You are on page 1of 12

SULIT SPPM1013

SPPM 1013
Telekomunikasi dan
Rangkaian
UTM
UNIVERSITI TEKN0L06I MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


FAKULTI PENDIDIKAN

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER I SESI 2015/2016

TELEKOMUNIKASI DAN RANGKAIAN


2 Jam

DILARANG MEMBUKA BUKU SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU


Arahan:
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A (30 soalan) dan
Bahagian B (4 soalan).
2. Jawab SEMUA soalan pada Bahagian A dan Bahagian B.
3. Sila jawab semua soalan di dalam bukujawapan yang diberikan.
4. Kertas soalan ini perlu dihantar bersama di akhir peperiksaan.

AMARAN: Tindakan disiplin akan diambil sekiranya pelajar didapati meniru semasa
peperiksaaan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 muka surat bercetak termasuk muka depan.

[Lihat muka sebelah

SPPM1013 SULIT
2
SULIT SPPMI013
BAHAGIAN A
[60 Markah]
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Komunikasi boleh didefinisikan seperti berikut kecuali


A. Menghantar maklumat, perasaan, dan pengetahuan daripada seseorang kepada
seorang yang lain.
B. Memberi, menyampaikan atau bertukar buah fikiran, mesej, idea, pengetahuan
atau maklumat melalui lisan, isyarat, penulisan atau perlakuan.
C. Apa sahaja yang dapat memberikan maklumat kepada seseorang mengenai
sesuatu atau memberitahu sesuatu tentangnya.
D. Pengetahuan sesorang atau sesuatu, seperti fakta, maklumat, gambaran atau
kemahiran.

2 Manakah antara berikut bukan merupakan komponen asas dalam proses komunikasi
A. Maklumbalas
B. Penghantar
C. Kapasiti
D. Mesej

3 Dua kategori manusia yang terlibat dalam komputer dan telekomunikasi adalah
A. Juruteknik dan Pengurus Teknologi Maklumat
B. Prpfesional and Pengguna
C. Pentadbir dan Kerani
D. Guru dan Pelajar

4 Manakah antara berikut dapat dikategorikan sebagai perkakasan (hardware)


I. Aplikasi program
II. Alat komunikasi
III. Alat pemproses
IV. Alat storan

A. II, III dan IV sahaja


B. I, II dan III sahaja
C. I dan II sahaja
D. Semua I, II, III dan IV [Lihat muka sebelah

SPPM1013 SULIT
3
SULIT SPPM1013

5 Apakah elemen-elemen yang terlibat dalam teknologi komunikasi?

I Data
II Manusia
III Kebisingan
IV Perkakasan

A. I dan II sahaja
B. I, II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

6 Proses yang terlibat menukar isyarat digital kepada isyarat analog dikenali sebagai
A. Modulasi (Modulation)
B. Penukaran (Morphing)
C. Penstriman (Streaming)
D. Demodulasi (Demodulation)

7 Isyarat analog selalunya diwakili oleh dua parameter berikut.


A. Panjang Gelombang (Wavelength) dan Masa
B. Amplitud and Frekuensi
C. Keluasan dan Ketinggian
D. Piksel dan Resolusi

8 Apabila seseorang memasukkan data ke komputer melalui papan kekunci, data


tersebut dikodkan kepada kod binari yang bersesuaian menggunakan skema
pengekodan yang standard. Salah satu skema pengekodan yang sering digunakan
termasuklah
A. American Standards Committee for Information Interchange (ASCII)
B. Non-Binary Joint Network-Channel Decoding (NB-JNCD)
C. Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA)
D. Infrared Data Association (IrDA)

[Lihat muka sebelah

SPPM1013 SULIT
SPPM1013

I Peranan penghantar {transmitter) dan penerima (receiver) adalah tetap


II Data boleh bergerak ke kedua-dua arah pada masa yang sama
III Kedua-dua pihak dapat berkomunikasi secara serentak
IV Contoh alat dupleks penuh ialah walkie-talkie

