You are on page 1of 3

1

KERTAS MODEL 5

BAHAGIAN C
[25 markah]
[Masa dicadangkan: 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

Sekolah kamu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah bandar bersejarah.
Sebagai setiausaha Kelab Alam Sekitar, kamu perlu mengemukan surat permohonan
kepada Guru Besar.

Tulis surat tersebut selengkapnya.

ATAU

Soalan 2

Sehari selembar benang,


Lama-lama jadi kain.

Peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi
kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa dicipta berdasarkan
sesuatu peristiwa dan bertujuan untuk memberi panduan kepada manusia dalam
menjalani kehidupan.

Peribahasa di atas menggambarkan betapa pentingnya mengamalkan sikap jimat


cermat dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan peribahasa di atas, tulis karang tentang “Faedah Amalan Jimat Cermat”.

1
2

SKEMA
Soalan 1
Surat kepada Guru Besar
Kelab Alam Sekitar
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu
34300 Bagan Serai
Perak Darul Ridzuan.

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu
34300 BAGAN SERAI. 2 MEI 2016

Tuan,

Mohon Mengadakan Darmawisata ke Bandar Taiping


Sukacita saya maklumkan bahawa perkara di atas saya rujuk.

Untuk pengetahuan tuan, Persatuan Alam Sekitar ingin mengadakan darmawisata


(lawatan sambil belajar) ke bandar Taiping kerana bandar ini mempunyai pelbagai
warisan sejarah yang menarik di negeri Perak.

3. Berikut ialah butiran mengenai lawatan tersebut:


Tarikh Lawatan : 30 JULAI 2016
Hari : SABTU
Masa : 08:00 pagi - 08:00 malam
Anggota Rombongan : 48 orang (Tiga orang guru penasihat dan 45 orang murid)

4. Beberapa lokasi lawatan telah kami pilih iaitu Muzium Perak, Zoo Taiping,
TamanTasik Taiping, Hutan Kayu Bakau Matang, dan Bukit Larut. Bersama-sama ini
juga, saya lampirkan sesalinan atur cara lawatan berkenaan untuk rujukan dan penilaian
tuan.

5. Selain menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid tentang fakta sejarah


lawatan ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada anggota rombongan
tentang keunikan spesies flora dan fauna yang menghiasi belantara Malaysia.

Besarlah harapan saya agar permohonan ini mendapat pertimbangan dan perhatian
yang sewajarnya. Kami juga berharap agar tuan dapat memberikan maklum balas
sebelum 15 Mei 2016.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

(RAJA MUHAMMAD KAYYIS BIN RAJA YUSOF)


Setiausaha,
Kelab Alam Sekitar,
2
3

Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Bagan Serai.

Soalan 2
Faedah Amalan Jimat Cermat
Tidak dapat kita nafikan bahawa ungkapan “Sehari selembar benang, lama-lama jadi
kain” merupakan peribahasa yang begitu sinonim dengan amalan jimat cermat yang
menjadi tangkal atau tonik bagi mereka yang dahagakan kesenangan dan kemewahan
pada hari muka.

Sesungguhnya, amalan menabung ini amat penting. Hal ini kerana setiap program
yang kita rencanakan ternyata memerlukan persiapan yang rapi. Amalan hemat
dalam berbelanja akan menjadikan kita insan berwawasan yang mampu mencorakkan
kehidupan yang berterusan.

Hakikatnya, sikap jimat ini juga dituntut oleh agama, manakala sikap membazir itu
pula ialah budaya syaitan. Praktisan menabung juga memungkinkan masa depan kita
sempurna perancangannya.

Selain membantu kita semasa darurat, keprihatinan dalam berbelanja juga


menjadikan kita individu yang beretika dan bertanggungjawab.

Dalam pada itu, tabungan di bank pula akan menambahkan simpanan kita kerana
deposit kita akan diberikan faedah. Prosedur bank ini akan memperkasakan ekonomi
kita dan berperanan pula menstabilkan pendapatan kasar negara.

Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa amalan jimat cermat ternyata dapat
menyediakan pelaburan jangka panjang, bak kata pepatah, “Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.”

You might also like