untuk membolehkan mereka memainkan
peranan penyeliaan dan membantu guru dalam kerja-kerja pengurusan kelab.
3.1.3 Pengiktirafan tanggungjawab dan peranan ahli jawatankuasa hendaklah diberi sebagai
insentif kepada mereka .

KEWANGAN DAN KUTIPAN


4.1 Sebarang kutipan kewangan hendaklah mendapat persetujuan Pengetua/Guru Besar dan
kelulusan dari Pengarah Pendidikan Negeri.

PELAKSANAAN AKTIVITI
5.1.1 Aktiviti-aktiviti latihan adalah berasaskan kepada peningkatan kemahiran mengikut
kurikulum “Sports Silat” dan latihan Seni SIlat Sayong. Dari masa ke semasa latihan dijalankan
sebagai persediaan membuat persembahan di dalammajlis anjuran sekolah.

5.1.2 Pelaksanaan:
a. Cadangan aktiviti latihan akan dijalankan di dewan terbuka atau perkarangan Dewan
Pendeta, SMK Sri Perhentian.
b. Sebagai gerakerja kokurikulum, waktu melaksanakan aktiviti hanya dilakukan di luar jadual
waktu pengajaran dan pembelajaran.
c. Aktiviti latihan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali seminggu, iaitu pada setiap
pagi Jumaat.
SMK SRI PERHENTIAN [Type text] KELAB SENI SILAT SAYONG

KEBAJIKAN PELAJAR
1.1. Bagi tujuan pembangunan dan pengembangan silat di sekolah, kelab sekolah boleh juga
melibatkan diri di dalam aktiviti di luar sekolah. Antaranya termasuklah menyertai persembahan
kebudayaan, pertandingan silat olahraga dan silat seni anjuran Jabatan Pendidikan Daerah/Negeri,
Majlis Silat Negeri dan PESAKA.
1.2. Kepentingan, kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar hendaklah sentiasa
terjaga dan diutamakan. Perkara-perkara berikut hendaklah diambil kira:
1.2.1. Pemilihan, latihan pertandingan atau kejohanan yang akan disertai oleh pelajar itu diketahui
oleh Pengetua/Guru Besar yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan Negeri.
1.2.2. Persetujuan dan kebenaran bertulis dari ibubapa atau penjaga yang membenarkan pelajar
mengambil bahagian dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan pada tarikh, tempat
dan masa yang ditetapkan.
1.2.3. Penyertaan dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan anjuran badan luar
tidak akan mengganggu atau menjejaskan persekolahan pelajar.
1.2.4. Perlindungan insuran dan langkah-langkah kecemasan untuk pelajar mesti disediakan.
1.3. Setakat mana yang boleh, adalah disarankan supaya pelajar-pelajar yang mengambil
bahagian dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan anjuran pihak luar(secara
bersendirian atau anjuran bersama ) diawasi oleh guru pembimbing dari sekolah pelajar yang
berkenaan. Langkah ini adalah wajar sebagai usaha sekolah untuk mengikuti dengan dekat
perkembangan yang berlaku ke atas pelajar-pelajar serta menentukan bahawa pelajar-pelajar
terhindar dari kelakuan atau pengaruh yang tidak diingini.

PENUTUP
Adalah diharapkan supaya penubuhan rasmi Kelab Seni Silat Sayong ini dapat menyemarakkan
kembali seni silat sebagai warisan Melayu yang berharga, serta memperturunkan kemahiran silat
kepada murid-murid SMK Sri Perhentian khasnya dan generasi remaja amnya; untuk dipraktikkan
dan disebarkan. Sokongan dari pihak sekolah, PESAKA serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
amatlah dialu-alukan.

DISEDIAKAN OLEH, DISOKONG OLEH,

………………………………………………. ……………………………………………………
ENCIK MAT HUSSIN BIN MAT HASSAN ENCIK GERARD A/L JOSEPH
Guru Penasihat Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)
Kelab Seni Silat Sayong SMK Sri Perhentian
SMK Sri Perhentian

DISAHKAN OLEH,

…………………………………………………..
PUAN HAJAH SA’EDAH BINTI SARIYAN
Pengetua
SMK Sri Perhentian.

You might also like