A. I, II, dan III sahaja


B. II dan III sahaja
C. I dan II sahaja
D. Semua I, II, III dan IV

10 Manakah antara berikut terbaik bagi menggambarkan Isochronous Transmission


“ ”

A. Penghantaran data yang mana data tersebut dihantar bersekali dengan data-data
lain yang berkaitan untuk menyokong sesetengah jenis aplikasi masa sebenar.
B. Penghantaran data secara terputus-putus. Setiap bit dibahagi kepada kumpulan
kecil (byte) dan dihantar secara bersendirian.
C. Satu proses data dihantar secara sela masa berkala (regular interval) yang
dikawal oleh isyarat pemasa (clocking signal).
D. Penghantaran signal secara sela masa tetap {fixed interval) berdasarkan isyarat
pemasa yang ditetapkan.

11 Berikut adalah kelebihan menggunakan Topologi Cincin kecuali


A. Jika satu kabel terputus,seluruh rangkaian tidak terjejas
B. Mudah untuk menambah sistem kepada rangkaian
C. Bagus untuk rangkaian yang kecil
D. Mudah dipasang

[Lihat muka sebelah

SPPM1013 SULIT
5
SULIT SPPM1013

Soalan 12 dan 13 m erujuk kepada Rajah 1

Y /..... r1 —a

W tS l

I. , "
6 * c i> i> » n « C a b l e

Rajah 1
12 Rajah 1 menggambarkan sebuah
A. Topologi Bintang
B. Topologi Hybrid
C. Topologi Cincin
D. Topologi Mesh

13 Salah satu kelebihan menggunakan topologi rangkaian seperti dalam Rajah 1 ialah
A. Membolehkan pelebaran rangkaian sedia ada dan membolehkan sesebuah
organisasi melakukan konfigurasi rangkaian mengikut keperluan mereka.
B. Efisyen dari sudut kos kerana hab yang diguna menyambungkan dua rangkaian
berbeza dengan kos lebih murah.
C. Mudah disediakan dan tidak memerlukan kabel yang banyak.
D. Efisyen dari sudut konfigurasi dan proses pemasangan.

14 Fungsi kabel tunggal, yang merupakan tunjang Topologi Bas ialah


A. Sebuah perkongsian medium komunikasi yang membolehkan perkakasan
menyambung atau berhubung menggunakan penyambung antaramuka
B. Untuk menambah sambungan fizikal antara rangkaian dan workstation
C. Untuk merangsang isyarat rangkaian dengan bantuan perkakasan
D. Memantau aliran maklumat pada kedua-dua arah rangkaian

[Lihat muka sebelah

SPPM1013 SULIT
6
SULIT SPPM1013

15 Rangkaian komputer ialah


A. Sebuah aplikasi yang menyediakan akses kepada fail data, alatan periferal dan
pangkalan data.
B. Sebuah sistem yang menguruskan sumber rangkaian.
C. Sekumpulan komputer dan perkakasan lain.
D. Perkongsian sumber dan maklumat.

16 Apakah yang diperlukan untuk menyediakan sebuah rangkaian?


A. Sambungan atau media transmisi
B. Hos atau End Nodes
C. Alatan rangkaian
D. Semua di atas

17 Media transmisi berwayar termasuk yang berikut, kecuali


A. Wayar Twisted Pair
B. Kabel Gentian Optik
C. Kabel Coaxial
D. Isyarat radio

18 Local Area Network atau LAN


A. Meliputi kawasan geografi yang secara relatifnya kecil, seperti rumah, sekolah
dan bangunan pejabat.
B. Membolehkan pertukaran fail, emel, perkongsian pencetak atau akses kepada
internet.
C. Rangkaian klien/pelayan ialah satu contoh LAN.
D. Semua di atas

[Lihat muka sebelah


SPPM1013 SULIT
7
SULIT SPPM1013

19 Manakah antara berikut yang tidak benar?

Topologi Fizikal Kabel yang digunakan


A. Bas selari Coaxial, Twisted Pair, Gentian Optik
B. Bintang Twisted Pair, Gentian Optik
C. Hybrid Gentian Optik
D. Cincin Twisted Pair, Coaxial

