You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2019

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: PKPK3073 Semester / Tahun: ½


Ambilan: Jun 2015
Nama Kursus: ISU DAN TRENDA DALAM
PENDIDIKAN PEMULIHAN Kumpulan: UNIT PEMULIHAN

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

PENULISAN AKADEMIK

 PENULISAN AKADEMIK 1 22.1.19 9.2.19

 PENULISAN AKADEMIK 2 9.2.19 23.2.19

 PENULISAN AKADEMIK 3 23.2.19 2.3.19

 PENULISAN AKADEMIK 4 17.3.19 27.3.19

1. PEMBENTANGAN 5.03.19 16.3.19

Hasil Pembelajaran Kursus:

o Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Menerangkan kepelbagaian dimensi murid pemulihan khas dalam program pendidikan


pemulihan . (C2, PLO1)
2. Membincangkan isu-isu berkaitan profesionalisme guru dalam pelaksanaan program
pemulihan khas (C4, PLO3, PLO6, PLO8, CTPS2, LL1, EM2)
3. Membincangkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam program pendidikan
pemulihan secara kritis melalui pembentangan berkumpulan (C5, A3, PLO3, PLO4, PLO5,
CTPS2, CS1, TS1)
4. Mentafsir secara kritis penglibatan ibu bapa, komuniti dan trenda dalam program pemulihan
khas (C5,PLO3, CTPS3)
5. Mencadangkan penyelesaian isu yang berkaitan dengan pelabelan, pengasingan murid dan
pengurusan program pemulihan khas secara beretika (C6, A1, PLO8, EM2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1. 2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. menghuraikan kepelbagaian dimensi murid pemulihan khas dalam program pendidikan


pemulihan dari segi kompetensi kendiri murid pemulihan (kesedaran kendiri, pengurusan
kendiri dan motivasi kendiri)
2. membincangkan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme guru dalam
pelaksanaan program pemulihan khas dari segi bebanan tugas guru pemulihan
khas di sekolah
3. membuat pembentangan secara kritis dalam kumpulan berkaitan dengan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam program pendidikan
pemulihan berdasarkan salah satu daripada tajuk-tajuk berikut iaitu kesesuaian
kurikulum, perancangan pengajaran, strategi pelaksanaan, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran, khidmat guru pendamping atau tindakan susulan
untuk tempoh 30 minit.
4. Mentafsir secara kritis peranan komuniti dalam program pendidikan pemulihan
khas.
5. Mencadangkan penyelesaian isu yang berkaitan dengan pelabelan murid
pemulihan dalam program pemulihan khas secara beretika.

Rangsangan/Stimulus
Terdapat pelbagai isu dan trenda dalam pendidikan murid-murid pemulihan khas daripada
pelbagai aspek. Antara aspek yang dibincangkan adalah kepelbagaian dimensi murid
pemulihan khas, profesionalisme guru, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pelabelan
dan pengasingan, pengurusan program pendidikan pemulihan, penglibatan ibu bapa dan
kemuniti serta trenda dalam program pemulihan khas. Setiap isu perlu dirungkai dan
dibincangkan supaya pelajar-pelajar dapat input yang berguna sebagai bakal guru bagi
program pendidikan pemulihan. Selain itu, pelajar-pelajar juga perlu membuat pembentangan
dari segi perancangan pengajaran, strategi pelaksanaan dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas pendidikan pemulihan supaya mereka peka terhadap isu dan trenda
dalam program pendidikan murid-murid pemulihan..

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


PENULISAN AKADEMIK 1 (10%)
Secara Individu, anda dikehendaki menghuraikan kepelbagaian dimensi murid pemulihan khas
dalam program pendidikan pemulihan dari segi kompetensi kendiri murid pemulihan (kesedaran
kendiri, pengurusan kendiri dan motivasi kendiri). Penulisan akademik ini panjangnya lebih kurang
340 patah perkataan.

PENULISAN AKADEMIK 2 (20%)

Secara individu, anda dikehendaki membincangkan isu-isu berkaitan dengan


profesionalisme guru dalam pelaksanaan program pemulihan khas dari segi bebanan tugas
guru pemulihan khas di sekolah. Perbincangan anda bagi tajuk ini merangkumi lebih
kurang 680 patah perkataan.

PENULISAN AKADEMIK 3 (10%)

Secara individu anda dikehendaki mentafsir secara kritis peranan ibu bapa dalam program
pendidikan pemulihan khas. Penulisan anda bagi tajuk ini merangkumi lebih kurang 340
patah perkataan.
PENULISAN AKADEMIK 4 (10%)

Secara individu, anda dikehendaki mencadangkan penyelesaian isu yang berkaitan dengan
pelabelan murid pemulihan khas secara beretika. Penulisan anda bagi tajuk ini merangkumi lebih
kurang 340 patah perkataan.

TUGASAN 5: PEMBENTANGAN (10%)

Anda dikehendaki membuat pembentangan dalam kumpulan secara kritis berkaitan dengan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam program pendidikan pemulihan, berdasarkan
salah satu daripada tajuk-tajuk berikut untuk tempoh 30 minit:
 perancangan pengajaran,
 strategi pelaksanaan,
 pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
 khidmat guru pendamping,

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. TUGASAN 1 hingga 4 adalah tugasan secara individu, manakala tugasan 5 adalah tugasan
secara kumpulan.
2. Tugasan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11 dan langkau 1.5 baris.
3. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet yang terkini.
4. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (Publication Manual of the American
Psychological Association)
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6. Tugasan ini membawa wajaran 60%.
7. Markah akan diberi berdasarkan rubrik kriteria pemarkahan.
8. Markah akan ditolak jika pelajar lewat hantar tugasan.
9. Pelajar WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Tugasan pada TUGASAN 1 sahaja.
10. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang
berikut:

i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. Nombor Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii.Tarikh Hantar
Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ _____________________________
(Nama: ZALEHA BT TAMBI ADAM ) (Nama: )

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /


Pensyarah Kanan
Disahkan oleh:

_____________________________
(Nama: KHADIJAH BT AMAT )

Ketua Jabatan

You might also like