You are on page 1of 2

2.

1 DEFINISI RPI
Rancangan Pengajaran Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan
matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan
dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh
menyatakan tahap pencapaian murid. RPI dirancang khusus bagi individu murid,
dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan
pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang
untuk dipenuhi.

2.2 CIRI-CIRI RPI


Antara ciri RPI yang pertama ialah komprehensif. Ciri komprehensif ini bermaksud
merangkumi pelbagai bidang seperti komunikasi, tingkah laku, sosial alam sekeliling,
provokasional, kemahiran amali untuk berdikari, rekreasi dan daya kreatif serta nilai dan
kerohanian. Ciri yang kedua ialah mengikut urutan. RPI ini dibentuk berdasarkan urutan
perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.

Ciri yang lain ialah spesifik di mana matlamat dan objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran
tingkah laku yang boleh dibuat pemerhatian dan ianya boleh diukur. Matlamat dan objektif RPI
perlu bersesuaian dan realistik dengan tahap kebolehan, keupayaan dan kadar
perkembangan murid.

RPI juga digubal dan dipersetujui oleh murid, ibu bapa, guru golongan profesional dan
kumpulan pelbagai disiplin. RPI ini juga ditulis dalam bahasa yang mudah supaya difahami
oleh semua pihak yang terlibat.

2.3 ELEMEN RPI


Antara elemen yang pertama dalam RPI ialah kerjasama. Aspek kerjasama ini dimainkan oleh
ibu bapa bersama dengan guru-guru. Mereka perlu berkerjasama dalam merangka RPI
dengan mengambil kira kebajikan pendidikan. RPI juga merupakan proses yang meliputi
aktiviti yang bagi memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan baik
dan lancar.

RPI yang dirancang juga mestilah berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada individu
yang mempunyai hubungan agak baik dengan murid berkenaan. Maklumat ini mesti dikongsi
dengan bersama dan menjadi asas kepada keputusaan perancangan pendidikan yang dibuat
dan dilaksanakan. Elemen kebolehpercayaan juga memainkan peranan yang penting di mana
matlamat pengajaran dan produser penilaian perlu diterangkan.

Selain itu, ibu bapa dan golongan profesional perlu membuat keputusaan bersama untuk
mengenal pasti apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dapat
dilaksanakan. RPI juga perlu didokumentasikan bagi tujuan rujukan dan panduan semua
pihak.

2.4 PELAKSANAAN AKTIVITI RPI


Dalam RPI yang telah saya rangka, saya akan menjalankan beberapa jenia aktiviti mengikut
bulan. Antara aktiviti yang pertama ialah penggunaan gambar-gambar yang berbentuk
animasi tentang kesan-kesan stres yang terlampau. Aktiviti pada bulan yang seterusnya ialah
penggunaan permainan ‘stress board games’ tentang langkah-langkah dalam mengatasi stres
yang terlampau. Pada bulan yang terakhir ialah aktiviti kuiz untuk menguji kefahaman murid
terhadap kesan dan langkah dalam menangani stres yang terlampau dengan menggunakan
powerpoint.

You might also like