20 Manakah antara berikut yang benar?

I Coaxial cable Penyambung BNC


II Coaxial cable Penyambung RJ-45
III UTP cable Penyambung RJ-45
IV Gentian Optik Penyambung ST dan SC

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I dan IV sahaja
D. II dan III sahaja

21 Antara berikut, manakah yang tidak benar mengenai teknologi rangkaian tanpa
wayar?
A. Rangkaian telekomunikasi tanpa wayar berfungsi menggunakan gelombang
elektromagnet seperti gelombang radio untuk menghubungkan perkakasan.
B. Rangkaian tanpa wayar menghubungkan nodus atau peranti dalam rangkaian
komputer tanpa menggunakan wayar.
C. Pengguna rangkaian tanpa wayar masih perlu menyambung kepada wayar
untuk membolehkan sambungan kepada rangkaian.
D. Base Station dipasang di tempat awam untuk memberikan rangkaian tanpa
wayar kepada pengguna atau pengunjung.

[Lihat muka sebelah


SPPM1013 SULIT
8
SULIT SPPM1013

22 Teknologi rangkaian tanpa wayar diperlukan untuk membolehkan perkara berikut


diaplikasikan kecuali
A. Penyambungan rangkaian kepada perkakasan mudah alih
B. Pemindahan data suara dan mesej
C. Penetapan peranti mudah alih
D. Perangkaian data

23 Bagi setiap peralatan atau komputer yang bersambung kepada internet, akan ada satu
nombor pengenalan unik yang dipanggil alamat protokol internet (IP Address).
Manakah antara berikut yang benar mengenai alamat protokol internet (IP)?
I Alamat IP antara komputer ketika berkomunikasi dikenali menggunakan kod
binari
II Alamat IP dipaparkan dalam bentuk desimal bagi memudahkan
penggunaannya dalam kalangan manusia
III Alamat IP memaparkan kesemua maklumat berkenaan pengguna komputer
tersebut
IV Alamat IP terdiri daripada 8 bit

A. I dan II sahaja .. .
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II dan IV sahaja

24 Andaikan diberi alamat IP sesebuah komputer sebagai 161.139.52.254. Berdasarkan


alamat yang diberi, pilih antara berikut manakah padanan yang diwakili dengan betul.
A. 161 : Lokasi rangkaian
B. 139 : Nombor unit
C. 52 : Nombor komputer
D. 254 : Nombor pelayan

[Lihat muka sebelah

SPPM1013 SULIT
9
SULIT SPPM1013

25 Terdapat beberapa elemen yang berfungsi khusus apabila sesuatu emel dihantar. Salah
satu daripadanya ialah pelayan emel (email server). Apakah fungsi pelayan emel?
A. Perisian atau program yang memindahkan emel daripada hos setempat.
B. Perisian atau program yang berupaya menerima dan menghantar emel dari dan
kepada pelayan emel yang lain.
C. Sebuah fail cakera yang mengandungi mesej berbentuk emel.
D. Melayan permintaan penghantar emel.

26 Multi-purpose Internet Mail Extension (MIME) membolehkan lampiran (attachment)


disertakan bersama sesuatu emel. Pilih pemyataan yang benar.
A. MIME adalah protokol untuk penghantaran lampiran berupa teks dalam
internet.
B. MIME tidak mengendalikan lampiran multimedia seperti audio, video dan
grafik.
G. MIME akan menukarkan data bukan ASCII kepada ASCII untuk
penghantaran melalui emel.
D. MIME tidak memerlukan perisian bantuan lain untuk menghantar lampiran
melalui emel.

