You are on page 1of 2

DEB 4133 COMMUNICATION TECHNOLOGY

TUTORIAL 1
KOMPETENSI 1

SOALAN

Tujuan utama sesebuah sistem perhubungan elektronik dibangunkan ialah untuk


memindahkan maklumat dari satu tempat ke satu tempat yang lain, sama ada tempat-
tempat tersebut berada pada jarak yang dekat atau jauh.

(a) Perhubungan elektronik boleh dikelaskan dengan beberapa cara. Di


antaranya ialah penghantaran satu hala (simpleks) atau dua hala
(dupleks).

(i) Terangkan maksud penghantaran simpleks dan berikan SATU (1) contoh
aplikasi sebenar. (2 markah)

(ii) Terangkan maksud penghantaran dupleks separuh dan berikan SATU (1)
contoh aplikasi sebenar. (2 markah)

(iii) Terangkan maksud penghantaran dupleks penuh dan berikan SATU (1)
contoh sebenar. (2 markah)

(b) Pengkelasan perhubungan elektronik yang lain ialah jenis isyarat, iaitu isyarat analog
atau isyarat digit.

(i) Terangkan ciri isyarat analog dan lakarkan graf voltan melawan masa bagi
SATU (1) contoh isyarat analog. (3 markah)

(ii) Terangkan ciri isyarat digit dan lakarkan graf voltan melawan masa bagi
SATU (1) contoh isyarat digit. (3 markah)
(c) Satu lagi jenis pengkelasan perhubungan elektronik ialah bentuk isyarat yang
dihantar, iaitu bentuk asal (penghantaran jalur dasar) atau bentuk yang sudah
ditukar melalui proses pemodulatan (penghantaran termodulat).

Terangkan TIGA (3) kepentingan proses pemodulatan. (3 markah)

(d) Hingar/ noise adalah isyarat rawak yang tidak dikehendaki dalam sistem
perhubungan elektronik. Kehadirannya akan menurunkan kualiti isyarat yang
diterima.

(i) Namakan DUA (2) kategori hingar dan berikan SATU (1) contoh bagi
setiap kategori. (4 markah)

(ii) Nyatakan kuantiti yang menunjukkan tahap hingar dalam sistem


perhubungn digital. (1 markah)

You might also like