You are on page 1of 1

Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan elemen sivik.

Selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti Kanada dan Singapura, Kementerian
akan memperkenalkan komponen khidmat komuniti dalam kurikulum semua sekolah rendah (Tahun 4
hingga 6) dan menengah dalam Gelombang 2.

Penyempurnaan komponen khidmat komuniti akan menjadi prasyarat untuk lulus pada peringkat
menengah.

Pilihan yang dipertimbangkan pada masa ini ialah aktiviti mingguan selama empat bulan setiap tahun
yang menggabungkan murid daripada semua kumpulan etnik. Pelaksanaan aktiviti berkumpulan yang
berorientasikan matlamat dan disertai oleh murid pelbagai kaum akan mengukuhkan lagi perpaduan
dalam kalangan murid. Melalui khidmat komuniti, murid juga boleh mengukuhkan hubungan dengan
komuniti setempat tempatan. Ibu bapa dan masyarakat umum akan lebih terlibat secara langsung
dengan tugasan kerja rumah, pembelajaran di dalam bilik darjah, dan projek khidmat komuniti.
Pelibatan komuniti akan mengukuhkan lagi pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pedagogi untuk Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral juga akan disemak semula bagi
melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan, simulasi, perbincangan di dalam bilik darjah, dan
tugasan dalam kumpulan kecil.

Kaedah pembelajaran secara penyertaan adalah lebih berkesan dalam memupuk nilai murni dan
memperkukuh tingkah laku berbanding cara kuliah dan membuat latihan dalam buku kerja. Kurikulum
Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan
disemak untuk memberi lebih tumpuan kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan
hubungan baik sesama insan.

Sistem pendidikan mesti memupuk moral yang tinggi dalam kalangan murid.

Kementerian akan meneruskan Pendidikan Agama Islam untuk murid Islam dan Pendidikan Moral untuk
murid bukan Islam. Di samping itu, pedagogi akan ditambah baik untuk menggalakkan kefahaman dan
kepercayaan terhadap nilai yang diajar di dalam bilik darjah.

Sistem pendidikan harus menggabungkan kelas Pendidikan Moral untuk murid Islam dan murid bukan
Islam.

Kementerian akan menerapkan penggabungan elemen khidmat komuniti kepada semua murid (Islam
dan bukan Islam) untuk lebih menggalakkan persahabatan antara kumpulan dan menghargai komuniti
umum.

You might also like