27 Pembekal emel berasaskan web pada hari ini telah dilengkapi dengan protokol
berikut, kecuali
A. IMAP - Internet Message A ccess Protocol
B. POP - Post Office Protocol
C. SMTP - Simple Mail Transfer Protocol
D. HTTP - Hyper Text Transfer Protocol

28 Manakah antara susunan jenis rangkaian berikut adalah benar?

A MAN > LAN > WAN > PAN


B WAN > MAN > LAN > PAN
C PAN > LAN > MAN > WAN
D LAN > PAN > MAN > WAN
[Lihat muka sebelah

SPPM1013 SULIT
10
SULIT SPPM1013

29 Mengapakah kebanyakan pengguna internet pada masa kini tidak menggemari


teknologi internet berwayar berbanding internet tanpa wayar?
A Akses internet tanpa wayar adalah lebih cepat berbanding internet berwayar
B Internet tanpa wayar adalah lebih stabil berbanding internet berwayar
C Internet tanpa wayar memerlukan kos langganan yang rendah
D Internet berwayar hanya boleh diakses melalui hotspot

30 Terdapat empat jenis kategori pencarian melalui web. Manakah antara berikut
merupakan empat jenis kategori tersebut?
I Enjin Pencarian Meta
II Enjin pencarian
III Yellow Pages
IV Direktori

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. Semua I, II, III dan IV

[Lihat muka sebelah


SPPM1013 SULIT
11
SULIT SPPM1013

BAHAGIAN B
[40 Markah]
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Internet digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Aplikasi internet membolehkan pelajar dan guru berkomunikasi dan berkongsi bahan
pengajaran dan pembelajaran.

i. Aplikasi internet membolehkan pelajar dan guru berkomunikasi secara


sinkronis dan asinkronis. Jelaskan perbezaan antara aplikasi sinkronis dan
aplikasi asinkronis. Berikan dua (2) contoh bagi aplikasi sinkronis dan
aplikasi asinkronis.
(5 markah)

ii. Aplikasi internet membolehkan pelajar dan guru berkongsi bahan pengajaran
dan pembelajaran. Nyatakan dua (2) aplikasi yang sesuai bagi tujuan
perkongsian bahan pengajaran dan jelaskan bagaimana bahan pengajaran dan
pembelajaran dapat dikongsikan melalui aplikasi tersebut.
(5 markah)

2 Laman web boleh dibangunkan menggunakan Perisian WYSIWYG atau HTML Code
Editor. Rajah 1 menurijukkan paparan laman web yang telah diterbitkan {publish).

Welcome to my website!

My name is SIZUKA
I love cats and rabbits so much

Rajah 2

Tuliskan kod HTML yang betul bagi menghasilkan laman web seperti dalam Rajah 2.
(10 markah)

[Lihat muka sebelah


SPPM1013 SULIT
12
SULIT SPPM1013

3 Local Area Network atau LAN meliputi kawasan geografi yang agak kecil, seperti
rumah , sekolah, atau bangunan pejabat. Rangkaian klien/server adalah contoh LAN.

i. Apakah jenis topologi sesuai untuk LAN?


(1 markah)

ii. Apakah pekakasan utama yang diperlukan untuk membangunkan (setup)


rangkaian LAN?
(4 markah)

iii. Lukiskan gambar rajah untuk menunjukkan rangkaian LAN yang merangkumi
kedua-dua sambungan berwayar dan tanpa wayar (wireless)

(5 markah)

4 Terdapat enam jenis sambungan dan akses kepada internet. Salah satu daripadanya
ialah sambungan ‘dial-up'.
i. Selain daripada sambungan yang telah dinyatakan, berikan tiga (3) lagi jenis
sambungan dan akses kepada internet. Huraikan secara ringkas setiap satu
sambungan yang anda berikan.
(6 markah)

ii. Andaikan anda seorang guru media di sekolah, berdasarkan jawapan anda
pada soalan 4(a), pilih satu sambungan dan akses kepada internet yang
difikirkan terbaik untuk makmal komputer di sekolah anda. Berikan empat (4)
kelebihan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran daripada pilihan anda
tersebut.
(4 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

SPPM1013 SULIT

You might also like